Written by Bella | May 3rd, 2016

Kemunculan Dato’ Aliff Syukri sering menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi dengan tagline yang semua orang boleh ingat iaitu “ terlajak laris”. Selain itu, gaya beliau berpakaian dan berbicara juga turut mengundang pelbagai reaksi.

Lumrah hidup, ada yang suka ada yang tidak suka dengan cara seseorang dan hampir setiap hari juga pasti akan ada pihak yang mengutuk dan menghina Aliff.

Namun,buat jutawan kosmetik ini, beliau sama sekali tidak kisah dikutuk asalkan poketnya tebal kerana strategi pemasaran beliau bagi produk keluarannya menjadi.

Pada awal kemunculan saya dipanggil gila kerana memakai baju kilat-kilat tetapi saya tidak punyai sebarang masalah.

Orang boleh mengata dan mengutuk, yang penting poket saya tebal. Ini perancangan pemasaran, saya tidak boleh tutup mulut orang kerana yang penting orang tahu mengenai saya dan perkembangan saya. Saya tidak perlu kisah apa orang cakap tapi perlu kisah macam mana pendapatan saya.

Tambah Aliff lagi, beliau hanya ingin mencari rezeki yang halal dan menyumbang pendapatannya itu kepada agama dan negara. Malah, beliau tidak pernah gagal untuk membayar zakat ataupun cukai.

Bukan mudah untuk Dato’ Aliff Syukri sampai ke tahap sekarang. Sebagai seorang usahawan beliau harus cekal untuk melariskan produk beliau meskipun menghadapi pelbagai risiko seperti penghinaan masyarakat dan sebagainya. Semangat ini yang patut ada dalam diri kita untuk terus maju kehadapan. Betul kan kata  beliau, orang lain yang hina itu tidak dapat apa-apa bukan?

Sumber Berita : Harian Metro

12 responses to Orang Boleh Mengata Dan Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal – Dato’ Aliff Syukri

  1. Orang tengah says:

    Jgn takbur, jgn ujub.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Takpe la kot poket tak setebal poket kau, asalkan hidup aman sikit dari hidup kau. Tak kena kritik hina every now & then.

    0

    0
  3. Wahidiman says:

    Kalau betul lah ini kenyataan Dato’ Aliff, aku nak Jawab macam ni. . .ada aku kisah kau kaya ke tidak? Janganlah bersangka buruk kat ramai orang . .yang jeles mungkin suku sakat kau ajer.Orang lain tak peduli pun. Yang penting, produk kau mesti bagus macam.yang kau hebohkan . . .kalau tidak, barulah kau akan dimakan sumpah oleh pelanggan .
    .

    0

    0
  4. Ostad Lawa says:

    adoiiii toke kosmetik separa lelaki ni kemain gak mulut layan netizen ekk? Lantaklah ko Jahhhh

    0

    0
  5. huh says:

    wowww…nampak tu..nampak tak…takburkan.
    bayar itu ini..nk menunjuk…
    oh ya..xpe dia org berduit.
    kekadang nk tahu juga betul kke ada ada org-org yg kata mcm tu kt dia.
    atau semata-mata nk kluarkn stetament yg ntah pe2 tu.

    pe pun memang tak minat dgn dia…x heranlah org bnyak duit ke apa ke.

    0

    0
  6. Piah double face kaki kipas.... says:

    Belagak pulak dato ni jgn riak sgt… esok ditarik lik semua baru terduduk fikir.. ingat ingat….. duit banyak xtentu bahagia noksss…. ha ha ingat ingat noksss.

    0

    0
  7. loyalmalaysian says:

    ini lagi satu melayu sombong…cina tu pakai seluar pendek je tau tp duit berlambak dlm bank x kecoh mcm ko….

    0

    0
  8. Anonymous says:

    dislike statement..

    0

    0
  9. Datin says:

    Xkesah la pomet awak tebal ke nipis dato’ asalkan meniaga dan apa sahaja yg kita buat kata atas dunia ni diredhai Allah. Xpela, kita muhasabah diri masing2 ye dato’ … Setiap perkara yg kita buat tu Allah suka ke x… Tepuk dada tanya iman. Peace ^__^

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Susah nk cakap sebab yg pandai ambik kesempatan akan kebodohan org melayu pun org kita jugak..
    So dia ni kaup untung dari daif nya org lain ler.
    Lain kali cuba la fikir sblm mrmbeli.
    Kesian duit kita tu

    0

    0
  11. Yekeni says:

    The packaging of your products look so cheap. Mcm packaging jamu from Indonesia. kalau pocket dah tebal, improve on your packaging. For me, as long as products not sold in pharmacies in singapore and come from companies without own lab, proper qualified internal staff on health and beauty, i dare not try. Your products are only sold in small kedai2 yg berlambak jual jamu2. Sampai berabuk2 kotak, kemek2. yg dah terbukak pun ada. Maybe singaporeans are not too receptive of your products kot.

    0

    0