Written by AbangNara | December 31st, 2009

nora danish janda

Adakah kenyataan Nora Danish yang menyatakan bukan mudah untuk dia membawa status janda adalah satu petanda yang dia sudah bersiap sedia untuk bergelar seorang isteri balik? Rasanya semua orang pun tau yang janda (lagi-lagi janda cun macam Nora Danish nie) sering dipandang serong oleh masyarakat. Banyak gelaran diorang dapat. Perampas suami orang la, janda tak laku la, janda mahal la. Banyak lagi le.

Cuba dengar apa Kak Nora Danish kita cakap sikit:-

[note]Saya sedar segelintir masyarakat memandang negatif kepada status janda ini, tidak boleh berpakaian seksi, keluar dengan lelaki, pergi clubbing dan sebagainya[/note]

Kenyataan atas nie kami kurang sokong sikit. Rasanya semua orang pun boleh agak sebab apa kami tak sokong. Seeloknya jangan la buat 3 perkara kat atas tue tak kiralah anda janda ke andartu ke bini orang ke. Memang benda yang tak berapa elok dibuat pun.

Lagi luahan hati Nora Danish:-

[note]Mereka sering melabel janda sebagai perempuan yang jahat dan perampas. Seharusnya mereka lebih kasihan sebab kami mangsa keadaan dan hormat kepada golongan janda.[/note]

Yang atas nie kami sokong. Memang kami kesian dengar kisah-kisah janda yang kena maki hamun ngan bini orang lain bile bini orang tue jeles membabi buta. Agak-agaknya apa perasaan kalau kita di tempat mereka ? Contohnya si janda tue tengah syok wat kerja kat opis tetiba terdengar suara jeritan mencaci dia. Mana nak letak muka? Malu beb ~~

Sebab tuelah tak baik untuk janda-janda seperti Nora Danish nie menjanda lama-lama sangat. Nanti kena cop perampas orang. Sebaiknya kawin secepat mungkin. Takkanlah takder orang nak kat janda macam Nora Danish yang putih melepak, muka cute dan seksi nie. Mesti ramai tengah beratur nak tunggu giliran ngorat. Tak gitu?

Ucapan kami untuk semua janda-janda di Malaysia, semoga tabah menghadapi rintangan yang ada. Dan semoga cepat bertemu jodoh sekali lagi.

p/s: hari ni last day tau mau dapatkan Xpax Double Bonus, topup rm50 kompem malam ni abis sebab sms happy new year kat semua orang..

 
Written by AbangNara | December 31st, 2009

gambar serina chef wan kawin

Sungguh bertuah artis-artis Malaysia nie. Nak kawin pun ramai  yang sudi taja. Kita yang manusia biasa nie sampai separuh mati carik duit nak kawin, diorang rileks jer dapat tajaan sana tajaan sini. Memang beruntung betul bergelar artis kat Malaysia nie ek.

Terbaru perkahwinan Serina  Chef Wan dan Gavin Edward O’luanaigh @ Salahudin Ghafar bakal mendapat tajaan barangan kemas dari Habib Jewels bernilai RM2.5 juta. Fuiyoooo  mak. Menangis kami dengar benda nie. Kami nak beli gelang emas harga 2 3 ribu pun pikir 20 30 kali. Bertuah badan Serina dapat pakai barangan kemas harga juta-juta time kawin dia tue nanti.

Pakej lengkap tajaan Habib Jewels perkahwinan Serina ini termasuk persalinan bersanding dan acara potong kek. Memang lip lap la nanti si Serina nie ngan rantai-rantai, gelang-gelang dari Habib Jewels. Memang bertuah dan memang rezeki Serina. Tahniah kami ucapkan.

Tak sabar kami nak tengok gambar-gambar perkahwinan Serina Chef Wan nie nanti. Compem gedabak besar rantai yang dia pakai time nikah tue nanti. Leh jadikan idea untuk majlis kawin sendiri nanti.

Written by AbangNara | December 31st, 2009

memey suhaiza

Adoi pening kepalo kami dengan si Memey Suhaiza nie. Nasib baik muda lagi umur 21 tahun. Pemikiran pun tak matang lagi kot. Tue yang dia cakap semacam je. Lain macam je kami tengok si Memey Suhaiza nie sejak “berkawan” dengan Norman Hakim. Mungkin terlalu bahagia kot di samping abang tercinta.

Cuba dengar sikit ayat dia:-

[note]Apa yang saya perasan, orang suka mencari silap saya, terutamanya di internet yang selalu wujudkan macam-macam isu tentang saya. Selepas kontroversi dulu, saya memang sentiasa berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk saya. Apa yang pasti, dengan kedatangan tahun baru nanti, saya mengharapkan ia akan menjadi satu permulaan yang baik dan hidup saya juga akan lebih stabil. Sudah-sudahlah kontroversi…Saya ingin lupakan semuanya dan mulakan kehidupan yang baru. [/note]

Meh dengar sini sikit wahai cik Memey. Kontroversi takkan datang kepada seseorang jika anda tak mulakan kontroversi tue. Tak salah kalau kami cakap yang anda jadi femes pun lepas kantoi bercinta dengan Norman Hakim. Senang cerita lepas kantoi berkhalwat dengan suami orang. Kalau bukan sebab kontroversi tue rasanya sampai sekarang nama cik Memey orang tak tau kot. Tak gitu?

Contoh terbaik gambar anda bersama anak Norman Hakim dan Abby Abadi. Apa motif anda letak gambar tue kat Facebook? Saja nak tunjuk anda dah mesra ngan anak-anak Abby ke? Atau saja nak jeleskan Abby? Atau nak tunjuk betapa jiwangnya anda dengan Abang Norman?

Semua kontroversi yang datang adalah dari pihak cik Memey sendiri. Kalau duduk senyap-senyap dan berlakon jer macam si Lisa Surihani tue, mana ada kontroversi nak datang. So kalau anda nak tahun 2010 tak ada kontroversi, rasanya anda dah tau apa yang patut dibuatkan?

Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat Memey Suhaiza di tahun 2010 nie. Moga-moga bukan kontroversi yang mengfemeskan anda tapi mutu lakonan mantap yang bakal menyebabkan orang bercerita tentang anda.

Written by AbangNara | December 30th, 2009

sapa yg belum baca kisah Rozita Sendayu Tinggi,  bagaimana beliau boleh jadi berpurdah.baca kat sini ya.

Gambar ini 99% betul gambar Rozita Sendayu Tinggi. kalau ada orang boleh sahihkan,komen-komen lah ye~~