Written by AbangNara | December 4th, 2009

nur eishal

Like mother like daughter. Sungguh cute gambar anak Eja yang diberi nama Nur Eishal nie. Secute mak dia. Besar leh jadi artis nie. Confirm femes macam mak dia jugak nanti.

Ada kisah menarik di sebalik kelahiran Nur Eishal. Dengar-dengarnya selepas buat umrah, Eja tetiba terasa nak dapat anak. So dia bagitau la kat suami dia. Suami dia dengan rileksnya telah ajak Eja bercuti (honeymoon) ke Amerika Syarikat. Kat situ akhirnya Eja ditermengandungkan. Hebat sungguh kuasa honeymoon!!!

Khabarnya bila besar nanti Eja mahukan Nur Eishal menjadi seorang angkasawan. Tinggi sungguh cita-cita Eja. Itu yang kami mahu. Impian biar setinggi langit. Tercapai tak tercapai belakang cerita.

Tahniah buat Eja dan suami. Semoga Nur Eishal membesar dengan sihat walafiat.

 
Written by AbangNara | December 4th, 2009

artis wanita

Cantik kan si pelakon wanita di atas tue? Pakej muka dah ada tapi kami pun tak tau apa kenapa sampai sekarang dia kurang popular. Mungkin tak ada kontroversi hangat kot.

Kami bagi klue sikit untuk anda teka. Dulu kami pernah letak gambar dia pakai kimono kat sini. Sebijik macam awek Jepun. Yang gambar kat atas nie tak tau la sebijik macam awek negara mana pulak.

Kalau pandai tekalah. Kalau tak pandai, buat-buat tak tahu udahlah. Hahaha.

P.S: Ada yang hantar email tanya boleh dipercayai ke vsHub nie? Sampai ke barang yang diorder ke rumah nanti? Kami berani jamin 100% yang barangan anda order menerusi vsHub akan sampai ke depan pintu rumah anda. Kalau tak sampai bagitau kami, kami akan kerat jari kaki ayam kat belakang rumah kami. Kalau nak maklumat lanjut, sila baca artikel lama kami pasal vsHub.

Written by AbangNara | December 3rd, 2009

Tentu ramai yang akan jatuh tergolek-golek mendengar gosip panas nie. Fazura khabarnya telah dikantoikan keluar tengok wayang dengan seorang anak raja yang bergelar Tengku baru-baru nie.

Khabarnya lagi, filem yang ditonton bersama tue tak lain tak bukan filem lakonan Fazura sendiri, Pisau Cukur. Mungkinkah ada isi tersirat yang cuba disampaikan oleh Fazura kepada Tengku tersebut?

Tapi agak kurang romantis apabila gosip ini menyatakan yang ada bodyguard duduk sebaris dengan Fazura dan Tengku semasa menonton filem nie. Kurang romantik la gitu. Susah jugak jadi orang kenamaan nie. Bercinta pun nak kena ada orang jaga.

Apa-apapun kalau gosip ini benar, tahniah sangat-sangat kami ucapkan kepada Fazura. Fazura pun masih single dan tak salah nak bercinta. Tak kisahlah dengan kerabat diraja ke, orang biasa ke, VVIP ke. Yang pentingnya tak mengganggu rumah tangga orang lain. Tak gitu?

Sumber gosip dari Murai.

Written by AbangNara | December 3rd, 2009

Kalau sebut Nurul takut korang tak kenal. Jadi terpaksalah sebut Nurul Ajai. Walaupun diorang dua bukan suami isteri dah. Si Ajai pun dah kawin lain, tapi nak senang kenal tetap terpaksa panggil Nurul Ajai. Macam dah sinonim la kiranya.

Oh ye dengar ceritanya si Nurul Ajai nie bakal berkahwin tak lama lagi. Dengan siapa tue nanti kita tunggu pengumuman dari tuan punya mulut. Kami dulu minat jugak dengan si Nurul nie masa dia berduet ngan Ajai.  Lagu feveret kami sudah semestinya lagu Aku Cinta Aku Rindu tue. Memang jiwang bangat seh.

Lagi gambar Nurul Ajai dengan membaca artikel ini sepenuhnya.