Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Kekasih Hati Sharifah Amani

kekasih sharifah amani

Adoi. Pening kepala kami bila tengok gambar kekasih/boyfriend/pakwe/ Sharifah Amani nie. Mat Saleh lagi. Memang dah pupus ke lelaki Melayu kat dunia nie? Sampai banyak sangat artis-artis pompuan nie nak berpakwekan Mat Saleh? Apa memang hensem sangat ke diorang nie? Romantis sangat ke? Ayat manis sangat ke?

Bukanlah nak kata kami jeles ke apa. Kalau dah memang jodoh si Sharifah Amani nie dengan Mat Saleh yang bernama Gavin Stenhouse nie, kami cuma nak ucapkan tahniah jerlah. Lagipun si Amani nie tak reti sangat cakap Melayu. Elok benarlah kot bercinta ngan omputih. Bolehlah speaking memanjang jer. Tak gitu?

Kisah percintaan antara Sharifah Amani dengan si Gavin nie katanya adalah cinta lokasi. Diorang berdua bercinta masa shooting filem terbitan KRU, The Chronicles of Merong Mahawangsa. Kenapa yek dalam ramai-ramai artis Melayu lelaki masa shooting nie sorang pun tak ada pergi ngorat Sharifah Amani? Last-last si Gavin nie jugak yang dapat. Ke semua artis Melayu lelaki Malaysia tak reti nak speaking ngan Amani?

Apa-apa pun kalau betul lah Amani tengah bercinta dengan si Gavin nie, tahniah la kami ucapkan. Yang bagusnya kami dengar si Gavin nie sampai sekarang tak tinggal puasa lagi. Pandai si Sharifah Amani nie mengajar dia. Besar pahalanya nanti kalau dapat tarik si Gavin masuk Islam. Selamat berbahagia buat Sharifah Amani walaupun Mat Saleh jua yang anda pilih.

(TAHNIAH)Aset Dato’ Siti Nurhaliza Bernilai RM50 Juta

siti nurhaliza

Mak aih. Kagum dan tabik spring kami kat Dato’ Siti Nurhaliza. Mana taknya, jumlah aset Siti Nurhaliza kesemua sekali bernilai RM50 juta. Ish,ish,ish. Manusia biasa seperti kami nie jangan katakan aset RM1 juta, RM10 ribu pun tak ada lagi skarang nie. Sangat-sangat kami berbangga dengan pencapaian Dato’ Siti nie.

Entah-entah sekarang nie aset Dato’ Siti Nurhaliza sebenarnya dah lebih daripada RM50 juta nie. Sebabnya sumber diambil dari laman web rasmi 2008 MTV Asia Awards. Rasanya logik jugak kot lebih daripada RM50 juta sebab sekarang nie pun Dato’ Siti dah ada jenama kosmetik sendiri. Itu pun harganya mau dah 2, 3 juta tue.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan buat Dato’ Siti Nurhaliza. Tak sia-sia selama 13 tahun bergelumang dalam dunia seni dapat mengumpul harta sebanyak tue. Kiranya pandai jugaklah Dato’ Siti jaga duit-duit dia. At least untuk hari tua nanti dah tak perlu risau nak carik duit dah. Boleh rileks jer kat rumah jaga anak-anak dan cucu-cucu.

(PANAS)Artis Mintak Dildo Daripada Kekasih

Biar betik. Itulah yang terkeluar daripada mulut kami bila baca apa yang si Joyah cerita kat Pancaindera semalam. Memang gila sempoi artis wanita nie. Boleh mintak aksesori seks/alat mainan seks yang lebih femes dengan nama dildo daripada kekasih hati dia. Rasanya semua orang tau kot apa tue dildo. Tak perlulah kami nak terangkan kat sini. Kurang pahala puasa pulak nanti.

Tapi yang peliknya, napa si artis nie nak mintak dildo kat pakwe dia kan? Lagi baik kawin jer terus ngan si pakwe. Tak payah nak guna alat mainan dah. Tak gitu? Yang lagi meletupnya bila si artis wanita nie bukan mintak satu jer dildo, tapi dua. Mak aih sampai nak dua sekali tue. Nak guna kat mana pun kitorang tak tau lah. Ish, ish, ish. Kuat sungguh desakan asmara si artis nie.

Bak kata Joyah, si artis nie nampak je ayu macam wanita Melayu terakhir. Memang tak disangka dia suka benda-benda macam nie. Sempena bulan Ramadan nie kami mengajak anda bersangka baik. Mungkin memang hobi dia mengumpul benda-benda pelik macam nie kot. Dia saja nak simpan kat almari hadiah dia. Nak buat perhiasan. Hehehe.

Kalau korang nak baca apa yang si Joyah tue tulis, sila baca artikel ini selengkapnya ye.

Teruskan Membaca Gosip Ini Sepenuhnya

Ada Xpax, Ada Blackberry Curve 8520

xpax blackberry curve 8520

#Sila skroll ke bawah untuk membaca artikel terbaru

Perbualan ini terjadi di antara Abang Nara dengan seorang membernya yang fanatik gadjet, Mr. A, semasa sedang makan morey di sebuah kedai mamak:-

Mr. A: Bro, kau tau tak Xpax nak launchkan Blackberry untuk prepaid user dia nanti?

Abang Nara: Aik, kau biar betik. Tak pernah aku dengar ada plan prepaid yang boleh guna Blackberry. Kau nak tipu pun janganlah di bulan Ramadhan yang mulia nie.

Mr. A: Memanglah kau tak pernah dengar. Sebab plan Xpax dengan Blackberry Curve 8520 nie memang first time untuk prepaid kat Malaysia nie. Tak pernah dibuat lagi kat Malaysia nie. Xpax yang 1st timer buat plan macam nie.

Abang Nara: Ooo, patutlah aku tak tau. Seperti biasa kau memang hebat bab-bab gadjet nie. Apa kata kau citer skit kat aku pasal kehebatan dan kecanggihan Blackberry Curve 8520 nie kat aku. Aku memang dari dulu lagi dah plan nak angkut one of Blackberry punya telefon.

Mr. A: Rileks bro. Kau nie memang tak sabar langsung. Kehebatan Blackberry tue aku cerita time morey lain kali. Yang penting skang kau hafal alamat website (http://bit.ly/20HbB) kat laptop aku nie. Aku nak kau pre-register skang gak. Kang kalau lambat, habis plak Blackberry Curve 8520 nie, kau jugak yang menangis di pagi raya.

Abang Nara: Meh sini pinjam laptop kau tue. Skang gak aku daftar. Dah bergetar tangan nie nak pegang Blackberry.


Adakah anda juga berani untuk mengikut jejak langkah Abang Nara untuk mendaftar dan menjadi antara mereka yang terawal menggunakan Blackberry Curve 8250 bersama Xpax? Ikuti kisah seterusnya pengembaraan Abang Nara bersama Blackberry Curve 8520.

Sementara itu pre-register sekarang di http://bit.ly/20HbB untuk memiliki Blackberry anda.

P.S: Harap dapat kerjasama daripada  semua agar komen di artikel ini biarlah berkaitan dengan Xpax dan Blackberry Curve 8520. Terima kasih banyak-banyak kerana memahami.

(GOSIP)Artis Wanita Layan 5 Lelaki Sekaligus?

wondergirls

Terus terang Cik Normah nak cakap, macam mana sesetengah pelakon atau penyanyi wanita boleh hidup serba mewah sedangkan pencapaiannya tidak seberapa? Bukan saja Cik Normah, orang yang berakal pun selalu fikir secara logiknya macam mana mereka boleh mempunyai kereta besar dan berjenama, tinggal di tempat eksklusif, makan di tempat mahal-mahal dan pakaian pakaian berjenama terkenal.

Jadi, satu hari hampir tersedak seketika Cik Normah apabila seorang teman baik tiba-tiba membisikkan khabar hangat pasal perkara ini ke telinga Cik Normah. Yalah, siapa yang tidak tersentak apabila diberitahu, ada pelakon yang pasang lima lelaki kaya sekali gus?

Cik Normah memang pernah dengar cerita, ada di kalangan pelakon kita yang ditaja atau dibela oleh orang kaya. Kononnya, kalau pelakon itu cantik jelita dan nama pula agak popular, maka ada VIP atau lelaki kaya yang cuba merapati.

Kalau nasib baik, dapatlah pelakon atau penyanyi tadi tadi bersenang lenang seketika dengan kemewahan yang dilimpahkan kepadanya.

Betul atau tidak kisah sedemikian, Cik Normah tidak berani hendak sahkan sebab pelakon yang dimaksudkan oleh rakan Cik Normah itu belum berani menayangkan kemewahan bersama penaja secara terbuka.Setakat berkepit manja macam itu, pernah juga Cik Normah ternampak.

Tetapi, kes terbaru yang disampaikan kawan Cik Normah tadi memang buat Cik Normah geleng kepala. Sebelum ini Cik Normah dengar, pelakon atau penyanyi perempuan selalunya berkepit dengan seorang VIPsaja pada satu-satu masa. Tapi apabila sampai lima penaja, itu sudah kira sejarah baru tercipta.

Khabarnya, apabila hadir ke lokasi penggambaran, si pelakon perempuan ini akan datang dengan kereta mewah yang lain, berserta pegawai peribadinya sekali. Balik pula, dia dijemput kereta mewah jenis lain pula, dengan pemandu lain juga. Cik Normah juga yang asyik turun naik tren dan teksi. Suami Cik Normah pun jarang jemput Cik Normah balik atau hantar pergi kerja sebab dia pun dengan tugasnya.

Masalahnya, Cik Normah tengok pelakon perempuan itu taklah hebat mana pun. Kalau disebut namanya, ramai yang boleh jadi terpinga-pinga. Namanya pun seperti baru saja hendak bertapak. Orang macam ini sebenarnya boleh merosakkan imej pelakon perempuan lain yang menceburi bidang seni dengan niat yang jujur, bukan menjadi tempat untuk mendapatkan kemewahan dengan mudah.

P.S: Apo nak jadi ngan artis wanita Malaysia nie. Orang jadilah kaya sebab memang pandai berlakon. Ini kaya sebab pandai ngorat VVIP. Kang kena balun ngan bini VVIP baru tau.

#Sumber dari Berita Harian