Written by AbangNara | January 19th, 2010

ziana zain terbaru

Khas buat peminat-peminat Kak Ziana Zain, inilah gambar terbaru Ziana Zain selepas bersalin baru-baru nie. Gambar anak Ziana Zain masih gagal ditemui sehingga sekarang. Masih maintain kurus dan cun akak ZZ kita nie. Rasanya lama jugak dia duduk berpantang dalam rumah. Hasilnya memang mengkagumkan. Slimmm gitu ~~~

Lagi gambar terbaru Ziana Zain dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar dicilok dari Budiey.

 
 
Written by AbangNara | January 18th, 2010

fahrin ahmad

Mati-mati kitorang ingat yang si Fahrin Ahmad nie tak pernah ada gambar-gambar basah di tepi kolam renang. Ala, kalau korang jenis beli majalah Mangga dulu-dulu (skang nie tak tau la ada lagi ke tak), compem ada gambar-gambar artis lelaki yang baru nak naik berposing basah tepi kolam renang. Rupa-rupanya Fahrin Ahmad pun ada gak gambar camnie.

Tapi kira tough gak la badan si Fahrin nie. Ada gak ketulan-ketulan dia. Kalau korang tengok betul-betul leh perasan ada bulu lagi. Memang seksi gitu ~~. Mungkin itu salah satu sebab Linda Onn dan Scha Al Yahya terpikat ngan Fahrin dulu.

Lagi gambar Fahrin Ahmad berbasah di tepi kolam renang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 18th, 2010

heliza af

Kan kami dah cakap dah. Suami orang tue yang tergila-gilakan si Heliza AF nie. Nie mesti sebab bini dia tak bermata galak macam Heliza. Kami rasa bini dia mesti mata sepet. Ternyata semua gosip Heliza AF ada affair dengan suami orang adalah palsu belaka. Si Heliza sendiri dah buat kenyataan pasal gosip sampah nie.

[note]Berdasarkan apa yang saya baca, ramai yang mengesyaki sayalah artis tersebut. Memang terkejut juga pada awalnya, tapi saya tidaklah ‘melatah’ dengan perkara ini sebab saya tak buat pun. Saya tidak ada hubungan dengan mana-mana suami orang.[/note]

Dan berita baik untuk lelaki-lelaki bujang di luar sana, Heliza sekarang masih solo dan available untuk dingorat. Sekarang Heliza tengah study untuk final semester dia. Kalau nak masuk line pun sila tunggu selepas dia habis belajar.

[note]Saya sibuk dengan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ditambah pula ini adalah semester akhir pengajian saya, tugasan semakin banyak untuk disiapkan. Jadi saya tidak ada masa untuk jalin hubungan cinta dengan sesiapa pun. [/note]

Buat Heliza, pedulikan ajer gosip-gosip murahan macam nie. Tumpukan perhatian pada study anda. Nanti dah habis belajar barulah bercinta. Kalau susah sangat nak cari pakwe, rasanya ramai pembaca BeautifulNara nie sudi untuk mengofferkan diri masing-masing. Tak gitu?

Written by AbangNara | January 18th, 2010

ifa raziah

Kagum kami dengan suami Ifa Raziah. Sanggup berkongsi keseksian isteri sendiri dengan orang ramai. Walaupun tak berapa popular, dari dulu lagi si Ifa Raziah nie memang cukup femes dengan fesyen seksi dia. Ingatkan dah kawin mungkin tergerak hati nak berubah sebab takut suami marah. Tapi disebabkan suaminya suruh go on dengan keseksian, si Ifa nie pun follow jerlah.

[note]Yang penting sama ada saya pakai seksi atau tidak, orang tetap akan kata saya seksi. Habis itu nak buat macam mana. Tapi bagi saya tak kisahlah kerana suami saya sendiri dah beri izin dan suka dengan apa yang dipakai sekarang, balas penyanyi, pengacara dan pelakon, Ifa Raziah apabila diajukan persoalan tersebut tentang dirinya yang tetap seksi biarpun sudah berstatus isteri dan ibu. [/note]

Kami rasa Ifa silap dengar kot. Mungkin suami dia suka dia pakai seksi di bilik tidur, bukannya di khalayak ramai. Rasanya tak ada suami yang suka bini dia pakai seksi-seksi untuk tatapan orang ramai. Kan bagus kalau jadi macam Waheeda yang dah berpurdah sekarang nie. Tak gitu?