Written by AbangNara | December 7th, 2009

que haidar linda jasmine

Panas, panas dan memang panas seperti air yang baru dijerang. Kami terbau-bau yang gosip nie adalah gosip tipu semata-mata tapi kami nak kongsi jugak. Nama pun gosip kan? Nak tau betul ke tak kena tunggu Que atau Linda Jasmine bagi kenyataan. Buat masa nie, sila jangan percaya gosip ini.

Khabarnya kerana kejelesan yang teramat sangat, Linda Jasmine dah arahkan Que Haidar agar berhenti dan melupakan terus dunia lakonan. Dengar ceritanya Que dah tak boleh terima apa-apa tawaran berlakon dah sekarang nie. Paling tak logik, Que sekarang dah jadi seorang pengurus di kilang baja kat Kuala Lumpur. Nampak sangat tipu kan?

Untuk menambahkan kesedapan cerita gosip nie, Que menangis di telefon ketika mengadu mengenai perkara itu kepada pengarah, Afdlin Shauki, baru-baru ini. dengar cerita Que turut terpaksa menolak pelawaan Mamat Khalid membintangi filem terbaru arahannya.

Kami di BeautifulNara percaya 100% yang gosip nie telah direka oleh budak sekolah darjah 6 yang baru habis UPSR. Nak buat gosip pun janganlah sampai jadi pengurus kilang baja. Nampak sangat ketaklogikannya kat situ. At least jadilah pengurus kedai LV ke, bukak butik baju ke. Nampak skit ada kaitan. Tak gitu?

 
Written by AbangNara | December 7th, 2009

pian cecupak

Aduh sedihnya diri ini kalau jadi Pian Cecupak. Anak sendiri malu ngan muka ayah dia. Mana taknya. Muka elok-elok dah hensem menggatal nak bedah sana bedah sini. Ada ke semata-mata nak dapatkan muka macam Dafi sanggup letak kolagen dalam muka. Adoi, memang tak bleh blah alasan.

Nasib baik sekarang nie nie dah insaf balik lepas anak dia mengaku yang dia malu kalau orang tau dia anak Pian Cecupak sebab wajah ayah dia macam tue. Skang nie Pian tengah berusaha nak buang kolagen dalam muka dia. Baguslah dah insaf. Yang bagusnya dia sedar yang kecantikan nie takkan kekal. Dah tua nanti kerepot jugak.

Kalau nak baca interview penuh, sila baca artikel ini lagi.

 
Written by AbangNara | December 7th, 2009

red carpet anugerah skrin 2009

Taknak cakap banyak tapi Rozita Che Wan punya dressing untuk malam Anugerah Skrin 2009 memang meletop~~~ Terbaik dari ladang. Memang mantap idea designer baju Rozita Che Wan. Sesuai dengan tema Arabian Night gitu. Rasanya mesti semua photographer beria amik gambar dia masa Red Carpet Anugerah Skrin 2009.

Gambar artis-artis lain masa Red Carpet Anugerah Skrin 2009 pun not bad jugak la. Tapi tak sedaring dan semantap Rozita Che Wan. Sampai Afdlin Shauki pun buat lawak pasal dress Rozita malam tue. Nampak sangat memberikan impak yang sangat besar.

Lagi gambar sekitar malam @ Red Carpet Anugerah Skrin 2009 (ASK 2009) dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar diambil dari Mstar.

 
Written by AbangNara | December 7th, 2009

remy ishak

Sedih dan sungguh menyedihkan. Mesti ramai awek-awek kat luar sana yang tengah bengang sebab pakwe @ hero feveret diorang, si Remy Ishak nie kena belasah. Nie real punya kena belasah nie. Bukan lakonan atau cobaaan. Tiada yang benar melainkan benar belaka.

Remy Ishak dibelasah oleh sekumpulan lelaki pada hari Jumaat lepas selepas selesainya pementasan Teater Natrah. Macam biasalah lepas habis show ada sesi beramah mesra bersama penonton. Pembelasah-pembelasah nie berlagak macam penonton dan mengambil kesempatan untuk hentam Remy masa dia berseorangan. Cedera jugaklah kepala ngan kaki si Remy Ishak nie. Cian kat dia.

Sebab musabab dibelasah hanyalah Remy Ishak sahaja yang tau. Mungkin sebab ada orang jeles dia hensem. Mungkin sebab ada orang jeles dia dapat berlakon ngan Maya Karin. Mungkin jeles sebab dapat bayaran tinggi untuk Natrah. Kami tak tahu apa sebab sebenarnya. Kita nantikan penjelasan daripada tuan punya badan nanti.

Buat Remy, semoga tabah menghadapi cabaran dan liku ranjau bergelar seorang pelakon. Teruskan usaha anda. Kata orang, alah bisa tegal biasa. Buat derk ajer ngan semua nie. Biasalah kat dunia nie mana ada semua orang suka kat kita. Mesti ada yang benci dan cemburu dengan kejayaan kita. Pedulikan mereka-mereka itu.