Written by AbangNara | January 9th, 2010

azizah mahzan sepi

Lama sungguh tak mendengar cerita pasal Azizah Mahzan ataupun lebih dikenali di BeautifulNara dengan nama femesnya Nek Jah. Buat anda yang masih tak tau, Nek Jah adalah bekas isteri Nasir Bilal Khan. Untuk tahun 2010 nie, nampaknya Nek Jah tak berazam untuk berkahwin semula.

Kami suka dengan falsafah cinta Nek Jah:-

[note]Kalau saya tidak mempunyai teman lelaki atau suami, saya masih boleh bernafas. Misalnya, saya akan cipta sesuatu perkara yang ceria dan kenapa saya perlu menyusahkan diri-sendiri? Kita patut menikmati keseronokan dalam menjalani kehidupan ini. Konsep sanggup berkorban demi cinta tiada dalam diri saya. Saya sudah biasa hidup bersendirian.[/note]

Tak sangka puitis gak Nek Jah nie. Yang nie plak pandangan Nek Jah pasal lelaki:

[note]Mungkin kalau saya ada teman lelaki atau suami, saya akan mudah rasa lemas sebab nak kena selalu fikirkan tentang dirinya. Daripada saya fikirkan tentang lelaki, lebih baik saya mengadap komputer. Saya tidak suka mengawal dan dikawal tetapi lebih suka hidup bebas. Saya ada akal fikiran, jadi mengapa saya perlu mengawal dan dikawal. Saya jenis yang suka melakukan sesuatu perkara satu persatu. Kalau saya ada teman lelaki, ingat saya ada masa untuk melakukan semua itu. Asalkan saya senang hati, tak payah saya fikir-fikir pasal lelaki. You free to live before you die [/note]

Kami rasa Nek Jah nie mungkin mengalami mimpi buruk dalam perhubungan dia selama ini. Tapi kalau dia selesa tanpa seorang lelaki menemaninya, apa salahnya kan? Rasa-rasa korang boleh ke hidup tanya seorang lelaki @ wanita di sisi korang?

Lagi cerita penuh di Mstar.

 
Written by AbangNara | January 9th, 2010

nor aliah lee kawin

Tahniah buat Nor Aliah Lee (38 tahun) yang telah pun menamatkan zaman jandanya semalam dengan Mohammad Zekri Ibrahim (41 tahun). Selepas 3 tahun bercerai dengan Aziz M. Osman, akhirnya pintu hati Vee (nama glamer) terbuka kembali untuk bergelar isteri.

Suami Vee adalah seorang businessman dan juga seorang pemain polo. Dengan jumlah wang hantaran RM10,110, majlis perkahwinan yang dilangsungkan di Masjid Al- Mukarammah Bandar Sri Damansara ini telah pun berjalan dengan lancar. Hanya kira-kira 70 tetamu sahaja yang hadir. Kenduri kecil-kecilan sahaja.

Tahniah buat Vee dan suami. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga akhir hayat. Nanti kalau kami jumpa gambar perkahwinan Nor Aliah Lee kami akan uploadkan untuk tatapan anda.

Written by AbangNara | January 8th, 2010

juara ajl24

Secara ikhlas kami bagitau kami tak pernah tengok Muzik-Muzik melainkan bila tibanya Anugerah Juara Lagu. Kali nie dah masuk yang ke 24 kali dah. AJL24 nampaknya lebih sengit sebab tak ada kategori. Semua bersaing secara open. Dan yang paling best banyak lagu-lagu selalu dengar kat radio dapat masuk AJL24 kali nie.

Siapakah yang anda rasa layak untuk jadi juara? Kami dah pun cakap pilihan kami ialah Yunalis Zarai dengan lagu Dan Sebenarnya. Tak tau kenapa tapi kami dapat rasakan yang Yuna ada aura dia yang tersendiri. Lirik dan melodi lagu Dan Sebenarnya pun best jugak. Simple tapi catchy.

Nie senarai lagu final Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24):-

01. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)

02. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)

03. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)

04. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)

05. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)

06. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

07. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)

08. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)

09. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)

10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)

11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)

12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)

14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Sapakah feveret anda? Moh kita bajet-bajet sapa bakal jadi juara sambil nak tunggu 10hb Januari nie. Gambar kredit kepada Gua.

Written by AbangNara | January 8th, 2010

nabil irma hasmie

Wah wah wah. Bang Nabil kita dah tak sabar nak berkahwin rupanya. Almaklumlah si Irma Hasmie tue pun leh tahan jugak cunnya. Dengar khabarnya tahun 2010 nie Nabil plan untuk bertunang dulu. Bukan tunang setahun macam orang biasa buat, tunang cuma untuk 3 bulan jer pastue terus kawin. Memang terbaik ~~~

Duit pun dah banyak nak tunggu apa lagi. Lagipun semua orang dah tau Nabil asyik berkepit ngan Irma jer. Kata orang tua-tua, tak elok bawak anak dara orang berjalan jauh-jauh. Agaknya mungkin kerana kata orang tua-tua nielah Nabil rancang nak bertunang 3 bulan jer.

Dengar sikit apa Raja Lawak kita nie cakap:-

[note]Kami ada merancang untuk bertunang pada 2010 ini. Ia sebagai mengeratkan hubungan percintaan kami. Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, kami akan mengumumkan tarikh pertunangan kami tidak lama lagi. Terus terang, kami mahu bertunang 3 bulan saja dan selepas itu kahwin.[/note]

Jangan pikir Nabil nie main taram je kawin tanpa apa-apa plan. Dia dah pikir nak buat 3 resepsi untuk perkahwinan dia. Satu kat kampung untuk orang-orang kampung dia. Yang kedua kat bandar untuk ahli famili dia. Dan yang ketiga kat taman (garden wedding) untuk rakan artis dan media.

Aik. Takkan resepsi untuk peminat takder kot Bil? Jangan gini bro. Peminat la yang undi bro sampai leh menang Raja Lawak hari tue. Kang populariti jatuh kang baru tau. Lu pikirlah sendiri ~~~

Sumber dari Murai.