Written by AbangNara | January 20th, 2010

#Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru

blacberry free access

Sebesar gambar promo di atas, sebesar itulah Xpax Big Freeking Sale. Terkesima sebentar kami membaca tawaran hebat dari Xpax nie terutamanya pasal Free Blackberry Access atau dalam bahasa Melayunya, Akses Percuma Blackberry. Memang best untuk kami yang memang dah ada Blackberry Curve 8520.

Untuk memudahkan, meh kami terangkan camner caranya untuk korang dapatkan Free Blackberry Access nie.

blacberry free access

1. Korang kena langgan plan Blackberry Advance (2.5G) setiap hari dari hari Isnin sampai Jumaat. Murah jer pun. RM2.50 untuk unlimited data. Boleh guna sesuka hati mak ayah korang. Kalau korang langgan plan nie 5 hari berturut-turut (pastikan Isnin sampai Jumaat), maka dengan murah hatinya Xpax akan bagi korang akses Blackberry percuma pada hari Sabtu dan hari Ahad. Kiranya korang dapat 2 hari akses percuma dengan bayaran hanya untuk 5 hari je. Berbaloi-baloikan?

blacberry free access

2. Cara nak subscribe? Senang jer. Korang tiru macam gambar kat atas tue. On kan Blackberry korang tue, taip BB ON dan hantarkan ke 28882. Senang gile kan?

3. Lakukan benda yang sama sampai 31 Mac 2010 sebab promosi besar-besaran Xpax nie akan tamat time tue. Kitorang dah start guna pun plan nie hari Isnin hari tue. Nampaknya bakal merasa Free Blackberry Access la Sabtu Ahad nie nanti.

Bang Nara, best sangat ke Blackberry nie? Dari dulu lagi Bang Nara beria promote Blackberry.

blacberry free access

Kalau tak best kami tak promote dik oii. Dengan Blackberry nie, korang boleh buat semua benda yang berkaitan dengan internet. Boleh Facebook, boleh YM, boleh MSN Messenger, boleh Twitter, boleh tengok peta bila sesat jalan, boleh check email. Dan yang paling penting korang boleh bukak BeautifulNara nie bila-bila masa je. Lagi-lagi dengan promosi besar-besaran Xpax Big Freekin Sale nie. Memang puas hati!!!

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Xpax Big Freeking Sale.

 
Written by AbangNara | January 19th, 2010

gambar hari jadi umie aida

Wah, wah dan wah sekali lagi. Mungkin kerana ini kali terakhir menyambut hari jadi sebelum bergelar isteri orang, Umie Aida membuat sedikit kelainan dalam parti tue. Ada lelaki-lelaki lembut yang memakai barangan palsu dan berlagak seperti Wonder Girls dan Pussycat Dolls. Nampak macam happening jer parti nie berdasarkan gambar hari jadi Umie Aida.

Kami dah tak kisah dah macam mana artis Malaysia nak sambut hari jadi ke, hari anniversary ke, dan hari-hari lain. Diorang banyak sangat duit dan terlebih kreatif. Itu yang buat sambutan hari jadi pun style pelik-pelik jer. Yang penting hati sendiri mesti happy. Mungkin dah lali dengan kutukan peminat-peminat sampai buat derk je apa yang peminat diorang cakap.

Oh ye dengar ceritanya majlis pernikahan Umie Aida dan Dato’ K bakal berlangsung di luar negara. Benar atau tidak, kenalah tunggu nanti. Harap-harap pas kawin nanti janganlah buat majlis hari jadi macam nie. Kan elok kalau buat kenduri kesyukuran dipanjangkan umur?

Lagi gambar sambutan hari jadi Umie Aida dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ehsan RotiKaya

 
Written by AbangNara | January 19th, 2010

diana daniele

Semakin lama kami tengok, semakin cantik si Diana Danielle nie. Sudahlah cantik, pandai pulak berkata-kata. Berlakon pun boleh tahan jugak bestnya. Takderlah kaku semacam jer. Memang mengkagumkan jugak kata-kata English yang dikeluarkan oleh Diana Danielle nie, Superb!!!

Kami nak melahirkan rasa kekaguman kami kepada si Diana Danielle nie sebab bangkit dengan cemerlangnya selepas tragedi buruk dia dengan Syamsul Yusof Haslam. Tambah best kalau tak silap kami, Azean Irdawaty pun puji bakat lakonan si DD nie. Kiranya memang betul-betul berbakat lah nie. Bukan bersandar pada rupa yang cun jer.

Tahniah buat DD. Semoga terus maju di masa hadapan. Ada lagi gambar Diana Danielle dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Pastikan korang baca jugak apa yang ditulis di setiap gambar tue. Banyak benda baik yang boleh diambil dari kata-kata DD.

 
Written by AbangNara | January 19th, 2010

red carpet murai

Oh yeahh ~~ Walaupun dah agak berumur, muka Rohana Jalil masih maintain tegang gitu ~~ Cuba korang tengok gambar dia kat atas tue. Satu kedut pun takder tue. Kami yakin benar yang dia suka makan tempe untuk mencantik dan menegangkan kulit mukanya. Bak kata Khir Toyo, makanlah tempe untuk kecantikan muka yang tiada tolok bandingan.

Ramai jugak artis-artis yang datang red carpet Murai. Nie semua bersempena dengan ulang tahun ke 2 portal Murai. Tahniah kami ucapkan kepada Murai yang dah bertahan selama 2 tahun. Antara artis-artis best yang datang ialah Mawi dan Ekin, Raja Azura yang cute mute. Dan yang paling penting, Lisa Surihani pun ada gak. Semuanya datang bertemakan pakaian zaman 80-an.

Rasa-rasa kalau BeautifulNara buat red carpet, ada ker artis yang nak datang ek? Lagi gambar-gambar di red carpet Murai dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Semua gambar adalah ehsan Murai.