Written by AbangNara | January 22nd, 2010

nana af

Wah, sejak si Nana AF nie berkahwin dengan Brian, langsung senyap tanpa khabar berita. Nampak sangat gembira melayari bahtera rumah tangga. Tup-tup tetiba gambar terbaru Nana AF dah keluar dengan gaya barunya yang tersangat cute. Rambut pendek tue beb. Gigi pun dah lawa dah.

Tahniah kepada Nana kerana berani membuat pembaharuan dalam penampilan. Kami suka dengan gaya nie. Nampak lagi muda, ranggi dan kelas gitu. Lagi gambar terbaru Nana AF dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
 
Written by AbangNara | January 22nd, 2010

abang nara

Tengah syok-syok melayari Internet semalam, tiba-tiba ada sorang member kitorang bagitau yang gosip cinta kami dengan Fasha Sandha telah dikeluarkan. Alamak, macam mana nie? Terbongkar sudah segala rahsia. Kalau nak baca sila klik di sini:-

P.S: Artikel ini sebagai cuma untuk menghargai blogger-blogger yang kami sudah jumpa di alam nyata. Bukan nak syok sendiri ek. Sangat-sangat berterima kasih dengan para blogger semua yang membantu memfemeskan BeautifulNara.

Written by AbangNara | January 22nd, 2010

diana danielle

Lepas sorang, sorang lagi artis Malaysia dilamar syarikat antarabangsa untuk buat rakaman album. Kalau sebelum nie Yuna dalam proses perbincangan dengan sebuah syarikat Amerika, skang nie Diana Danielle pun dah dapat tawaran yang sama. Adakah bakat artis Malaysia kini dah pun diiktiraf oleh orang luar?

Secara ikhlasnya kami rasa suara Diana Danielle nie not bad lah jugak. Kalau nak compare dengan Liyana Jasmay, kami lagi suka suara DD. Walaupun macam tak boleh nak pergi high note sangat, tapi takderlah sakit telinga dengar suara si DD nie. Rasanya dia tau kot lagu yang jenis macam mana sesuai ngan tone suara dia.

Walaupun tawaran yang diterima tue datangnya daripada kawan baik mak dia (kira macam guna orang dalam gak la nie), tapi peduli apa kan? Bukan senang nak dapat tawaran dari syarikat antarabangsa nie. Kalau dah ada peluang tue, amik jer. Pedulikan apa orang kata. Yang penting boleh penuhi hajat di hati. Tak gitu?

Written by AbangNara | January 21st, 2010

twitter liyana jasmay

Lama betul rasanya kami tak buat kuiz. Cuba korang baca apa yang ditulis oleh Liyana Jasmay di Twitternya kat atas tue. Nampak sangat-sangat taking care, penyayang dan seperti dalam in love. Tapi untuk siapakah pesanan di atas itu ditujukan? Rasa-rasanya korang tau tak?

Kami bagi satu klue yang mampu membuatkan anda terus dapat meneka. Orang yang dimaksudkan oleh Liyana Jasmay di atas tue baru menang satu pertandingan baru-baru nie. Haaaaaaaa, apa lagi. Sila teka. Jangan malu-malu.

P.S: Pening kepala pagi-pagi bangun tidur adik kami nyanyi lagu Liyana Jasmay. Aku tak percaya cinta, aku tak percaya cinta. Sumpah tak best lagu tue di telinga kami.