Written by AbangNara | December 15th, 2009

[note]Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru [/note]

Macamana kita nak pandai dalam sesuatu perkara? Cthnya kalau nak pandai main golf macam Tiger Woods, kenalah belajar main golf kemudian praktis selalu. Kalau nak pandai memasak, kenalah belajar memasak dengan Chef Wan ke, paling senang belajar ngan mak sendri sudah. Kalau nak belajar ilmu pakai bulu mata 3 tingkat macam Rozita Che Wan, kenalah tanya Rozita Che Wan, betul idak?

Takpon…

Uish takkanlah nak carik deorg ni kan semata-mata nak belajar make up, ya dak? Sebenarnya, Sonang aja kalau nak belajar make up macam artis ni, ada satu tempat yg boleh ajar semua teknik menyerlahkan kecantikan semulajadi, Red Glow. Korang boleh belajar untuk menyerlahkan kecantikan wajah sendiri untuk  memikat suami masing-masing (bukan laki orang lain), atau pon boleh belajar untuk jadi make up artist (side income nih)

Haa, Kak Nara tau korang mesti nak kata ” bapakk lama nak make up macam ni, mana ada masa” .  Kalau korang dah selalu praktis, 20 minit pon boleh siap tau! Bulu mata palsu boleh pakai dalam kereta sambil tunggu lampu merah tau (ini tahap tertinggi) . kalau tak pakai bulu mata palsu ala-ala rozita che wan tu lagi kejap, 10 min aja  lah ready. RedMummy lepas belajar ngan Red Glow ni, lukis eyeliner sambil pegang stereng je tau~!

Untuk Ladies yg dok mencari-cari make up artist untuk tunang/kahwin/Anugerah Skrin/Dinner Ofis/AJL boleh jugak hubungi Red Glow untuk khidmat make up, gitau je korang nak macam mana. Setakat gaya mata ala arab Rozita Che Wan, atau gaya mata Kim Kardashians tu…..petik jari aja deorang oles kan wajah korang. Kompem meletops gitu.  Kalau cun melecun time akad nikah, kompem sekali lafaz aja bakal suami korang tu time akad nikah…..

Nak tahu lebih lanjut tentang kelas belajar make up RedGlow boleh klik sini ya….Lagi banyak cerita tentang pengalaman Kak Nara belajar make up dengan RedGlow, klik klik. atau baca pengalaman MamaFiza dan Leed’s.

 
Written by AbangNara | December 14th, 2009

remy ishak

Makin panas nampaknya kisah Remy Ishak dibelasah baru-baru nie. Boleh dikatakan semua suratkhabar hari Ahad pun keluarkan penjelasan cerita dari Remy Ishak nie. Susah nak cakap siapa yang bersalah dalam hal nie. Malah kami ada dapat satu email yang menceritakan sebenarnya Remy yang bersalah dalam hal nie. Nanti esok kami kongsikan email tersebut bersama anda semua.

Inilah penerangan Remy Ishak tentang pembelasahan yang terjadi. Kes ini bertambah berat sebab Remy mengakui yang orang-orang yang datang membelasah dia diupah oleh keluarga Ummi Nazeera. Betul atau tidak, kita kena tunggu penjelasan dari Ummi Nazeera dan keluarganya.

  • 4 Disember – Malam selesai pementasan, Ummi Nazeera meminta untuk berjumpa Remy Ishak
  • Remy Ishak pergi ke kondominium Ummi Nazeera & berjumpa di’bawah.
  • Berlaku salah faham antara Remy Ishak & Ummi Nazeera dalam pertemuan tersebut.
  • Remy Ishak mendakwa Ummi Nazeera ada ambil ‘benda’ yang membuat Remy Ishak naik marah.
  • Remy Ishak mencampak telefon bimbit Ummi Nazeera. Pertengkaran terus berlaku.
  • Atas rasa bersalah, Remy Ishak minta maaf & berjanji akan mengganti telefon bimbit Ummi Nazeera yang di’rosakkan.
  • Ummi Nazeera seperti hilang akal menumbuk, menyepak & menendang Remy Ishak.
  • Remy Ishak berusaha untuk mengelak & salah satu tepisan terkena muka Ummi Nazeera.
  • Cincin di’tangan Remy Ishak menjadi punca kesan bengkak di’pipi Ummi Nazeera.
  • 5 Disember – Remy Ishak di’pukul di Istana Budaya.

Kronologi cerita dicurik dari RotiKaya.

P.S: XPAX adalah satu-satunya plan pra bayar yang bagi banyak gila bonus kepada pengguna-pengguna dia. Ada bonus hari jadi, ada bonus kejutan dan yang paling best ada Every Month Double Bonus XXL. Guna minimum RM50 di bulan Disember nie dan dapatkan balik 6% dari penggunaan anda. Berbaloi-baloikan?

Written by AbangNara | December 14th, 2009

puteri lily lokman

Respek kami dengan Aziz M. Osman. Selepas kisah gelapnya dengan seorang ustazah dulu, Aziz kini khabarnya telah mendapat awek @ kekasih baru yang lebih muda dan hot. Diberi nama Puteri Lily Lokman, inilah awek yang menemani Aziz M. Osman semasa malam Anugerah Skrin 2009. Mantap kan?

Dari info yang kami baca, Puteri Lily Lokman nie adalah artis baru di bawah jagaan Aziz M. Osman. Orang kata sambil menyelam minum air, sambil mengajar dijadikan awek. Memang berpengalaman abang Aziz kita nie. Kena belajar teknik mengorat awek yang lebih muda dengan dia. Harap-harap abang Aziz boleh bukak kelas mengorat nanti.

Lagi gambar Puteri Lily Lokman dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 14th, 2009

faizal af4 dah kawin

Susah betul kalau jadi artis popular nie. Nak kawin pun kena sorok-sorok takleh nak bagitau orang. Tapi apa-apa pun tahniah kepada Faizal AF4 yang sebenarnya dah kawin 10 bulan yang lalu. Secara kasarnya kiranya dia bernikah dalam bulan Februari 2009 yang lepas.

Dan tahniah sekali lagi kerana isteri Faizal AF4 dah mengandung 8 bulan. Rasanya mesti Faizal tengah berdebar-debar nak menunggu hari bergelar seorang ayah. Gambar isteri Faizal AF4 masih kami tak dapat jumpa. Khabarnya lepas isteri dia selamat beranak nanti, Faizal akan kenalkan isterinya kepada orang ramai.

Kami tak faham sebenarnya kenapa artis-artis Malaysia nie kalau bab kahwin ada jugak yang nak sorokkan. Bukan ke benda yang baik kena hebahkan? Kalau malu sebab tak leh buat kenduri grand-grand pun, just kenalkan isteri pun cukuplah. Nama pun artis, semestinya peminat nak amik tau perkembangan diri anda kan?

Kalau bagitau yang dah kawin, takdelah keluar gosip Faizal AF4 kena tangkap basah. Jangan la risau sangat populariti anda yang tak seberapa tue menurun. Rakyat Malaysia nie dah semakin open minded dah. Kalau berbakat, kami tetap akan sokong. Tak kiralah dah kawin ke, duda ke, janda ke atau dah ada anak 10. Tak gitu?

Apa-apa pun kepada Faizal AF4, tahniah kami ucapkan di atas perkahwinan dan berita bakal mendapat anak anda. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.