Written by AbangNara | December 25th, 2009

Sila skroll ke bawah untuk gosip terbaru

Bayangkan betapa boring dan hambarnya dunia kita nie kalau cuma ada warna hitam dan putih jer. It’s black and white bak lagu Michael Jackson. Paling kesian sudah tentulah kepada artis-artis pompuan kita yang suka berfesyen sakan dengan warna yang bergemerlapan. Meh kitorang bagi contoh-contoh betapa tak glamernya pakaian artis Malaysia kalau dunia ini berwarna hitam dan putih je.

1. Rozita Che Wan

2. Umie Aida

3. Dato’ Siti Nurhaliza

Hambar kan?

Tak bergemerlapan langsung pakaian artis-artis nie kalau hitam dan putih jer. Sebab itulah Samsung mengajak anda semua memanfaatkan warna yang ada di dunia ini dan menceriakan hidup anda dengan Corby. Untuk mereka yang tak tahu, Corby nie adalah salah satu telefon touch skrin touch yang dikeluarkan oleh Samsung.

Antara warna-warna Samsung Corby ialah:-
Yellow Jamaican
• Minimal White
• Cupid Pink
• Festival Orange

Samsung Corby punya warna semua warna-warna yang ceria gitu. Kami sangat-sangat suka dan anda pun sepatutnya suka sebab anda boleh menang sebijik Samsung Corby dengan PERCUMA.

Caranya pun mudah sangat.
• Tulis satu blog post yang bertajuk “Color Me Corby” dan ceritakan betapa ‘colourful’ hidup korang kat dunia nie.
• Amik gambar anda dengan salah satu warna Samsung Corby yang kami dah bagitau kat atas tue
• Isi details blog post anda dan gambar yang dah ditangkap tue kat laman web Samsung Corby nie .

75 blogger yang bertuah akan di ‘invite’ untuk menyertai Samsung Corby Carnival yang akan berlangsung kat Sunway Extreme Park, 16 Januari 2010. Masa carnival nie lah korang berpeluang untuk memenangi sebijik Samsung Corby. Jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM25,000 tue beb!! Berbaloi-baloi.

Meh kami ceritakan sikit details kalau anda terpilih untuk menyertai Samsung Corby Carnival nie.

Pada 16 Januari tue, anda semua akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. 4 kumpulan nie akan bertarung dalam beberapa game untuk menentukan siapakah juaranya. Salah satu gamenya ialah paintball (sakit tue kalau kena tembak). Kalau anda seorang yang extreme dan sukakan cabaran, memang wajib sertai Samsung Corby Carnival nie.

Tapi jangan risau kalau anda tak menang pun. Sebab setiap seorang yang join carnival nie akan dapat goodie bag, T-Shirt dan segala perbelanjaan pada hari tue bakal ditaja sepenuhnya. Korang cuma perlu bawak badan korang tue dan enjoy segala game yang bakal disediakan.

Tunggu apa lagi? Startlah tulis blog tue sekarang~~~ Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web pertandingan Samsung Corby.

 
Written by AbangNara | December 24th, 2009

Kami memang berharap sangat dengan keluarnya gambar Tiz Zaqyah yang ini, ramai lagi peminat Nur Kasih yang kembali sedar ke alam sebenar, yg Tiz ni bukanlah seperti watak yg dia bawak dalam cerita Nur Kasih tu.

Jangan tak tau ya, ada kisah benar, suami isteri bergaduh sebab suami kata Tiz Zaqyah ni sosial, tapi isteri kata ” mana ada, Tiz ni baik macam dalam Nur Kasih”. Itu lah tanda lakonan Tiz Zaqyah ni memang mantap~~

Tapi kami dah lama nak komen tentang Tiz ni, dulu masa keluar interview kat satu suratkhabar ni, Tiz kata masa zaman sekolah dulu dia takde boyfriend. Wah itu kenyataan berani mati. Kesian x-bf dia dulu, sedih jer baca statement Tiz tu. Cinta monyet pon cinta jugak Tiz ,takyah lah kata tak bf . Kan kami mintak gambar lama-lama dengan x-bf kang……

Written by AbangNara | December 24th, 2009

Memey Suhaiza dan Norman Hakim memang layak untuk menang Anugerah Pasangan Paling Bahagia 2009. Terpancar sinar kegembiraan yang berlebih-lebihan daripada dua pasangan merpati sejoli nie. Seperti dunia ini mereka yang punya. Memang bahagia!!!

Buat Norman, cepat-cepatlah berkahwin. Memey tue cantik. Nanti ramai yang masuk mengorat. Anak-anak Norman pun nampak macam suka kat Memey. Kawin nanti leh la jadi mak ekspress. Tak gitu?

Cuma kami agak musykil tengok ada gambar Abby dlm majlis hari jadi anak mereka. Eh, memang patut Abby ada, dah anak dia kan. Tapi pada masa yg sama, gambar Memey dgn Norman yg memakai baju merah yg sama. Adakah? Adakah? Mungkinkah Abby & Memey ada pada masa harijadi iut. Oh tidak~~

 
Written by AbangNara | December 24th, 2009

zizie ezette

Akhirnya semalam dalam Harian Metro, Zizie Ezette dah pun keluarkan kenyataan pertama kali tentang perkahwinannya dengan Bung Mokhtar. Memang sebab nak menjaga hati isteri pertama Bung Mokhtar, sebab tuelah Zizie terpaksa berdiam diri selama nie. Moh kita dengar sikit apa Zizie cakap:-

[note]Saya tak kisah orang nak cakap apa pun selepas ini. Itu terpulanglah kepada mereka. Pada masa sama, saya juga tidak tertekan dengan apa yang berlaku. Apa yang penting, saya melakukan perkara yang baik di sisi Allah. Siapa pun jodoh saya, itu ketentuan Allah. Saya juga mendapat restu keluarga sebelum memutuskan untuk berkahwin dengannya. [/note]

Betul kata Zizie. Jodoh tue memang ketentuan dari Allah. Nak wat camner memang dah ditentukan Zizie akan kawin dengan Bung Mokhtar yang tak cukup kacak tue. Tapi kami gembira dengar yang keluarga Zizie merestui perkahwinan dia.

[note]Maaflah, saya tak boleh beritahu lebih lanjut di mana dan bilakah majlis pernikahan kami berlangsung. Saya juga tak dapat mengulas lanjut cerita berkaitan majlis pernikahan kami kerana perlu menjaga hati pihak satu lagi (isteri pertama Bung Moktar, Datin Nor Asidah Alimuddin)[/note]

Harapnya semua orang pun dah berpuas hati dengan pengakuan jujur Zizie nie. Skang kita dah boleh tutup buku @ gosip pasal Zizie dan Bung Mokhtar. Meh la sama-sama kita doakan diorang berbahagia.