OlaBola Kutip RM 12 Juta Selepas 18 Hari Tayangan

Hiburan

OlaBola Kutip RM 12 Juta Selepas 18 Hari Tayangan

Filem OlaBola nampaknya terus mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan  box office RM 12 juta selepas 18 hari ditayangkan di pawagam.

Advertisement

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan, walaupun sudah 3 minggu ditayangkan sejak 28 Januari lalu, jumlah penonton semakin meningkat dan jualan tiket boleh dikatakan agak memberangsangkan.

Filem OlaBola juga masih mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema (GSC) semenjak filem ini ditayangkan.

Berlatarbelakangkan era 1980-an, OlaBola merupakan kisah kejayaan tentang  keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada  pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan. Ia adalah kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar.

OlaBola diarahkan oleh  Chiu Keng Guan dan dilakonkan oleh Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...