Written by AbangNara | December 28th, 2009

hans isaac eira syazira

[note]Kami ingin memohon ampun dan maaf kepada Abang Hans Isaac yang kacak bergaya lagi tampan kerana telah menulis namanya bercinta dengan Eira Syazira. Sebenarnya Isaac yang terlibat dalam gambar di atas ialah Isaac, pelakon cerita Cinta Balqis (tak sefemes Abang Hans). Terima kasih juga kepada para pembaca yang prihatin dan membetulkan kami. Kami hanya insan biasa yang tak lari dari membuat kesilapan. Sayang korang semua. [/note]

Panas, panas dan panas (gaya macam Melodi sikit). Pernah tak korang dengar gosip yang kononnya Isaac dan Eira Syazira nie bercinta? Pernah kan? Tapi macam biasalah dunia artis Malaysia nie mana ada orang yang nak mengaku. Macam biasalah bila ditanya kedua-dua makhluk nie pun dengan rileksnya  menafikan kononnya mereka tengah bercinta sakan. Cuma kawan biasa jer.

Alkisahnya seorang rakan kami telah pergi berjalan-jalan di Batu Pahat. Sedang khusyuk rakan kami tue makan kat Batu Pahat Walk, tiba-tiba dia ternampak adegan suap menyuap sedang berlaku. “Perghhhhh, jiwang gila couple ini“, kata rakan kami tue. Tengok punya tengok rupa-rupanya couple yang sedang asyik menyuap-nyuap tue adalah Hans Isaac dan Eira Syazira.

Tanpa berlengah lagi kawan kami tue pun terus mengsnap gambar diorang berdua. Tue yang ada gambar kat atas tue. “Ooo kata tak bercinta tapi leh plak korang suap menyuap“,gosip rakan kami di dalam hatinya. Dan nak dijadikan cerita lagi, semasa nak melintas jalan, Isaac dengan gentlemannya telah memegang tangan Eira Syazira. Nampak sungguh caring dan penyayang Isaac nie. Takut Eira kena langgar ye ?

Kami tak rasa salah pun kalau anda berdua bercinta. Semua orang pun mau tengok Hans Isaac bahagia. Jadi apa salahnya mengaku yang anda memang sedang jiwang karat 24 dengan Eira Syazira? Buat apa nak nafi-nafi lagi. Kang membujang sampai ke tua kang baru tau. Itu sekadar nasihat kami. Nak ikut ke tak itu keputusan anda.

Tapi kami tak tahulah kot-kot Isaac memang buat adegan suap menyuap dan berpegang tangan dengan setiap wanita yang dijumpainya. Kalau dia buat ngan semua orang, maknanya Eira Syazira nie nothing special lah kepada mamat nie. Tapi kami yang tak berapa pandai bercinta nie pun tau kalau dah sampai bersuap-suap tue compemlah yang anda tengah dilamun asmara tahap tertinggi. Tak gitu?

 
Written by AbangNara | December 28th, 2009

awal ashaari

Kesian kami kat cik Awal. Kena tidur kat balai polis sebab takut dengan paparazi rupanya. Tapi pelik jugak sebab kat Malaysia nie ada paparazi ke? Setau kami la tak ada lagi paparazi. Setakat media-media hiburan tue adalah. Mungkin Awal terkeliru antara paparazi dan media kot. Almaklumlah penat nak mengeluarkan air kencing yang tak ada.

Kami respek dengan pihak polis yang terlibat dalam kes penahanan Awal Ashaari nie. Bagus betul sebab mengeluarkan kenyataan yang layanan istimewa diberikan kerana permintaan Awal. Bukannya pihak polis yang nak bagi. Walaupun nampak remeh, tapi sebenarnya penting kenyataan nie sebab boleh menjejaskan imej polis Malaysia.

Cuba dengar sikit apa yang pegawai polis Sharifah Hawariah bagitau:-

[note]Selepas ujian air kencingnya didapati negatif kira-kira pukul 9 pagi, ikutkan Awal sudah boleh beredar dari situ (IPK) tetapi dia yang minta untuk berada di situ buat sementara waktu kerana takut dengan ‘paparazi. Jadi saya benarkan dia untuk berehat di situ. Tetapi dia berada di situ sehingga pukul 11.30 pagi, kelmarin. Kami layan dia bukan sebab dia aktor kerana sesiapa sahaja, saya tetap akan memberikan layanan yang sama[/note]

Harap-harap Awal menjadikan peristiwa nie sebagai satu iktibar buat dirinya. Imej bersih anda selama nie tercalar kerana kes nie jer. Manusia takkan ingat benda baik yang anda buat, tapi sekali benda tak elok berlaku, sampai bila-bila akan melekat di kepala peminat-peminat anda. So jadikanlah ianya satu pengajaran dan semoga tak berulang lagi.

Dan kalau boleh janganlah kutuk mengutuk blogger-blogger hiburan macam kami nie. Mana anda tau kami nie tak grad universiti? Kalau kami cakap kami grad oversea kang anda pulak yang terkejut? Sepatutnya kenalah bekerjasama ngan blogger-blogger macam kami nie untuk memberi publisiti percuma kepada anda.

Yang penting jangan maki hamun kami (para bloggers hiburan) di dalam Twitter anda lagi ye? Kan tak elok marah-marah orang. Lagi elok kalau cuba bekerjasama dengan kami untuk menaikkan balik nama anda. Tak gitu?

Written by AbangNara | December 28th, 2009

rozita che wan

Memang tak seksi pun fesyen Bohemian Rozita Che Wan malam Anugerah Skrin 2009 hari tue. Biasa-biasa je kami tengok. Apa la yang seksinya setakat kain terbelah sampai nampak lutut dan singkat macam gambar kat atas tue. Standard la tue kan? Cuba dengar apa Rozita cakap pasal fesyen dia malam tue:-

[note]Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini[/note]

Kami sokong Rozita Che Wan. Memang tak seksi sangat pun. Sila pakai seksi lagi selepas nie. Kami nak tengok dimanakah taraf seksi di mata seorang artis. Tak gitu?

P.S: Korang kena baca apa yang tersirat di sebalik tulisan kami nie. Pepandai la ek pahami sindiran kami nie.

Written by AbangNara | December 28th, 2009

anne ngasri

Adoi. Pening kepala dibuatnya. Kenapa la artis Malaysia nie suka buat statement bodoh-bodoh? Pikir la dulu nak cakap  tue. Jangan main cakap sedap mulut jer. Lagi-lagi yang berkaitan ngan agama nie. Ada ke sebab nak berlakon boleh nak bukak tudung? Cuba korang dengar sikit apa Anne Ngasri nie cakap:-

[note]Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja.[/note]

Niat tak menghalalkan cara cik kak wei ~~~ Kalau taknak pakai tudung, takyahlah cakap apa-apa. Ini selamba je cakap sebab nak carik rezeki. Nampak sangat kesengalan dan kekurangan pandai tue. Buat malu diri sendiri jerk. Apo nak jadi pun kami tak tau nak cakap la.

Nampaknya makin nak habis tahun 2009 nie makin banyak kenyataan-kenyataan kontroversi yang keluar. Harap-harap tahun 2010 nie artis-artis Malaysia nie pandai la sikit jaga mulut tue. Jangan main tibai jer cakap. Ingat sikit yang kata-kata anda tue dibaca dan didengar oleh semua orang.