Written by AbangNara | March 19th, 2010

jangan lupa nyanyi Era

Gembira gila rasa di hati bila semalam Abang Nara berjaya sampai ke Astro untuk melihat dengan mata kepala sendiri macam mana penyampai-penyampai radio Era beraksi di konti. Selama nie terbayang-bayang macam mana penyampai-penyampai nie buat kerja, akhirnya semalam penyampai-penyampai gila-gila Era iaitu Reza dan AdiFashla menunjukkan kepada Abang Nara cara mereka buat kerja.

Agak culture shock jugak bila Abang Nara masuk dalam konti Era semalam. Macam nie rupanya konti radio. Memang berteknologi tinggi dan penuh dengan LCD. Mikrofon pun besar semacam jer. Yang terpaling best sudah tentu sempat tengok penyampai Reza ngan Adifashla beraksi membuat kerja diorang. Kagum beb dibuatnya.

jangan lupa nyanyi era

Reza dan Adifashla nie memang happening orang dia. Kombinasi yang terbaik untuk slot petang. Menyegarkan, melawakkan dan menceriakan pendengar-pendengar yang dah makin kurang tenaga di kala petang. Dan yang terpaling best time di konti Era, Abang Nara sempat tengok macam mana Reza dan Adifashla handlekan salah satu pertandingan Era iaitu Jangan Lupa Nyanyi.

jangan lupa nyanyi era

Abang Nara nak cerita sikit pasal Jangan Lupa Nyanyi nie, Inilah contest terpaling mudah Abang Nara pernah dengar. Tak perlu daftar, tak perlu sms dan tak perlu tunggu panggilan telefon. Anda yang perlu telefon radio Era. Kalau anda pemanggil bertuah jumlah hadiah RM75 ribu boleh anda menangi. Apa yang perlu anda semua buat hanyalah telefon bila anda mendengar cue to call.

Katakanlah anda dapat menembus talian telefon, penyampai radio Era akan tanya kepada anda nak pilih lagu pop ke lagu rock. Selepas membuat pilihan, diorang akan tanya lagi nak guna talian hayat ke tak. Kalau anda guna talian hayat iaitu mintak tolong kawan anda, hadiah yang ditawarkan akan dibagi diskaun 50%. Contohnya kalau wang terkumpul dah RM6,000, anda cuma leh dapat RM3,000 jer. So rugilah kan? Memang Abang Nara cadangkan jangan gunakan talian hayat nie.

jangan lupa nyanyi era

Pertandingan Jangan Lupa Nyanyi nie bakal ada sampai 26 Mac nie. Semalam time Reza dan Adi handlekan contest nie, penelefon tue mintak lagu pop. Sekali keluar lagu Lady Gaga Bad Romance. Nampak macam senang kan? Cuma kena nyanyi 4 patah perkataan untuk lirik lagu selepas lirik yang dimainkan.

Tapi mengikut Reza dan Adifashla, game nie memang senang tapi ramai pemanggil yang nervous. Biasalah beb. Sapa tak nervous nak menang duit free. Kalau Abang Nara pun nervous jugak. Lagi-lagi kalau jumlah wang terkumpul tue dah puluh-puluh ribu. Keluar lagu Happy Birthday pun mungkin Abang Nara gelabah sampai terlupa nak nyanyi apa.

Selepas melihat kegagalan pemanggil bertuah yang tak mampu menyambung lirik lagu Bad Romance Lady Gaga, Abang Nara layan celoteh gila-gila Reza dan Adifashla nie. Diorang berdua nie memang satu gabungan penyampai yang mantap. Reza memang otak happening dan Adi nie macam serious dan banyak informasi sikit. Itu sebab time diorang on air, ada satu slot yang diberi nama Era Drive Shift.

jangan lupa nyanyi era

Dalam Era Drive Shift nie, Reza dan Adifashla akan berkongsi banyak gila info sampai korang tak larat nak dengar dah. Bukan sekadar info dunia hiburan jer, apa-apa isu semasa yang ada kaitan dan best diorang dua akan borakkan dengan pendengar setia Era. Contoh yang terbaru ialah berita baik kemenangan Dato’ Lee Chong Wei di All England. Siap diorang dua try nak call Dato’ Lee Chong Wei kat London lagi. Sayangnya memang tak dapat la kan.

Dalam diam rupa-rupanya radio Era nie dah 12 tahun beroperasi. Masih mengekalkan status Radio Melayu Nombor 1, radio Era memang banyak slot-slot yang menarik untuk didengar. Abang Nara sekarang pun dah start dengan Era balik dah. Terutamanya time slot Reza dan Adifashla nie. Memang lawak betul mamat dua orang nie.

jangan lupa nyanyi era

Kepada pembaca BeautifulNara, jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi lebih RM75 ribu di radio Era sempena pertandingan Jangan Lupa Nyanyi. Dan kalau korang nak beramah mesra dengan penyampai-penyampai Era, boleh lawati laman web Era dan klik pada blog penyampai. Nanti macam-macam cerita yang korang boleh baca kat blog diorang.

Kepada Reza, Adifashla dan pihak Astro yang menyambut kehadiran kami semalam, jutaan terima kasih Abang Nara ucapkan. Korang memang best. Lagi-lagi Adifashla yang rupa-rupanya merupakan seorang blogger jugak. Macam-macam cerita yang dia kongsikan kat blog dia. Boleh baca blog Adifashla kat sini kalau berminat.

jangan lupa nyanyi era

Kepada Era, bagilah can Abang Nara untuk jadi pemanggil bertuah untuk Jangan Lupa Nyanyi. Tengah kumpul duit nak kawin nie ~~~~~~~~~~

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 responses to Nyanyi 4 Patah Perkataan Dan Menangi Lebih RM75 Ribu Dalam Jangan Lupa Nyanyi Era FM

  1. MQ says:

    Salam amboi..besh betui ye dok kat konti nie…agak2 bila la MQ bleh merasa camtu ye…..

    Salam_mahaqaseh

  2. b4rd says:

    bosan aaaaa… radio sinar start buat teka lagu merapu … semua radio start buat peraduan teka lagu … cuma ubah format je…. cuba la cari idea lain

  3. memomee says:

    ni nk promote 2 orang DJ ni ke..aku suka jgk tgok reza.klu dia jdi pengcra Trek Selebriti kan lg best dr aril tu…………..

  4. Joe says:

    Era cannot go…Din Beramboi ANNOYING!!!, Kadang2 Pak Nil ketawa terbahak bahak, Tapi takde lawak, ” KETAWA TANPA ADA KELAKAR ” GO ABG JEM…loyar buruk kelakar, DIN BERAMBOI loyar buruk..mcm beruk…Rasanye morning time, SINAR take 1st, even HOTFM panggilan hangit yang banyak jadi pun can’t even catch ABG JEM…

  5. Hairul says:

    Saya vote untuk sinar .. abang jem, kak engku memang best .. tak boleh celen la lawak diaorang ..

    i followw …..

  6. lizz says:

    hehehe. femes sungguh bang nara kite ni yek. best2! nak gak cuba tp susah nak dapat tembus talian. hohoho

  7. nanianne says:

    huhuhu….abg nara p era x habaq awal2 pun kat kami…mrajuk la cmni…..

  8. loveera says:

    alahaiiii korang nih…poyo2 je komen..sukati la nak suka kat sape, cam xpuas ati lak abg nara publish camni…dah era mmg n0.1, selama nih…takat nak tabur duet utk dpt no.1 konon2 mcm yg dibuat radio hangus tu watpe…hueekkkss…fakta yg x ramai yg tahu…
    anyway…go abg nara…go ERA!!!!

  9. loveera says:

    ERA BEST SELAMANYA…!

  10. Shah says:

    Hi my name is Shah.. I am single looking for partner… Please call me at 019-6008293/013-3938293

  11. gosipgurl_fea says:

    ish..napa komen aku tak apear2 gak ni ..dah 10 kali….

  12. garfield's says:

    yg paling penting..pembaharuan yg radio ERA buat..da ada azan 5 waktu..kalu x, sume radio swasta xde azan..ape kes?? kata negara islam..tahniah ERA!!

  13. pdacool says:

    bang nara nk kumpul duit nk kawin ker ????
    jemput la jgk peminat2 bang nara n kak nara ….yang dh lm menanti niiiih!!

  14. pd says:

    bang nara kumpul duit nk kawen ker??
    jemput la jgk peminat2 bang nara n kak nara ni yang dh
    lama menanti..!!!!

  15. adam says:

    bai..bukan ko dah kawin kan…!!!

  16. Hana says:

    Sorry ye kuar tajuk
    Sesiapa yg berminat nak beli PS2
    -3 controller
    -100 keping games yg mcm2 genre
    Hanya RM 2000
    Harga boleh bincang

  17. Lolcats says:

    muka dj era yg baju biru tu ..seiras muka BN ler…..
    cam adik beradik jer……

  18. gosipgurl_fea says:

    sorry lari tajuk sikitni BN, betul ke Yanie (mentor) dah meninggal bcos of cancer? u guys better cheack it out !

  19. sharinginfoz says:

    apa lagi mana tahu kot-kot sangkut dapat le duit tu kan….

    Jom Port Dickson

    Mengapa Tak Kahwin?????

  20. Geli Hati says:

    RADIO ERA DAH MERUDUM NAK PANCING PEMINAT LA TU

  21. Geli Hati says:

    ENTAH LAH AKU DAH LAMA X DENGAR RADIO ERA. BORING RADIO ERA DOK PROMOTE ARTIS DIA JER TU YG BORING.

  22. Geli Hati says:

    HOTFM STILL THE BEST. DJ2 HOTFM KELAKAR X SOMBONG.

  23. Geli Hati says:

    HOTFM RADIO NO. 1

  24. Idam says:

    radio ERA memang best.. No 1 dengan Aznil dan Din Beramboi. heheheheheeh

  25. troll says:

    gambar last skali yang bawah skali macam retard je

    – troll

  26. […] ini aku ingin meletakkan 4 patah perkataan yang mana korang turut tumpang […]

  27. Gladys Zogby says:

    Beautiful blog with nice informational content. This is a really interesting and informative post. Good job! keep it up, hope to read your other updates. Thanks for this nice sharing.

  28. I love when you talk about this type of stuff in your blog. Perhaps could you continue this?

  29. Seeing that i have been exploring temporarly for a pleasant study with reference to this one topic . Researching in Yahoo I lastly came across this web site. Reading these details I am relieved to convey that I get a good uncanny feeling I came across precisely what I needed. I most certainly will make sure to remember this web-site and check it out consistently.