Written by AbangNara | February 25th, 2010

abpbh 2009

Semua orang pun tahu betapa pentingnya host untuk sesebuah acara. Banyak acara-acara besar dan gilang gemilang hancur lebur sebab host-host yang sampah. Tapi untuk ABPBH2009 kali nie, kami rasa pemilihan Raja Azura @ Kak Engku dan Sharifah Shaheera rasanya betul-betul mantap kot. Kalau nak best lagi kena tambah Abang Jem @ Salley Yaakob. Compem meletup tak hengat punya!!!

Teringat zaman muda remaja dulu layan Anugerah Juara Lagu yang dihostkan oleh Salleh Yaakob. Memang pecah perut gelak. Tengok muka dia pun dah rasa nak terburai usus. Sesungguhnya Salleh Yaakob memang dilahirkan untuk buat lawak kot. Dan dengar ceritanya, Salleh Yaakob pernah pergi menyelamatkan kebosanan penonton siara langsung sebuah acara besar dengan membuat stand up comedy time iklan kat TV. Betapa mantapnya dia kan?

Apo korang tak caya yang Abang Salleh Yaakob nie memang lawak gila? Ha layan video kat bawah nie. Biar terburai pankreas korang:-

Apa-apa pun tahniah kepada Raja Azura dan Sharifah Shaheera yang berjaya dipilih menjadi host ABPH2009. Tolong la buat kami melekat kat depan TV nanti masa live anugerah nie. Kalau boring kami akan terus tukar channel lain.

 
Written by AbangNara | February 24th, 2010

email icon small

Semalam kami ada menerima satu kiriman email yang menarik dari seorang peminat hiburan tanah air kita. Izinkan kami untuk berkongsi luahan hati seseorang itu. Sesungguhnya apa yang ditulis oleh si pengirim email ini adalah juga apa yang terbuku di hati kami. Namanya terpaksa kami rahsiakan untuk langkah-langkah keselamatan.

Harap jika ada pihak artis yang membaca ini, renung-renungkanlah ya. Dan kalau anda ada benda nak tambah, sila jangan malu-malu untuk memberi pandangan di ruangan komen.

[note]Salam. Saya cuma nak berikan pendapat tentang satu perkara yang saya fikirkan tentang golongan artis ini. Apabila ada org atau sesiapa sahaja yang membuat tahana atau penganiayaan terhadap mereka, selalu saja ayat ini akan keluar “Biarlah.itu antara mereka dan Tuhan”. atau pun “Asalkan Tuhan tahu niat saya, itu sudah memadai”.

Kenapa bila tiba tentang perkara awak dizalimi, awak akan kaitkan Tuhan utk membalas perbuatan jahat org tu?. Kenapa tak kaitkan dengan pemakaian awak,cara bergaul awak, halal haram awak. Saya sangat sedih melihat artis melayu ini, peminat punyalah menyokong kerjaya mereka tetapi balasannya ditunjukkan dgn contoh yang tidak elok pula.

Bukannya tidak boleh bersosial tetapi kita boleh saja berseronok tanpa mengambil arak, berpelukan dan menjaga pemakaian. Mereka tidak pernah melihat diri sendiri tetapi cuma mahu mengaitkan Allah dengan orang lain.

Bila pakai baju nmpk separuh dada bg yg perempuan, mini skirt muat-muat punggung, peluk sana sini, pergi clubbing tonggeng botol arak dan hisap rokok,itu tak mahu dikaitkan dengan Tuhan kah? Tak malu ke kita pada Tuhan untuk membalas perbuatan jahat org lain sedangkan diri kita pun lebih kurang sama saja dengan mereka?

Ya Allah..niat saya..moga dibuka kan pintu hati mereka ini oleh Allah swt. Maaf andai terkasar bahasa. Yang kurang dari saya, sempurnanya dari Allah swt.

Wassalam. [/note]

P.S: Jika anda berminat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati tentang artis Malaysia, terus hantar email kepada kami di borakartis @ gmail.com. Jika email anda menarik kami akan siarkan untuk tatapan ramai.

Written by AbangNara | February 24th, 2010

memey norman

Kami tahu anda semua sudah menyampah dengan gambar-gambar Memey Suhaiza dan Norman Hakim nie. Kami pun menyampah jugak. Tapi kami tetap nak berkongsi jugak gambar kali ini sebabnya gambar-gambar kali ini menunjukkan betapa penyayangnya Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Memang penuh sifat seorang ibu dan seorang ayah mithali.

Cadangan kami kepada mereka berdua nie, kawin ajerlah cepat-cepat dan buat anak sendiri. Dengar ceritanya memang dah merancang nak kawin tahun depan, tapi tengok gaya dari gambar-gambar nie baiklah kawin tahun nie ajer. Sekurang-kurangnya kasih sayang yang penuh didada tue dapat dicurahkan kepada anak kandung Memey nanti. Rugi sungguh kalau kasih sayang tue disimpan lama-lama.

Patutlah anak-anak Abby cepat mesra dengan Memey. Rasanya memang Memey ada ciri-ciri keibuan yang sejati. Mungkin itu pun salah satu sebab Norman terpikat dengan Memey. Tapi dalam gambar-gambar yang kami kongsikan nie, lebih menyerlahkan ciri-ciri kebapaan Norman.

Korang tengok ajerlah gambar-gambar Memey Suhaiza dan Norman Hakim dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | February 24th, 2010

sharifah amani gavin

Satu dunia sudah tahu yang Sharifah Amani nie pakwenya adalah Mat Salleh. Bukan Mat Salleh Salleh Yaakob yang pepagi merapu kat Sinar FM tue. Tapi ini memang Mat Saleh sejati punya. Rambut perang lagi. Memang hensemlah kot dari lelaki Melayu. Tue yang si Amani nie jatuh cinta kot.

Dulu kami ada letak gambar Sharifah Amani dan Gavin (nama pakwe dia), tapi semalam kami dapat email dari seorang readers yang telah berkongsi banyak lagi gambar-gambar mesra tak seberapa mereka berdua. Namanya terpaksa dirahsiakan atas permintaan reader tersebut.

Tapi memang nampak betul budak 2 orang nie tengah syok bercinta. Ala, ini gambar yang kalau orang couple kompem ambik punya. Yang style muka je nampak tue. Selalu kalau remaja-remaja sekarang nie amik gambar macam nie pakai handphone jer. Memang muka akan jadi automatik cute dan comel bila mengambil gambar dengan teknik sebegini.

Kalau korang nak tahu gambar macam mana si Sharifah Amani nie ambik dengan si Gavin, sila baca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kalau anda ada gambar-gambar atau gosip-gosip yang nak dihantar kepada kami, emailkan jer terus kepada borakartis @ gmail.com. Pasti esok akan terus terpampang di BeautifulNara.