Written by Bella | June 16th, 2017

Beberapa hari lepas, pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud ataupun mesra dengan panggilan, Ogy telah meluahkan rasa terkilan terhadap sikap biadap seorang individu yang menghina kerjayanya sebagai anak seni dan cuba untuk menjatuhkan perniagaan “Sambal Goreng Saadiah” beliau.

Walaubagaimanapun, Ogy yang tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan memberitahu beliau sudah pun memaafkan individu tersebut dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian Allah SWT terhadap dirinya.

Saya maafkan dia. Saya wajib memaafkan dia kerana junjungan besar Nabi Muhammad SAW sendiri seorang yang pemaaf. Jadi, kenapa saya tidak boleh berlapang dada memaafkannya?. Saya enggan bermusuh dengan dia yang menulis komen sebegitu dan orang lain. Saya mahu hidup tenang dan bahagia.

Pada masa yang sama, Ogy akui beliau sangat menghargai  peminatnya yang memberikan beliau semangat dan kata-kata positif  apabila beliau berkongsi rasa sedih selepas difitnah dan dihina.

Namun, sebagai pengajaran kepada orang lain agar jangan mudah mengambil kesempatan terhadap golongan seni, Ogy telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara.

Sumber Berita : Utusan Online

7 responses to Ogy Ahmad Daud Maafkan Individu Yang Menghina Diri Dan Perniagaannya

  1. melati says:

    Kalau jadi OGY , saya tk maaf kan Mamat yg pakai Kete tayar terkankang tu , org yg pakai kete tayar terkankang ni memang kaki Fitnah… nanti kalau OGY maaf kan org ni pastu Dia tampal plak Sticker kat kete dia macam Perpustakaan Bergerak..!!! @ dia letak plak Cermin sisi 2 tingkat…BMW M3 cermin sisi dia kecil jew…ni letak plak 2 tingkat tk kew bangang tu…wakakaakakakakaaa

    3

    0
    • nek bom says:

      kau tu zionis melati oi..
      tu pasal kau sentiasa berfikir mcm yahudi zionis..jgn samakan dgn Ogy..dia sedar diri..

      1

      1
  2. wekkkkkkk says:

    aku yg x penah dgr sambal goreng saadiah ni pun dah kenal, sejak ada org memfitnh dn mencaci produk Ogy..tak apa la kak Ogy..lepas ni byk org dtg beli tau..sbb nak rasa sambal goreng tu…sambal goreng tu dh terkenal semenjak org tu fitnah, ada buruk dan ada baiknya setaip perlakuan..maafkan lebih baik, jika ada kali kedua, jgn berdiam, ambil tindakan.

    5

    0
  3. Cupcake says:

    Hai susah gak jd artis ni kan

    2

    0
    • Beauty and The Beast says:

      Mana2 kerja pun sama juga ni, cuma artis dikenali ramai berbanding org yg bukan bekerja sebagai artis..
      ini la namanya dunia, ada saja tidak puas hati, jahat, pembuli, talam dua muka dan apa lagi sila nyatakan seterusnya…..

      1

      0
  4. Dulu dah angkat bendera putih dari xtvt brlakon, brhijab maxi dan ada restoran dkt Gombak konon…. Lps tu restoran ntah ke mana, tudung labuh ntah ke mana n ni at dah nak brhenti dari dunia seni ntah ke mana. Ogy ni satu kategory dgn Azuan Ali… MakTom dan Saadiah …. ko raso ok kah strategi ni?Bun

    1

    2
  5. puakaSaka says:

    mulut ko puaka ogy…maka dapat lah berurusan dengan yg mulut puaka juge…

    0

    0

Leave a Comment

Optional