Written by AbangNara | May 26th, 2015

Pergh!!! Bukan mudah rupanya nak dapatkan badan sado. Baru Abang Nara teringin nak cuba buat six packs macam Zul Ariffin, Norman Hakim dan terbaru Nabil Ahmad. Nampaknya hasrat itu terpaksa dilupakan buat sementara. Bukan sahaja dari segi keringat yang perlu diperah, mendengar Nabil membelanjakan RM22,000 dalam tempoh 2 bulan untuk mendapatkan badan sasa, hasrat Abang Nara terbantut begitu sahaja. Banyak tue RM22,000. Diri ini belum mampu untuk membelanjakan wang sebanyak itu untuk kelihatan sado.
nabilsadoNamun untuk Nabil RM22,000 yang dibelanjakan adalah satu pelaburan yang amat berbaloi. Iyerlah kalau Abang Nara selebriti macam Nabil pun, memang sanggup buat apa sahaja untuk meingkatkan kualiti bentuk badan. Sihat pun sihat juga. Badan makin mantap Insya Allah job pun makin banyak. Tak gitu? Kata Nabil:-

Saya bukan sengaja nak tayang badan, cuma foto itu tersebar kerana ia dimuat naik oleh jurularih peribadi saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah memuat naik foto seperti itu. Apa-apapun saya tidak akan topless (tidak berbaju) dengan sengaja untuk menayang badan seperti kebanyakan lelaki lain melainkan ada sebab-sebab tertentu.

Nampak besar jumlahnya (RM22,000)tetapi ia sangat berbaloi apabila melihat hasilnya. Jika dahulu berat saya 74 kilogram (kg), kini sudah naik kepada 88 kg. Tujuan saya mahu mengubah imej adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bekerja di luar mahupun di pentas hiburan selain atas sebab perniagaan. Alhamdulillah, isteri saya turut memberi sokongan untuk melihat perubahan ini.

nabilsadoAbang Nara pun kalau dapat badan macam Nabil memang akan gembira dan puas hati sangat-sangat. Mesti rasa lebih ringan, bertenaga dan sihat. Insya Allah nanti ada masa lepas lahir anak ketiga nak fokus jaga kesihatan pulak. Taknaklah muda-muda perut dah buncit ke depan. Apa pun pesanan Abang Nara kepada Nabil, sila jangan skip leg day. Atas dah sado tiba-tiba bawah keding. Tak smart. Hehehe. Sumber Mstar Online.nabilsado

P.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) all items ready stock. DISCOUNT 5% bagi setiap pembelian dan FREE POSTAGE bagi order RM150 dan ke atas. lebih banyak design yang berkualiti dengan harga yang berpatutan website IzieFashionFacebook Iziefashion & Instagram IzieFashion ^_^

 
Written by Bella | May 26th, 2015

Pemain bola sepak Aidil Zafuan mengakui hanya mampu untuk memberi RM 20 sehari bagi perbelanjaan makan dan minum berbanding jumlah RM 50 seperti yang dituntut oleh bekas isterinya, Rita Rudaini ketika perbicaraan kes mereka diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah  Shah Alam pagi tadi.

Jelas Aidil, wang RM 20 tersebut dibahagikan kepada RM 10 untuk perbelanjaan makan siang dan RM 10 lagi untuk sebelah malam., Ketika disoal peguam syarie yang mewakili Rita, Datuk Mohd Zaidi mengenai kos perbelanjaan sarapan, minum petang dan makan lewat malam dituntut bekas isterinya itu,  Aidil menjawab, Rita jarang makan selain tengah hari dan malam.

Aidil juga membantah cadangan Mohd Zaidi untuk memperuntukkan RM43 sehari sebagai perbelanjaan makanan harian untuk Rita  kerana ia di luar kemampuan dirinya dan turut menegaskan hanya mampu memberi RM1,000 sebagai perbelanjaan tersebut setiap bulan berbanding RM1,500 sebulan yang dituntut Rita.

Ketika ditanya mengenai kos perbelanjaan lain seperti bil langganan Astro yang dituntut oleh Rita, Aidil memaklumkan Astro bukanlah sesuatu yang wajib untuk dilanggan. Malah seseorang tak akan mati kalau tiada Astro dan turut memberitahu bahawa beliau tidak pernah menyuruh Rita membatalkan langganan bulanan Astro berkenaan.

Selain daripada itu, Aidil turut mengaku tidak pernah membawa bekas isterinya itu untuk makan diluar, membelikan pakaian untuknya dan tidak pernah membeli bahan mentah untuk dimasak oleh Rita .

Hakim Syarie Mawardi Che Man yang mendengar prosiding kes tersebut menetapkan perbicaraan bersambung 14 September ini.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by Bella | May 26th, 2015

Hubungan percintaan diantara penyanyi Akim Ahmad dan Stacy bukanlah satu cerita yang baru.  Mereka sering dihimpit dengan pelbagai persoalan jika hubungan mereka akan ke jinjang pelamin dan bila pula saat untuk Stacy memeluk Islam.

Terbaru, Akim dalam satu kenyataan kepada portal mStar Online berkata, Stacy kini semakin hampir ke arah untuk memeluk agama Islam dan sedang dalam usaha untuk menerima beliau sebagai suami. Akim juga nampaknya sudah mempersiapkan diri untuk  mendidik Stacy agar menjadi seorang muslimah yang sejati. Malah, kedua-dua  belah keluarga Akim dan Stacy sudah merestui hubungan percintaan mereka.

Dia (Stacy) sudah makin hampir kearah itu (untuk memeluk agama Islam) dan Alhamdulillah family sudah boleh menerima hubungan antara kami berdua.

Sebenarnya untuk saya mendidiknya tiada masalah, untuk kata saya ini sempurna tidak juga tetapi hasil daripada didikan yang diberikan oleh keluarga saya, cukup lengkap dan saya tahu batas-batas serta hukum kerana apa yang penting adalah niat.

Buat masa ini Akim sedang berusaha untuk memenuhi beberapa perkara penting lain sebelum  beliau merasa benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kelak. Segala kemahuan Akim sebelum ini akan dipenuhi kerana tidak mahu ia terhalang selepas berkahwin nanti.

Sebenarnya untuk ke peringkat seterusnya saya perlu menyiapkan banyak benda dalam  kehidupan. Apabila berkeluarga kita perlu bataskan segala kemahuan kita, jadi perkara seperti itu saya belum bersedia kerana masih ada lagi keinginan yang perlu dipenuhi.

Mungkin apabila kita masih single segala kemahuan serta kehendak diri dapat dipenuhi dan saya terpaksa menarik handbreak apabila sudah berkeluarga nanti.

Kami harap Stacy akan benar-benar bersedia dan yakin untuk memeluk agama Islam nanti. Buat Akim pula, untuk mendidik seorang saudara baru dalam Islam memerlukan kesabaran yang tinggi kerana akan wujud juga beberapa dugaan. Apa yang penting pastikan diri anda sudah cukup bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | May 26th, 2015

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Md Zhafran Md Yusof akhirnya pengacara Nona Fouziah Gous telah disahkan hamil dua bulan setengah sekitar minggu lepas.

Semenjak beliau berbadan dua, Fouziah memberitahu suaminya akan menunaikan apa sahaja keinginan beliau dan melayan dirinya umpama seorang puteri. Malah, Zhafran juga akan mengusap perut beliau dan menyapukan minyak di kaki setiap malam sebelum tidur. Alahaii..sweetnya..

Bayangkan sejak berbadan dua ini, setiap malam sebelum tidur dia akan sapukan minyak di kaki saya selain mengusap perut. Pendek kata, apa saja permintaan saya ketika ini pasti dipenuhi. Macam puterilah ibaratnya. Perempuan mengandung memang kuat makan. Mintalah apa saja, dia akan layan dan penuhi.

Berbicara soal jantina anak sulung mereka yang bakal lahir tidak lama lagi, Fouziah dan suami tidak kisah mengenai perkara tersebut dan menerima sahaja rezeki yang sudah ditetapkan buat mereka.

Anak pertama ini, saya dan suami terima saja rezeki yang akan dikurniakan kepada kami nanti. Tak ada nak ‘gaduh’ mahukan anak lelaki atau perempuan. Janji sihat dan cukup sifat. Saya tak putus berdoa hari-hari supaya anak yang bakal dilahirkan ini akan sihat dan sempurna. Insya-Allah.

Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat wajah cahaya mata pasangan ini bukan. Ayuh sama-sama kita doakan agar segalanya berjalan lancar dan semoga Fouziah Gous dan kandungan beliau sihat selalu.

Sumber Berita: Berita Harian