Written by AbangNara | February 3rd, 2010

fahrin ahmad

Buat anda yang masih tak tahu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn dah compem bakal berentap kat mahkamah nanti. Masa 7 hari untuk Linda Onn mintak maaf dah pun tamat. Linda tak minta maaf sebaliknya dah hantar surat kepada peguam Fahrin untuk setelkan hal nie kat mahkamah. Dan mengikut kata-kata Fahrin, ada artis lain yang akan turut sama turun naik court bersama mereka:-

[note]Dari dulu saya dah nampak implikasinya, sebab itu saya ambil prinsip berdiam diri. Saya ambil keputusan ini dengan berat hati tapi terpaksa buat juga. Dalam surat peguamnya juga ada mengaitkan nama orang lain. Saya tahu lepas ini akan jadi lebih worst dan saya sudah bersedia untuk melalui keadaan yang lebih teruk itu. Saya serahkan perkara ini kepada yang lebih arif dan harapkan yang terbaik. Tuhan akan tentukan segalanya, [/note]

Tekaan kami,  artis yang dikaitkan itu berkemungkinan besar ialah Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Teringat pesan mak kami masa kecik-kecik dulu. Berkawan tue biar memilih. Kang kawan buat salah kita pun terpalit jugak. Apa-apa pun, tak sabar nak tengok kebenaran yang bakal terselongkar dalam mahkamah nanti.

 
Written by AbangNara | February 3rd, 2010

awal ashaari kawin

Dalam diam ada khabar angin yang bertiup menyatakan Awal Ashaari sudah pun mempunyai kekasih hati dan bakal berkahwin pada tahun hadapan. Menurut sumber (forum CARI), Awal dan bakal isterinya sudah agak lama mengenali antara satu sama lain dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bernikah.

Adakah gosip yang disebarkan ini hanya untuk cover line kejadian buruk yang berlaku pada Awal semasa  akhir tahun 2009 hari tue ? Sejak menjadi orang keempat dalam tragedi cinta Linda Onn, Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya, imej budak baik Awal selama ini agak tercalar.

Tapi kalau betul lah Awal memang dah nak berkahwin, kami nak jadi orang pertama ucapkan tahniah kepada dia. Mungkinkah Awal bakal berkahwin dengan Scha? Rapat semacam jer dua orang tue sekarang nie. Nak taknak kenalah tunggu tahun depan kan? Lambat lagi tue.

Written by AbangNara | February 2nd, 2010

siti nurhaliza

Akhirnya Siti Nurhaliza mengaku yang dia bukanlah memakai tudung tetapi sekadar berselendang sahaja. Semalam dalam rancangan Terjah TV3, Dato’ Siti Nurhaliza telah pun membuat kenyataan yang bunyinya lebih kurang macam nie :-

[note]Saya hanya berselendang, bukan bertudung. Saya tahu ini bukan cara bertudung. Cara bertudung spt kakak-kakak dan adik tu. (sambil menuding jari). Jangan ikut saya. [/note]

Nampaknya selama nie memang Siti Nurhaliza tau yang cara pemakaian selendang dia nie menjadi topik hangat. Mungkin sebab dia terlepas berjanji akan memakai tudung pas balik umrah hari tue. Tapi tup-tup tengok lepas balik umrah masih tersembul lagi rambut dia.

Pendapat kami, mungkin Dato’ Siti Nurhaliza belum bersedia sepenuhnya untuk memakai tudung seperti cara sebenar. Sama-samalah kita doakan agar dia cepat-cepat terbuka hati. Benda baik jangan dibiar lama-lama. Lagi cepat lagi bagus kan? Apa pendapat korang?


Written by AbangNara | February 2nd, 2010

tiz zaqyah

Yeeehaaaaaaaa ~~ Menjerit kegembiraan kami apabila Tiz Zaqyah kata yang dia dan Remy Ishak cuma kawan biasa je. Bukan kami nak mengorat dia, cuma tumpang happy kepada anda-anda di luar sana yang menaruh hati kepada Tiz. Kiranya Tiz masih single, boleh dingorat dan mungkin menunggu untuk dingorat oleh anda. Kami cadangkan anda try ngorat dia. Mana tau rezeki anda.

Cuba dengar sikit apa Tiz cakap mengenai kata-kata Remy Ishak yang mengaku dia rapat dengan Tiz Zaqyah.

[note]Oh… really? We’re just friends. Nothing more. Fokus saya sekarang hanyalah pada kerjaya. Soal cinta tu bukan keutamaan saya buat masa ini. [/note]

Tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai try ngorat si Tiz nie. Eh sebelum terlupa kami rasa Tiz bakal menang ABPBH 2009 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular. Memang meletop nama dia time 2009 hari tue sebab drama Nur Kasih kan?