Written by AbangNara | April 26th, 2010

majlis tunang aziz m osman puteri lily

Sesungguhnya di hati kecil kami ini terdetik rasa jeles yang bangat sangat kepada Aziz M. Osman. Mana taknya, abang Aziz kita nie umurnya 48 tahun tapi dapat bakal bini umur 21 tahun. Memang bertuah sangat-sangat. Dah la muda, kecunnan Puteri Lily pun boleh tahan jugak. Tak percaya tengok ajer gambar majlis pertunangan Aziz M. Osman dan Puteri Lily nie.

Dalam diam sebenarnya kami mengkagumi kehebatan Abang Aziz yang hebat mengorat Puteri Lily nie. Teknik dia simple jer. Memula amik Puteri Lily di bawah jagaan dia. Konon nak tolong kembangkan bakat jadi pelakon hebat. Dalam masa tue sempat pasang ayat pancing dan cucuk jarum baik punya. Tup-tup dah bakal jadi bini. Siapa yang untung? Abang Aziz jugak ~~~

Apa-apa pun kami mendoakan kebahagiaan Abang Aziz M. Osman dan Puteri Lily dalam melayari bahtera perkahwinan mereka nanti. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi gambar sekitar majlis pertunangan Aziz M. Osman dan Puteri Lily dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
 
Written by AbangNara | April 26th, 2010

anne ngasri bercerai
Lama-lama terfikir jugak yang kehidupan artis Malaysia nie dah macam artis Hollywood. Selang sebulan dua mesti keluar berita artis bercerai. Mungkin jodoh tak panjang. Mungkin dah habis segala perbincangan dibuat sehingga cuma tinggal penceraian sebagai jalan terakhir. Agaknya itulah yang terjadi kepada Ngasriah Ngasri atau lebih popular dengan nama Anne Ngasri yang sedang menunggu keputusan mahkamah Mei ini mengenai kes penceraiannya dengan suami, Abdul Wafi Hassan.

Walaupun sudah memiliki 2 cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama, nampaknya jodoh Anne dan suami hanya sampai di sini sahaja. Punca sebenar penceraian dirahsiakan. Dan sememangnya memang wajar punca keretakan rumah tangga dirahsiakan agar tidak membuka pekung sesiapa. Kalau bukak cerita pun buat malu diri sendiri sahaja.

Buat Anne dan suami, nasihat kami cuma satu sahaja. Walaupun sudah bercerai, janganlah abaikan kasih sayang terhadap anak anda berdua. Mereka masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ayah dan seorang ibu. Cubalah berbincang secara baik untuk kebaikan dan masa depan anak anda berdua. Mereka tidak bersalah dalam hal ini.\

P.S: Pernah tak korang mengejar bayang? Melenkoli cinta tak kesampaian bukan salah sesiapa tetapi ego yang tak bertempat.

Written by AbangNara | April 26th, 2010

gambar resepsi kahwin umie aida

Di pagi Isnin yang mulia ini kami ingin memohon sepuluh jari memohon kemaafan kerana kekurangan update BeautifulNara kebelakangan ini. Ada komitmen kerjaya yang menyebabkan kami terpaksa terbang ke Korea. Mungkin ada yang dah tau sebab diorang dah jadi Fans Facebook BeautifulNara yang kini dah pun mencecah angka 8 ribu. Jadi anda pun kena jadi Fans Facebook BeautifulNara sebab ada update-update yang kami hanya keluarkan di situ.

Sebagai tanda kemaafan kami, ingin kami kongsikan gambar resepsi persandingan Umie Aida di Bukit Mertajam baru-baru ini. Super cun dan gorgeous sungguh Umie Aida bertudung. Nampak ayu dan nampak sangat bahagia di samping suami yang tercinta. Alhamdulillah kami terharu dengan kesungguhan Datin Umie Aida untuk cuba bertudung. Teruskan usaha anda!!!

Lagi gambar majlis resepsi Umie Aida di Bukit Mertajam dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit kepada Wawan_Azwani kerana berkongsi cerita ini dengan kami.

 
Written by AbangNara | April 26th, 2010

kuman ku2 icu

Mengikut blog Azwan Ali yang merupakan salah seorang blogger dalam Projek Alpha 2, Kuman KU2 telah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Tawakal. Puncanya masih tidak diketahui. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk beliau. Kami akan updatekan dari masa ke masa tentang keadaan terkini Kuman KU2.