Written by Bella | February 10th, 2016

Filem OlaBola nampaknya semakin mendapat perhatian penonton apabila berjaya mengutip RM8 juta selepas 13 hari ditayangkan di 126 buah pawagam seluruh Malaysia dan juga Brunei.

OlaBola adalah karya arahan Chiu Keng Guan yang sebelum ini turut mengarahkan filem box-office The Journey.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen yang masing-masing mempunyai bakat lakonan yang baik serta  “menghidupkan” lagi watak mereka didalam filem tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial yang sudah menonton filem OlaBola juga memberikan komen positif tentang filem ini dan sekaligus menarik minat mereka yang belum sempat untuk menontonnya di pawagam.

Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Pictures.

Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara.

Satu pencapaian yang agak membanggakan buat filem berunsurkan kesukanan yang jarang sekali dihasilkan untuk ke layar perak.

27 responses to OlaBola Kutip RM8 Juta Selepas 13 Hari Ditayangkan Di Pawagam

  1. minah jambu terlajak habis says:

    ye ke pes ni !!

    0

    0
    • Fadhil says:

      Mula2 dgr psl olabola ni tak rasa pun nak tgk.. Skali nmpak ramona zamzam post kat ig dia psl filem ni, terus rasa interested.
      Skali pegi hambek ngkau meleleh airmata aku. Tak sgka betul, cite psl bola je boleh buat aku nangis. (Aku laki btw, malu gak la nangis sblah awek tapi tak tahan gak ah).
      Crite ni mmg gila, dlm ekonomi malaysia tgh teruk mcm ni, politik semua makin teruk, aku rasa cite ni buat kaum2 di malaysia boleh reunite balik.
      Sekian!

      0

      0
      • Pekerja Gomen says:

        Serius beb… aku pun kuar gak airmata jantan…
        Part sedih dalam male changing room yang bila depa tau Malaysia boikot Olimpik… kata2 dalam tu mmg touching giler.. tak sedar airmata aku kuar.
        Bayangkan le.. zaman dulu bukan dowang dibayar ngan duit ribu2.. tanah berekar… dikejar dek retis2… dowang mmg main kerana semangat cintakan negara..
        Dowang main atas padang atas dasar patriotik dan semangat jati diri..
        Tak macam skang ni… main pun kena bayar… kena beli.. sape bayar lebih… kita tunduk..
        Aku rasa OlaBola ni kena jadikan satu cerita wajib tonton kat tv…
        Sbb mesej yg dia bawak ni patut diterapkan kat semua Malaysian…
        Dulu kita apa2 bangsa pun bersatu hati…
        Tak macam skang ni… asyik nak salahkan sesama bangsa.

        0

        0
      • remaja says:

        sy pun nangis tgk cite nie……. mmg best
        goal…goal…goal..goal.. goaaaaalllllllllllllllllllllllllllll – rahman

        0

        0
  2. Shhh says:

    Aku malu betul dgn pengarah dn penerbit nya org melayu…sbb filem seperti the journey dan ola bola diarahkan dan diterbitkan oleh org bukan melayu..bukan tak da org melayu yg arah filem yg bagus mcm yasmin ahmad, uwei hj shaari, dain said (filem bunohan) tpi tak da promosi yg hebat…skali filem mereka keluar dipandang sepi setengah pihak tpi blh diiktiraf oleh org luar..filem melayu kita masih mundur..ssh nk jumpa pengarah yg bagus2..nama2 diatas ni jrg buat filem..sbb tu byk filem sampah je..baik drama kt tv dan filem..lbih byk popularit berbanding kualiti..tk mustahil org bukan melayu akan menopoli pernebitan filem..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    xde rempit2 bosia , scene atas katil atau anak vvip hegeh kt org misken ke ?
    hummm bukan cite malayu la cemnih

    0

    0
  4. minah gomen online 24jam says:

    film apa ni ? x minat lah cerita macm ni … bosan. lebih suka filem dilwale, lagu gerua best sangat.

    0

    0
  5. sakai_batak says:

    pilem polis evo berapa juta kutip?? adekah bakal pecah rekod baru film tertinggi kutipannya??????

    0

    0
    • minah gomen online 24jam says:

      film bodoh ni jangan harap lah nak box office macam polis evo. berpijak dibumi yang nyata yang football malaysia ni suck . buat filem bodoh macam ni nak suruh orang berangan yang football malaysia ni gilang gemilang padahal macam tahik lembu. tahik lembu pun still hangat lepas berak jika nak dibandingkan dengan football malaysia.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Filem ni berpijak d bumi yg nyatalah psl bolasepak pd era tu. Berangan apanya… Kau ni sakai x tau perkembangan bolasepak 70-80an. Football skrg ni yg x berpijak d bumi nyata. Fesyen/gosip nak ikut european players mcm star tp permainan hampeh mcm kau jg.

        0

        0
      • namnam says:

        errr… maap… tahun berape lahir nih??? x tahu pasal bolasepak malaysia eh?

        0

        0
  6. intan says:

    sokong la film malaysia yg bagus, ambil pengajaran dr film ni

    0

    0
  7. nim says:

    harap lps ni ader la sambungan….mungkin bleh selit psal kisah FAM, artis dan pemain berpish tiade, gaji tunggak, rasuah,songlap duit, bookie, dato seri vida,,,,baru le real..

    0

    0
  8. sarip dol minum teh says:

    lepas ni wat filem psal bola jgk..mengenai perjuangan sebuah psukan b.sepak yg bertungkus lumus ingin mndapatkan penaja..diterapkan nilai2 murni dan suci sperti smngat kejambuan,setiakawan,pengorbanan dan krjasama..jln crita yg mmpu meruntun jiwa pennton..heroin dato Vida k..

    0

    0
    • Anonymous says:

      poster haruslah letak jari di pipi, mulut di muncungkan. tema poster juga pink berlatar belakangkan jersi pink. #mytwocent

      0

      0
  9. Who cares says:

    Lps ni buat filem pasal badminton plak la..thomas cup

    0

    0
  10. Man Beranak says:

    lepas ni melambak pulak cerita pasal bola.. trend kan? contoh hantu bola, gangster bola,

    0

    0
  11. abg gagah says:

    aku ada idea terbaek nak buat filem paling gempak. Tajuk filem tu, Ola Bola Evo – The Journey!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    da tgk bru leh komen…sgt menarik citer ni..time sy g tgk mmg full seat…smpai seat dpn…

    0

    0
  13. wanita berkalong sorban says:

    tahu pasal crta ni sbb Zee Avi bwak lagu Arena Cahaya ost olabola..terbaik ..hehe

    0

    0
  14. mawarmatahari says:

    tgh carik tiket..tk sempat nak tengok.

    0

    0