Written by AbangNara | February 27th, 2015

Abang Nara percaya ramai yang tertanya-tanya kenapa Emma Maembong ada menemani Zizan Razak di Maharaja Lawak Mega 2014 sedangkan menurut pelakon itu mereka berdua sudah tidak lagi bercinta ketika itu. Kehadirannya ketika itu membayangkan yang hubungannya dengan Zizan telah kembali pulih dan percintaan kembali mekar. Susulan perbuatan itu juga, Emma Maembong dicop berperangai kebudak-budakan dan tidak matang kerana sekejap sangat putusnya. Orang kata macam cinta budak sekolah.
emma maembong Malah tindakan Emma Maembong yang sering memuatnaik lagu-lagu sedih dan lirik-lirik membayangkan keretakan perhubungannya dengan Zizan juga menjadi kritikan orang ramai. Namun menurut Emma, bukan mudah dirinya untuk memutuskan hubungan selepas 2 tahun bercinta dengan Zizan. Terang Emma:-

Secara jujurnya, saya dengan Zizan memang sudah tidak ada apa-apa lagi hubungan. Tapi itu tak bererti saya terus memutuskan persahabatan dengannya. Dunia hiburan ini kecil, balik-balik akan jumpa orang yang sama.

Sebab itu saya masih dilihat menemani atau bersamanya dalam acara hiburan. Tapi itu tak bererti saya dengan dia sudah berbaik semula.

Benar memang orang suka dan doakan kami akan hidup bersama. Saya pun suka dengan situasi itu. Sudah dua tahun kami bercinta.

Tapi takkanlah saya sewenang-wenangnya nak minta putus daripadanya. Mesti ada sebab. Tapi cukuplah saya pendam semuanya. Biarpun begitu orang masih beranggapan saya meninggalkannya masa dia (Zizan) susah dan cuba mengaibkannya

zizan emma Apakah sebab itu? Ada ura-ura yang menyatakan perbuatan Zizan membeli sebuah kereta Ferrari menjadi punca keretakan perhubungan mereka. Namun itu telah dinafikan oleh Emma Maembong. Baru-baru ini pula timbul gosip kemesraan Zizan dengan seorang pegawai stesen Astro. Biarlah hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Terang Emma lagi:-

Sejujurnya apabila kami putus, ramai yang nampak seperti saya jahat dan tak kurang menganggap saya berkelakuan seperti budak-budak. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Saya tak mampu memuaskan hati orang di luar sana.

Biasalah orang di luar sana juga pantas menghukum dan menuding jari. Tak semestinya yang berdiam selama ini atau sebaliknya betul.

Begitu juga sebaliknya. Orang di luar sana tak tahu apa yang terjadi antara kami. Hanya kami yang tahu segala-galanya.

Sampai pada satu tahap saya muat naik lagu jiwang atau rentan pun orang cakap saya bersifat kebudak-budakan. Mungkin lepas ini saya akan muat naik lagu raya sebelum waktunya pula untuk menunjukkan saya gembira

emma maembong

Benarlah kata orang kalau tak ada jodoh, bercinta bagai nak rak pun tak akan berkahwin jua. Mungkin ini yang terbaik buat Emma Maembong dan Zizan Razak. Kedua-duanya terutama Emma masih muda. Masih jauh lagi perjalanan hidup. Abang Nara pasti ada insan yang lebih baik untuk anda berdua kelak. Buat para peminat, doakanlah yang terbaik untuk Emma dan Zizan. Semoga kegagalan percintaan ini tidak menghalang kerjaya mereka. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Orang Di Luar Sana Tak Tahu Apa Yang Terjadi Antara Kami – Emma Maembong

  1. Jenab says:

    hahahahahhaa , post lagu raya hhaahhahahhaha

    0

    0
    • zuanzuan says:

      zizan dah taknak dengan si emma sbb muka emma dah tumbuh banyak jerawat, kat ig boleh si emma edit pic dia tp bila jumpa face to face nampak muka dah mula berlekuk2 dah, makeup aje lebih. Cepat2 gi new york skin solution buat treatmen.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Diamlah minah celup… Sekadar ko bercinta pergi sana sini.. Tak payah nk kecoh lah.. Tu sbb dlm islam jgn bcinta dah ko nk jugak bcinta.. Putus pun kena hadap je lah.. Reti jaga maruah sikit.. Pihak lelaki diam ko plak lelebih…

      Ko pun bkn baik pun…liar comolot bagai dgn pakwe dulu… Acu tyoe emma maebong comolot.. Terpampang kluar noks pic ko..
      Bapak ko ni mmg kena extra sekolah kan anak2 pompuan dia..

      Mcm lah ko mulia sgt..

      LELAKI JAHAT TUK PEREMPUAN JAHAT

      DAH KO SAMA LIAR JER DGN ZIZAN.. Hadap jelah

      0

      0
  2. Anonymous says:

    ni semua POYO!!

    0

    0
  3. Anonymous says:

    kain pelekat la lal la la kain pelekat la la la la………..

    0

    0
  4. Alis says:

    menunjukkan ketidakmatangan disitu, jawapan tak bijak..please learn from lisa surihani, erra fazira…tgk la how they handle their personal life….

    0

    0
  5. Monyet says:

    Hoorayyy..hrap2 pas ni no more cite psal dia lg.org pn xnk tau pe sbb ko putus.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    mybe dia dh tau kot zizang ni main kayu 3 tpi zizang kaber baik punyer kta xde apa.. n last tibe2 kuo lak gmbr2 dia dgn ppuan tu.. mybe gmbr lma dh pun.. zizang pun pndai g pilih org astro.. nk job lertuuu.. to ema cri je org lain better cri yg matang ckit..

    0

    0
  7. unknown says:

    cara terbaik ko xyah dah komen sal zizan.. mcm mana ko komen pon orang akan nampak ko jahat.. biar masa yg tentukan..

    0

    0
  8. bilakakjemahmenulis says:

    boleh tak simpan bodoh tu sikit buat kegunaan esok lusa.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Boleh tak someone pelempang je artis-artis yang perangai gedik macam ni? Buang masa aku je baca gosip macam ni. Memang boleh pilih nak baca ke tak, tapi dah ada, the kepohci side in me of course akan baca. Hahaha. Tah pape la main tipu tipu pulak. Sama je dengan sam.

    0

    0
  10. raini says:

    tak paham … hahahha

    0

    0
  11. tahppetah says:

    lepas ni jadi mangsa Amrans fans seterusnya si emma ni….kuang3

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Aih benci pulak tgk muka zizan skrg..KO buat LA kat ppuan cmni zizang oiii nnt kene kat btg hiding sendiri be padan idong tu

    0

    0
  13. Anonymous says:

    I pretended I’m glad you went away
    These four walls closing more everyday
    And I’m dyin’ inside
    And nobody knows it but me
    Like a clown I put on a show
    The pain is real even if nobody knows
    And I’m cryin’ inside
    And nobody knows it but me…………

    0

    0
  14. Hida says:

    Hurmmmmmmmmm.. tp jrg nampak gmbr emma dgn kawan2 zizan. Bukan apa, kalau kawan kita tak suke dgn awek kite, most of the time ade yg tak kena .. dont think they both are good to be together. zizan cari je la lain. and emma pun, you are beautiful, berlakon pun pandai. jgn nak kata tak pandai ek. aku tgk cerita sedih dia, cerita yg ade lawak2 sikit – bagi aku emma pandai berlakon.

    0

    0
  15. Boa says:

    Bagus emma,ko layak dapat lelaki yg lebih baik dr zizan bajet hensem 2. .

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Sambung belajar balik la…

    0

    0
  17. Nurul Gebu says:

    eh boleh x klu pasal dorg ni, x payah di public kan ? rimas lah baca. kejap putos kejap sambong lah, org kat luar x tau apa jd lah..bla bla bla. amende tah! org lain pon bercinta jugak. ish !!

    0

    0
  18. Anonymous says:

    ternyata zizan syok sendiri..udah2 le zizan…zaman hang dh jatuh…award satu hape pun xdpt…bajet good2 lak dpn org ramai…pasni pengarah/penerbit x pyh la amik diorg ni berlakon sma..kang jadik mcm2 isu lak…ptt la emma putus sblm ni dgn zizan..bkn psl kete tp psl pmpn astro tu la…konon zizan lak nk cover die dh ok dgn emma…ptt la zizan x kwin2 lg dgn emma..zizan ni boye gak…aku pun pelik nape diorg jap baik,jap putus…rupenye mmg dh putus betul2 tp zizan cover balik cite2 kontroversi die..ptt le cik emma mkn hati…

    0

    0
  19. kiah propa says:

    ekk??kalau mcm tu diam je la.tak payah pumpang pumpang sgt.

    0

    0
  20. lol says:

    Publicity o publicity..

    0

    0
  21. mojo says:

    Perempuan cemolot untuk lelaki cemolot.makcik anai2 dah pilih staff astro.wakakaka.

    0

    0
  22. Anonymous says:

    alahaiiiii si katek+hidung parrot ni…bajet cam hot je…nyampah lak aku…ko ni mmg perasan la zizan..mmg btl laa org kate,slalunya laki x hensem ni mmg buaya sme cam si tauke tu…

    0

    0