Setelah lamaaa kita menanti, inilah dia anak kembar Kak ZZ kita. Alahaiii comelnya~!! Dah ler sepasang boy & girl..geramnyaa, rasa nak cubit-cubit pipi anak Kak Ziana ni.


Gambar dari Murai & Utusan.
Setelah lamaaa kita menanti, inilah dia anak kembar Kak ZZ kita. Alahaiii comelnya~!! Dah ler sepasang boy & girl..geramnyaa, rasa nak cubit-cubit pipi anak Kak Ziana ni.


Gambar dari Murai & Utusan.

Ingat lagi tak yang kami pernah keluarkan ura-ura pasal bekas ahli kumpulan Saujana, Shahir yang bakal masuk Akademi Fantasia 8? Dan ternyata sumber kami tue sangat-sangat boleh dipercayai sebab dalam senarai nama pelajar AF 8 memang ada pun si Shahir tue. Memang hebat dan tepat sungguh berita yang kami terima.
Kali ini macam biasa ada 12 orang pelajar AF8.Nampak gaya macam semua muda-muda belaka. Mungkin tak ada suami, isteri, janda atau duda. Peserta perempuan nampak cun-cun belaka. Yang lelaki pun boleh tahan hensemnya. Tapi itu semua tak penting. Kita kena tunggu Tirai AF8 untuk tengok diorang nie betul-betul berbakat atau sekadar bergantung pada paras rupa je.

Di bawah adalah senarai nama pelajar AF8 untuk memudahkan anda semua AFUNDI nanti:-
1. Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23 tahun, Sabah
2. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 tahun, Sabah
3. Erma Suhaimi atau Erma, 21 tahun, Sabah (kakak kepada Adira)
4. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 tahun, Sabah (adik kepada Erma)
5. Zafarina Jamhari atau Farina, 28 tahun, Sarawak
6. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 tahun, Sarawak
7. Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 tahun, Selangor
8. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26 tahun, Selangor
9. Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 tahun, Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 tahun, Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 tahun, Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 tahun, Johor
UPDATE: Ada seorang ibu tunggal anak satu untuk AF 8 kali ini. Peserta tersebut ialah Zafarina Jamhari
Sumber dan gambar dari Murai.
P.S: Buat pengguna Xpax Blackberry, jangan lupa yang anda boleh dapat unlimited access dengan hanya RM2.50 sehari. Hanya sms BB ON dan hantar 28882. Kalau dari hari Isnin sampai Jumaat anda tak miss sehari pun untuk subscribe plan nie, Sabtu ngan Ahad nanti bakal dapat free Blackberry Access. Maklumat lanjut kat http://www.xpax.com.my/bigfreekinsale

Lawa betul tangan Umie Aida bila diinaikan. Hehe. Lagi gambar majlis berinai Umie Aida dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber dan gambar dari Forum Cari.
P.S: Kenapa ye kena pakai inai masa bersanding? Adat orang Melayu ke apa ek? Leh sesapa terangkan?

Akhirnya teka teki di manakah berlangsungnya majlis pernikahan Umie Aida terjawap sudah. 14 Mac 2010 ini, Umie Aida dan bakal suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan bakal bergelar suami isteri di Mekah. Awal-awal lagi kami nak ucapkan jutaan tahniah.
Harap-harap adalah pembaca-pembaca yang share gambar pernikahan Umie Aida dan Datuk K ni. Tak sabar nak tengok kecantikan dan keayuan Umie Aida di hari pernikahan dia. Semoga semuanya bakal berjalan lancar.
Kami dari BeautifulNara ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Umie Aida dan Datuk K. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Balik Malaysia nanti jangan lupa jemput kami untuk resepsi wedding anda berdua.
UPDATE: Tarikh 14 Mac diambil sempena hari jadi kakak Umie Aida, Erma Fatima.