Written by AbangNara | October 12th, 2009

rebecca nur islam

Ha. Nie dah kena tegur ngan ayah sendiri tak insap jugak ta tau la. Semua orang pun tau betapa seksinya si Rebecca Nur Islam nie bila bergambar. Memang sangat tak sesuai dengan nama dia yang Islamik tue. Dulu kami ada kongsikan gambar agak seksi Rebecca Nur Islam. Mungkin si ayah Rebecca baru tertengok tue yang dia sound anak dia jangan menyeksi sangat. Dosa kang dia jugak yang tanggung.

Yang tak boleh blah masa kami tengah syok melayan Melodi semalam, ada statement dari Rebecca yang berbunyi begini:-

[note]Bukan salah saya mak bapak saya kasik nama Rebecca Nur  Islam tu, Rebecca mmg sexy, tapi sexy saya pun saya tahu menjaga MARUAH KELUARGA dan batas batas agama[/note]

Rasa-rasa kalau ayah dia bagi pelempang 10 20 das ke pipi gebu dia tue wajar tak? Agak kurang sopan statement si Rebecca nie pada pandangan kami. Kesian kat mak ayah dia penat pikir siang malam nak bagi nama elok-elok. Tengok-tengok anak wat kenyataan camnie.

Mungkin betul jugak kot sebenarnya tak adalah seksi sangat si Rebecca nie. Mungkin pakaian dia nie bagi orang-orang moden biasa-biasa jer. Kami yang agak kekampungan nie, yang beli baju pun kat pasar malam jer memang la bila tengok si Rebecca pakai camnie ternampak seksi gitu. Padahal biasa-biasa jer bagi orang-orang kaya moden. Tak gitu?

Lagi gambar-gambar Rebecca Nur Islam yang berpakaian seksi tetapi masih menjaga maruah keluarga dan batas-batas agama dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
 
Written by AbangNara | October 12th, 2009

stephen gately boyzone dies

Wah, terkejut kami tengok status Facebook seorang kawan kami. “Stephen Gately Boyzone star found dead on holiday“. Biar betik. Muda lagi mamat nie, baru 33 tahun takkan dah mati kot. Terus kami mencari kebenaran cerita nie dan akhirnya memang confirm Stephen Gately dah meninggal dunia. Setakat ini punca kematian masih tak diketahui tapi khabarnya Stephen Gately mati time dia tengah syok tidur.

Dulu mamat Stephen Gately nie memang femes dengan kumpulan Boyzone. Kami berani kerat jari kalau ada yang cakap tak kenal dengan kumpulan Boyzone nie. Ala, yang femes dengan lagu “Everyday I Love You”, “Words”, “Baby Can I Hold You Tonight”. Lagu diorang memang tangkap jiwang karat punya. Memang leleh punya. Stephen Gately nie adalah seorang vokalis utama dia selain daripada Ronan Keating.

Dan buat anda yang tak tahu, Stephen Gately nie adalah seorang homoseksual. Dia nie gay la kiranya. Ish-ish. Punyalah hensem tapi suka kat laki. Memang ramai awek-awek yang remuk berkecai hati diorang bila Stephen Gately nie buat pengakuan yang dia gay. Time dia mati nie pun time dia tengah pergi bercuti-cuti bersama partner gay dia, Andrew Cowles. Diorang dah kawin tau.

Kita ketepikan cerita gay dia tue buat seketika. Lantak dialah nak gay ke apa sebab dia bukannya orang Islam. Sekalung takziah buat keluarga beliau dan jugak kesemua peminat dia. Buat mereka-mereka yang nak layan feeling, meh layan lagu kegemaran kitorang semasa Stephen Gately dalam Boyzone kat bawah nie. Tajuk lagu nie “Everyday I Love You”.

Written by AbangNara | October 11th, 2009

#Sila skroll ke bawah untuk gosip terbaru

Yuhuu!! Kami dah dapat Xpax Blackberry 8520 masa party XBerry semalam. Memang bes betul, eh maksud kami Xpax Blackberry ni lah, bukan XBerry Party tu. Kami mana party, pegi amik Xpax Blackberry aja. Rugi korang tak pergi, harga Xpax Blackberry 8520 masa malam tu cuma RM888. Kalau harga biasa RM1188. Pastu dapat pulak satu bulan percuma access Blackberry. Berbaloi-baloi~~~

Skin gergasi ni contoh Skin yg dapat free masa beli Xpax Blackberry 8520 masa XBerry Party

Kami memang happy tak hengat lah dapat Xpax Blackberry 8520 ni. mantap, bila pakai terus rasa macam artis. sebab kebanyakan artis pakai Blackberry tau, korang jangan tatau pulak. Xpax Blackberry ni macam aksesori branded pada artis celebriti.

Nantikan review kami bila dah guna Xpax Blackberry ni!! So far, memang bes! Kembang kempis  gak aa hidung bila bawak kuar Xpax Blackberry ni time nak telepon. Rasa bertambah hensem pulak.

Haa…baru sekarang korang rasa teringin ek? Takpe belum terlambat, cuba klik sini http://xpax.com.my/blackberry/ . Harga unlimited data sehari cuma RM2.50 , tu harga roti canai + teh tarik je tu~~!

Written by AbangNara | October 9th, 2009

ziana zain

Beautifulnara kini sedang melakukan program Jejak Kasih untuk mencari ke manakah hilangnya akak Ziana Zain. Penampilan terakhir beliau dilihat semasa Anugerah Juara Lagu. Mengikut informasi yang diberikan, akak Ziana Zain dikatakan sedang mengandung anak kembar semasa kali terakhir dilihat. Sejak itu, kelibat beliau tidak lagi dijumpai di mana-mana.

Jasa baik anda sangat kami hargai sekiranya anda memprint gambar di atas dan menampalkannya di bus-bus stop, tempat tunggu teksi dan LRT. Sudah terlalu ramai orang yang merindui Ziana Zain terutamanya peminat-peminat yang mahu tahu apakah status kandungan beliau. Dah terkeluar ke belum anak kembar dalam perut tue?

Sekiranya anda ada info, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen. Sekian, Karam Singh Nara melaporkan untuk BeautifulNara. Saya akhiri dengan serangkap pantun.(sambil gerakkan tangan kanan)

Main hujan di bawah atap rumbia
Atap rumbia halus daunnya
Kak Ziana hilang ke mana
Rindu di hati amat terasa

P.S: Jangan lupa hari nie, Sabtu 10 Oktober kat Midvalley ada Playboy perfume Roadshow dari pukul 4. Abang Nara akan ada di sana dalam jam 4. So sapa yang pergi dan jumpa Abang Nara dan cakap “Hensemnya Abang Nara” bakal dapat perfume. Ada 3 botol jer ~~~