Written by AbangNara | October 20th, 2010

// Skroll ke bawah untuk membaca artikel baru//

Aku nak hidup sampai 1000 tahun lagi

Itulah kata-kata keramat Allahyarham P. Ramlee kepada rakan-rakannya. Namun usia beliau tidak panjang apabila kembali kepadaNya ketika berusia semuda 44 tahun. Kini sudah sudah 37 tahun(beliau meninggal pada tahun 1973) seniman agung ini meninggalkan kita, namun kami percaya legasi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan berterusan sehingga 1000 tahun lagi.

p ramlee

Baru-baru ini kami ada menulis serba sedikit tentang Allahyarham P.Ramlee di dalam entri P.Ramlee, Lagenda Sepanjang Zaman Yang Takkan Dapat Ku Cari Ganti. Kali ini kami nak kongsikan dengan anda tentang beberapa perkara yang mungkin jarang diketahui ramai tentang Allahyarham P.Ramlee.

1.  P. Ramlee pernah belajar bermain alat muzik seperti biola, piano dan ukulele dengan tentera Jepun. Malah beliau juga sering menyertai konsert-konsert yang diadakan oleh tentera Jepun semasa Malaysia dijajah Jepun dulu. Kalau anda tengok filem Sarjan Hassan, semua dialog bahasa Jepun yang digunakan adalah tepat. Berkemungkinan besar P. Ramlee sempat belajar bahasa Jepun semasa zaman pemerintahan Jepun dahulu. Untuk makluman, P. Ramlee TIDAK pandai bermain saksofon walaupun sering kelihatan beliau meniup saksofon  dalam kebanyakan filemnya .

p ramlee

2. Filem terakhir lakonan Allahyarham P.Ramlee ialah filem Laksamana Do Re Mi. Manakala lagu terakhir ciptaannya ialah Ayer Mata Di Kuala Lumpur. Sepanjang hayat beliau, P. Ramlee telah berlakon atau mengarah sebanyak 66 buah filem. Filem arahan pertama beliau ialah Penarik Becha. Jumlah lagu nyanyian atau ciptaan beliau pula melebihi 350 buah lagu. Filem kegemaran kami ialah Ibu Mertuaku manakalah lagu kegemaran kami ialah Aci-Aci Buka Pintu. Dialog kegemaran kami ialah dari filem Ibu Mertuaku iaitu “Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan?.

p ramlee

3. Terlalu banyak anugerah yang telah dimenangi oleh Allahyarham P.Ramlee melalui pembabitannya di dalam bidang muzik dan filem. Antara yang terhebat ialah:-

(i) Anugerah Pelakon Paling Versatil di Festival Filem Asia di Tokyo menerusi filem Ibu Mertuaku

(ii) Anugerah Pelakon Filem Terbaik di Festival Filem Asia Keempat di Tokyo menerusi filem Anakku Sazali.

(iii) Filem Komedi Terbaik untuk filem Madu Tiga dan Nujum Pak Belalang masing-masing pada tahun 1963 dan 1964.

Walaupun Allahyarham tidak pernah langsung menerima sebarang didikan seni secara rasmi, namun bakat dan hasil usaha keras beliau menunjukkan yang kita boleh berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi selagi kita mahu berusaha.

p ramlee

Masih banyak lagi cerita-cerita di sebalik tabir, kisah suka duka Allahyarham dan fakta-fakta menarik yang ingin kami kongsikan tetapi sayangnya kami juga tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang Allahyarham. Namun begitu, bersempena dengan bulan Oktober sebagai bulan P. Ramlee, pihak Astro telah mengumpulkan segala apa yang anda ingin ketahui tentang Allahyarham di laman web www.astro.com.my/pramlee . Kami dah layari laman web tersebut dan sesungguhnya kami kagum dengan kesungguhan pihak Astro untuk mengenang segala jasa Allahyarham.

p ramlee

Untuk makluman, pihak Astro akan mengadakan Konsert Di Mana Kan Ku Cari Ganti sebagai tribute mengenang sumbangan Allahyarham P. Ramlee kepada dunia hiburan tanah air kita. Kami percaya anda akan teruja melihat nama-nama besar seperti Shahir, KRU, Aizad, Dayang dan ramai lagi bergabung menyanyikan lagu-lagu dendangan Allayarham di konsert tersebut. Mungkin video Di Mana Kan Ku Cari Ganti di bawah akan membuatkan anda lebih teruja.

Jangan lupa layari laman web Astro P. Ramlee untuk mengetahui lebih lanjut tentang Allahyarham. Semoga roh P.Ramlee ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.

62 responses to P. Ramlee, Namamu Dijulang, Jasamu Dikenang

  1. RiRi says:

    all filem arwahyarham tan sri..sume aku suke..spontan je.. :) ayat dlm filem arwah smpai skrg pn kite guna kn..

    **al-fatihah…

    0
    0
  2. kurus says:

    semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham

    0
    0
  3. AtikahAziz says:

    cerita allahyarham x penah jemu ditonton..dh byk kali tgk pn still leh wt kte ketawa bdekah2..p.ramlee ni ibarat ahli nujum..ape yg dipaparkan dlm filem allahyarham semuanya dh jd pd zmn skrg..cthnye 3abdul(rebut harta pusaka)..setiap filem allahyarham bkn la tin kosong semata2..alfatihah untuk seniman agung kita..

    0
    0
  4. RiRi says:

    Semoga dicucuri rahmat…aku suke cite sarjan hassan…

    0
    0
  5. BlackBerry00 says:

    Bakat seni yang memag tiada tolok bandingan dan tiada penggantinya….Tan Sri P. Ramlee seorang lagenda….idola sepanjang zaman…

    0
    0
  6. Annedesilva says:

    Semoga Rohnya dicucuri rahmat…
    kehebatan beliau mengangkat filem melayu takde gantinya…
    cerita yg beliau terbitkan semuanya tak jemu2 di tonton walaupon berulang kali..
    xlapok dek zaman…
    moga rohnya tenang disisi illahi..amin..

    0
    0
  7. TOK WAN says:

    P. Ramlee – saintis seni setaraf atau lebih Albert Einstein dll.

    0
    0
  8. non says:

    suke lagu ali baba..haha

    0
    0
  9. Zetty Humaira says:

    kalau lah arwah ada lagi.. tentu filem2 kita lebih bermutu. bukanlah kata filem skrg xde mutu, cuma x sama lg dgn filem2 lakonan & arahan arwah Tan Sri P.Ramlee. Berpuluh ratus kali dah tgk filem2 dia, lgsg x jemu. sentiasa segar. baik cerita sedih, mahupun cerita jenaka.. ttp segar di hati peminat.. especially citer Ibu Mertuaku. itu bagi sayalah… Lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti.. saya sayang pada lagu itu. tiap kali dengar, saya menangis.. dan teringat pada suami tersayang. which mean, lagu dia selalunya kena pada hati pendengar… Sayang P.Ramlee………..

    0
    0
    • RiRi says:

      ye la..tgok cite dia x pnh jemu…dulu dorg xde pakai skrip kn..ayat tu smpai skrg kite gunakn klu ber ckp dgn kwn2..hihi…’ada surat?dgn pantas kau pegi amik’..hihi..ayat tu kwn aku suke ckp klu pas dgar kwn2 bercerita..hihi..lg satu..jebon..hahaha

      0
      0
  10. Larahati says:

    Bangga Malaysia punya artis legenda macam AllahyarhamTan Sri P.Ramlee….nasihat buat artis2 sekarang contohi lh beliau……

    0
    0
  11. insanbiasa says:

    sumbangla penyanyi yg nyanyi lagu pramlee ni..

    0
    0
  12. [email protected] says:

    nant reramai sokong

    aku tengk anne banyak masuk komen ari ni,,,
    Tan Sri ko bz kira ayam ek anne,,, ada masa ko komen BN

    0
    0
  13. feyus says:

    Jasa mu dikenang… P. Ramlee dalam ingatan. Semoga rohnya dikalangan orang2 yang beriman. Amin…
    Kod rahsia Handset anda..

    60 negara gagal di dunia

    0
    0
  14. razuiiii says:

    aku xsuka tgk ctr p ramlee coz lawaknya bodoh..ada pa dgn p ramlee hah?benci3!!!!!!

    0
    0
    • Day says:

      ko jgn pandai2 nk benci2 p.ramlee…lawak bodoh pun mesti ko tgk jugak kan…nanti ramai hentam ko bru ko tau…pastu ak & org komen kat sini nk tgk lawak ko, bleh lawan p.ramlee ke x…klu x lawak, kami ramai2 l**** ko bru puas hati…

      0
      0
  15. nice entry. antara org melayu yg berjaya dikenang sampai bila2 oleh berkurun generasi . harap berkekalan.

    0
    0
  16. sayno says:

    betul ke bekas pelakon rashdan baba selalu ke the Zone Johor Bahru parti minum dan jumpa janda orang di situ ?

    0
    0
  17. nora85 says:

    Filem allahyarham P. Ramlee sentiasa akan di sanjung dan bakat yang tulen.

    0
    0
  18. pinggan says:

    agak2 kalu citer2 dia ada kaler .. lagi seronok kan ..!!!..

    0
    0
  19. OKBEB says:

    Entah bila nak dapat org yg berbakat macam dia

    0
    0
  20. memang legend yg akan ‘hidup 1000 tahun’..

    0
    0
  21. Pencinta Seni says:

    Al-fatihah kepada Allahyarham P.Ramlee…tetapi harus diingat & jgn dilupe jika bukan kerana “Pembantu paling kanan” & juga kwn2 seperjuangan beliau yg menaikkn nama dia dlm bidang seni tanah air kita

    0
    0
  22. Melayu Hebat says:

    apap2 pun aku tetap layan citer P.Ramle..Memang layan..

    0
    0
  23. chix says:

    i just finished watching “ibu mertuaku”. I still cried. I never get bored watching P Ramlee movies. Seriously i hope hes still alive. Im 23 yrs old. I like him since i was a kid. Oh well good thing/person never lasts long. Semua takdir Allah. P Ramlee was all rounded, he can sing, dance, act, produce movies, compose songs and play instrument. No one can replace him, not even Ct Nurhaliza. Ya Allah semoga roh beliau di cucuri rahmat…

    0
    0
  24. peminat says:

    bila tgok dokumentari pasal kehidupan P.Ramlee kat History channel(astro 555), sedih sgt mse penghujung hayat beliau bila bangsa sendiri mempersendakan karya beliau.. :(

    0
    0
  25. kumai99 says:

    Aku setuju ngan ko ‘Peminat’…sedih bila tgk dokumentari tu…x sangka begitu akhiran karier nya…

    0
    0
  26. Marry Clan says:

    I agree with your thoughts here and I really love your blog! I’ve bookmarked it so that I can come back & read more in the future.

    0
    0
  27. Beautiful blog with nice informational content. This is a really interesting and informative post. Good job! keep it up, hope to read your other updates. Thanks for this nice sharing.

    0
    0
  28. porno izle says:

    hello it is my first post on this website and to start with I would like to thank for the great quality information, which I were able to find in this and all previous posts , it really helped me a lot. I will definitely add this blog on my google reader ;) Also, I would like to ask – don’t you mind if I will quate some information from your website since I am writing articles for the Associated Content, Ezine and other articles directories (this is my part time job)? It would really help me with some of mine articles. Of course, I will mention your blog name or URL (not all articles directories allows URL’s , so I can’t 100% promise that you will get a direct link to your blog).

    0
    0
  29. ezzafitri stafeni says:

    jika beliau masih hidup saya amat bersyukur

    0
    0
  30. Some genuinely nice and useful info on this website , likewise I believe the design holds good features.

    0
    0
  31. I got what you mean , thankyou for posting .Woh I am pleased to find this website through google.

    0
    0
  32. mascotas says:

    love your style I will subscribe for your feed please keep posting!

    0
    0
  33. I would have to say, well stated.

    0
    0
  34. nurul syamimie says:

    kesian la kt allahyarham p-ramlee sebab dia hidup susah sangat …….dulu dia x de gelaran pun mase dia idup tpi bile dh takde lagi baru org2 sanjung dia………kesian sangat dia msa dia belum meninggal …….knp la org buat mcm tu kt allahyarham p-ramlee <<<<knp mesti ade org dengki kt dia….dia mempunyai bakat yg besar ………sekrg tengok baru nk menyesal sebab wt gitu kt dia …..tpi dh x de gune nye lagi…

    0
    0
  35. The magnificence of those blogging engines and CMS platforms could be the lack of limitations and ease of manipulation that permits developers to implement wealthy content and ‘skin’ the web site in this kind of a means that with extremely tiny energy one would by no means observe what it’s producing the web site tick all with out limiting subject material and effectiveness.

    0
    0