Written by AbangNara | March 13th, 2010

Apo nak jadi la dengan manusia zaman sekarang nie. Semuanya nak kaya cepat je. Tapi nak bekerja secara halal tak nak pulak. Benda yang haram jugak diorang suka buat. Itulah masalahnya bila otak dah hilang pertimbangan. Semua benda pun main balun je.

Khamis lalu seorang pelakon lelaki popular yang pernah menang Anugerah terbaik TV dan merupakan seorang anak kepada aktres veteran terkenal dah kantoi kena tangkap sebab disyaki ada simpan dadah. Mahal jugak rupanya harga menatang haram nie. RM650,000 untuk 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu. Patut la cepat kaya.

Si pelakon nie ditahan dengan kekasih hati dia masa kat parking lot penthouse dia kat Seri Hartamas. Untuk pengetahuan, si pelakon dah pun berkahwin dan ada seorang anak. Kami rasa mesti isteri ngan anak dia tak tahu kegiatan haram dia nie. Kira baik hati jugaklah tak libatkan keluarga dalam hal nie.

Apa-apa pun si pelakon dan si awek dah pun kena reman 7 hari dengan pihak polisi. Kalau didapati bersalah, maka jawapannya tak lain tak bukan ialah hukuman gantung sampai mati. Ish-ish. Itulah akibatnya kalau nak jadi kaya cepat. Sekali kantoi, boleh mati cepat.

P.S: Seronok sungguh di hari minggu dapat guna Free Blackberry Access tanpa had daripada Xpax. Memang berbaloi-berbaloi. Syarat dia kena sms BB ON ke 28882 dari hari Isnin sampai Jumaat. Nanti Sabtu ngan Ahad dapat guna dengan percuma. Maklumat lanjut layari http://www.xpax.com.my/bigfreekinsale

 
Written by AbangNara | March 12th, 2010

ziana zain turban

Alamak sekali terasa macam dekat padang pasir la pulak lepas tengok gambar Ziana Zain berturban nie. Yang penting maintain cun, bergetah dan vogue gitu. Jangan terkejut pulak kalau lepas nie pergi lepak kat KLCC, awek-awek kat sana pakai turban. Itu semua gara-gara penangan Kak Ziana Zain kita nie la.

Lagi gambar Ziana Zain memakai turban dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 12th, 2010

selamat malam faizal tahir

Memang best gila kentang lagu Selamat Malam Faizal Tahir nie. Sesuai didengar semasa untuk melelapkan mata. Kalau korang yang ada suara best tue, apa kata nyanyikan lagu nie untuk awek yang tercinta. Kompem cair tak ingat punya. Silap-silap memang dia terlelap betul-betul time korang tengah nyanyi.

Sebenarnya kami respek ngan Faizal Tahir nie sebab kebanyakan lagu-lagu dia semua sedap-sedap belaka. Lirik sempoi, melodi catchy dan yang penting suara memang macho habis. Tapi ini semua pun hasil gabungan mantap dengan Audi Mok. Faizal Tahir dan Audi Mok memang satu gabungan yang termantap.

Kalau nak download MP3 lagu Selamat Malam dari Faizal Tahir boleh tekan sini. Kalau nak tengok lirik lagu Selamat Malam, boleh baca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Jangan lupa beli album Faizal Tahir yang original. Dengar ceritanya dah nak keluar dah full album dia. Kami jamin anda pasti akan puas hati punya beli album dia.

 
Written by AbangNara | March 12th, 2010

nabil irma khalwat

Ish-ish. Tak baik betul suratkhabar yang keluarkan cerita Nabil Raja Lawak dan Irma Hasmie nie berkhalwat kat apartment Irma. Untuk pengetahuan, si Irma nie duduk kat area Mutiara Damansara. Ala, yang dekat-dekat dengan Ikea, Tesco ngan The Curve. Tempat orang-orang kaya tue.

Lepas cerita kantoi berkhalwat nie keluar, ada orang pergi check ngan JAIS sama ada betul ke diorang berdua nie kena tangkap. Orang JAIS pun terkejut macam mana boleh keluar cerita nie sebab tak ada rekod pun Nabil ngan Irma nie kena tangkap khalwat. Kiranya berita palsu la nie.

Nabil pun dah cakap yang dia sekadar tunggu Irma kat luar rumah je sambil tunggu Irma bersiap-siap nak keluar dating. Paling romantik bila Nabil pass kan makanan yang si Irma nie pesan. Tue pun tak masuk rumah jugak tau. Semuanya kat depan pintu rumah jer. Tak ada nak duduk berdua-duaan kat dalam.

Bak kata Nabil, dia masih tahu batas-batas agama. Kami rasa mesti ada yang tak puas hati dengan kepopularitian Nabil itu yang sampai terkeluar cerita camnie. Sabar jerlah Nabil  ye. Tak habis-habis ditimpa dengan nasib malang si Nabil nie. Kesian la pulak.