Operasi Mempertikaikan Kemenangan Ana Rafali Sudah Bermula?

Hiburan

Operasi Mempertikaikan Kemenangan Ana Rafali Sudah Bermula?

anaraffali3

Abang Nara tahu yang Abang Nara confirm akan kena maki hamun kerana tulis benda ini. Abang Nara bukan nak menidakkan kemenangan Ana Rafali dalam AJL25. Sememangnya lirik dan melodi Tolong Ingatkan Aku memang layak digelar juara. Tak cukup dengan Facebook Kami Tak Bersetuju Ana Rafali Jadi Juara AJL25, pagi tadi Abang Nara terima satu email yang menunjukkan sesuatu di Facebook Ana Rafali.

Advertisement

anaraffali

Anda ada nampak kan nama Andy Flop Poppy di situ? Untuk makluman, Andy Flop Poppy adalah salah seorang juri AJl25. Tetapi seperti biasa Abang Nara tak nak terima bulat-bulat info yang dihantar. Abang Nara kena buat siasatan macam Detektif Conan. Maka Abang Nara pun terus ke Facebook Ana Rafali untuk mengesahkan info ini.

anaraffali2

Seperti yang anda lihat, memang tiada nama Andy Flop Poppy di dalam Facebook Ana Rafali. Persoalannya ialah, adakah gerakan untuk menjatuhkan nama baik pihak penganjur AJL25 dan kredibiliti kemenangan Ana Rafali sudah bermula? Kalau betul, apa motif diorang nie? Dah tak ada kerja nak buat sangat ke? Atau sememangnya nama Andy Flop Poppy pernah ada di situ? Hanya admin Facebook Ana Rafali yang tahu jawapannya.

Abang Nara taknak cakap banyak nanti kena saman pulak. Apa pun Abang Nara harapkan sudah-sudah la tue pertikaikan keputusan AJL25. Bak kata ramai orang, tahun ini rezeki Ana Rafali. Mungkin tahun depan rezeki penyanyi kegemaran anda pulak.

Update: Abang Nara baru dapat info yang sememangnya Andy Flop Poppy adalah salah seorang daripada ahli kumpulan The Marhaens. Memang dari dulu lagi dah. Lagipun bak kata anda semua, juri ada ramai. Takkanlah Andy boleh pengaruhi keputusan kot? Lagipun sifu M. Nasir tue ketua juri. Mesti ada seni yang sifu M. Nasir ketahui tapi kita tak tahu sebab kita tak belajar seni macam dia. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...