Written by AbangNara | May 21st, 2013

Nampaknya kontroversi yang terjadi di antara Afiq Muiz dan ibunya mendapat perhatian banyak pihak. Bukan sahaja pembaca BeautifulNara yang memberikan ratusan komen, malah pelakon Nurul Wahab turut sama memberikan sedikit nasihat kepada Afiq Muiz menerusi laman blognya.

nurul wahab

Dengan tajuk entri “Si Tanggang Moden?! Hmm.. Entahlah..“, Abang Nara tertarik dengan tulisan Nurul Wahab yang nampak matang. Mungkin statusnya sebagai ibu membuatkan Nurul lebih memahami isi hati perasaan ibu Afiq Muiz. Antara kata-kata Nurul Wahab ialah:-

Sebagai anak, sekalipun ibu meminta wang berjuta sekalipun, jika kamu mampu, berikan sahaja kepadanya. Fikirkan bagaimana susahnya dia mencari wang menyara persekolahan kita dulu. Tak salahkan jika kita pulangkan semua segala jasa-jasa baik ibu? Aku faham, bila dah jadi artis ni, keluarga selalunya memandang kita sentiasa berwang. Adakala ianya merunsingkan. Aku dah melaluinya, aku tahu. Mungkin Afiq juga begitu sehingga dia naik rimas dan dengan tak sengajanya menjauhkan diri dari ibunya sehingga ibunya bersangka yang bukan-bukan. Ibu mana tak risau bila anaknya tidak menghubunginya.. Ibu mana pula tak sayangkan anaknya… Sebab itulah adanya risau serta bimbang di hatinya. Semuanya kerana kasih sayangnya… Tak wajar ditolak ibu sedemikian..

nurul wahab

Malah Nurul turut sama memberikan nasihat agar perkara yang berkaitan keluarga tidak dimasukkan ke dalam media. Selaku seorang senior, sudah tentu Nurul memahami impak negatif jika perkara ini tersebar menerusi media massa.

Untuk keduanya, nasihat aku, hal peribadi yang sebegini jangan dijadikan mainan media. Bagi kami yang dah lama di dalam industry, kami faham. Begitu juga dengan wartawan. Mereka faham akan sesuatu situasi yang berlaku, kerana mereka juga manusia. Tetapi ianya adalah tanggungjawab kerja mereka untuk mendapatkan berita serta semuanya di atas arahan orang atas atau bos mereka. Semua mereka perlukan bahan. Bila perkara begini berlaku, ianya amat pantas merebak. Itulah kuasanya media.

Ada benarnya kata Nurul Wahab ini. Semoga Afiq Muiz dapat membaca nasihat yang diberikan oleh seniornya ini. Ambil yang mana elok untuk dijadikan pedoman. Ingatlah walau sehebat mana pun anda, anda tetap seorang anak kepada ibu anda. Untuk membaca kata-kata nasihat Nurul Wahab sepenuhnya, sila ke laman blog Nurul Wahab.

P.S: Panduan tukar milik kenderaan melalui JPJ

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 responses to Nurul Wahab Turut Sama Beri Nasihat Kepada Afiq Muiz

  1. zidada says:

    Amik afiq… sume org2 seni dah tegur… still x sedar lg x tau laaa…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bagus teguran Nurul Wahab ni… inilah baru dikatakan artis senior yg berani menegur junior secara positif… yg baik tetap baik utk dilakukan, jika tak baik pandai2lah perbetulkan… tiada siapa yg sempurna hatta insan yg bergelar ibu pun… Tapi selagi bergelar anak, tggjwb anak itulah utk membantu ibu dan menghormatinya.. Tiada ibu yg mahukan anaknya susah, tapi ibu juga kdg2 tak mampu utk bersabar dgn karenah anak yg biadap dan bodoh.. Sebelum terlambat, baiklah si anak beralah dan mohon ampun dgn ibunya… BIla dah terlambat, tak guna kau nak merintih meraung atau menyesal

      0

      0
      • akusayangmakabah says:

        setuju dengan statement nih. serious harap Afiq sempat mintak maaf kat mak dia. Balasan menderhaka pd ibu nih sekejap je dapat. Semoga semua pihak dpt selesaikan dengan cara baik dan bukannya melalui media

        0

        0
      • Anonymous says:

        bt malu diri sendr je mamat ni,semua org perasan yg salah mmg ko,semua org perasan yg Eina tu bkn pompuan baik ko jer yg x sedar2 lg..

        0

        0
      • ehsehrehea says:

        si afiq tu.. belajo agama x abis sibuk nak jadi pelakon. Budak2 hingusan cm gitu lerrr… tambah2 si puteri ‘tapai kakai’ tu, mmg x berbudi bahasa.

        0

        0
    • Anonymous says:

      mmg nampak kurang cerdik melibatkan/berkongsi dgn pihak media dalam soal peribadi. tapi yg pihak yang memberi respon mcm afiq tu lagi sejuta kali tak cerdik. dan si gf nye sebagai orang luar lagi ntah berapi kali tak cerdik. kalau diorg diam ja mesti takde la nampak bodoh sangat. first rule, hormat orang tua. cover sikit kebodohan tu

      0

      0
      • zoda says:

        apa lagi david teo?? cepat buat filem berjudul ‘si tanggang moden dan puteri muka tapak kasut”

        0

        0
      • Anonymous says:

        komen2 yg ada satu dislike ni mesti Eina,x leh terima kenyataan…ptuihh!!

        0

        0
    • rafiza md mahfod says:

      Saya setuju sangat dengan apa yg di perkatakan oleh Nurul tu.. Si Afiq tu pun sudah2 lah tu dik.. mengalah lah..Banyak dh saya tengok hal2 yg melibatkan perselisihan faham antara ibu n anak dan kesan yg di terima oleh anak..sekarang Allah bayar cash je dh x payah nk tunggu akhirat..Yg gf dia tu x payah la nk sibuk2, blum ape2 dh cerita banyak..kita sepatutnya kenalah rendah diri pandai ambil hati orang tua..bukan mulut mcm longkang..Ko kena ingat sikit kalau xde mak dia yg lahirkan dia kt dunia ni xde la ko berboyfren kan si Afiq tu…

      0

      0
    • sayang ummi says:

      rasanya kalau tak ada batu api…afiq ni dh boleh berdamai dgn ummi dia dahh..tapi tu lah ada orang yg menghalang…afiq ni pulak lemah, ikut ja apa yg si batu api tu suruh…hmm entah lah…kita ni yg menengok berdoa sajalah agar afiq kembali pd ummi tersayang…

      0

      0
    • Nurul Wahab says:

      http://apps.gua.com.my/muzikmuzik28/ JANGAN LUPA VOTE LAGU NURUL FEAT.KOMRAD KAT MM28 OK SKRG BERADA DI TANGGA KE 10 VOTE 20X SEHARI TAU . .VOTE BANYAK2 GUNA SEMUA JENIS GAJET YANG ADA

      0

      0
    • Yatie says:

      mana p ZED ZAIDI??? x mo nasihat ke???

      0

      0
    • Selena Gemas says:

      SELAGI AFIQ BKAWAN NGAN EINA SELAGI TU LA DIA X KAN MENGALAH…KUAT BETUL PENGARUH PEREMPUAN TU N KONCO2NYA..

      0

      0
    • nura says:

      Afiq masih muda, masih mentah dalam banyak hal. Sebab dalam level usia begini, memang cepat nak cari kesalahan orang, sebab dirinya selalu dibelenggu dengan konflik hidup. Semua orang yang kian mendewasa akan menghadapi kemurungan emosi, dan ini akan hanya dapat diatasi, kalau sembahyang solat hajat kepada Tuhan, meminta petunjuk daripada Ilahi kepada jalan yang benar. Perlu juga pergi jumpa seorang counsellor atau psychatrist yang dapat membantu Afiq mencari kestabilan emosi. Insyallah Tuhan akan membuka hati Afiq untuk berbalik kepada kebenaran. Amin

      0

      0
  2. loveydovey says:

    Ya betul. setuju dengan kak nurul… biar ibu mintak sejuta pon, kalau mampu beri laa.. sejuta pon belum mampu balas segala jasa seorang ibu.. Syurga di telapak kaki ibu..

    0

    0
    • miss mong says:

      afiq..dgr la nasihat org lain yg lg byk pengalaman,byk ilmu..org nasihat tu utk kebaikan supaya ko tk tersasar lg jauh

      0

      0
  3. nana says:

    cayalah nurul…

    0

    0
  4. syamiiira says:

    afiq tu kne kejutan budaya..kwn ngn org berada trus lupa family….. pulanglah afiq oii….

    0

    0
  5. mak enon says:

    sbg sorang mnusia yg waras,afiq ada perasaan mrh thdp ibunya.dilema sorang ank hnya akn dfahami ble kta pnh rsa apa yg pnh drasaknnya.tp,sbg ank,afiq harus mngalah dgn org tua.mgalah slagi mmpu.n media bkn saluran tbaik utk bperang.
    aku pnh tgk afiq ni kt apa2 FBI.dia sgt humble n muka spt org bmslh.tk byk ckp sgt.
    dlm kes ni dua2 slh,.dua2 ada slp msing2.dua2 ada ego.yg plu dilakukn bkn media,tp bdoa pd allah.bdoa moga ibu n anak bbaik n trima hidayah.n sal awek ko tk pyh la keruhkan lg keadaan.bt semak jer.

    dr air muka afiq ni die mmg nmpk sorang ank yg baik.yg tk bek nye g aibkn mak die blk.well tu lah dunia, cari point utk backup diri sndri no matter what.
    aku pnh ada kwn yg didera scr mental oleh mak nya.bapak plak da mati.sampai mati bdendam.budak2 kalo dr kcik dh di torture mental gtu.besa pn ble die out of mind ape die heran mak ke sape..bmasalah….lg2 ble dah ada awek yg seolah2 konon2 phm ap yg die alami n jiwe die…..

    hope korang bbaiklah.stop lah guna media ni…perang 3 segi dh aku tgk…
    n eina azman…back off lah..yg kau nk semak sgt bt ape.takat kene kutuk muka kelepek pn da kecoh.ape susah.,.pkai jer tdung,da tk kelepek da~saman2 rugi duit jer.da mmg kelepek nk bt cmna.trima ja lah~adios..

    0

    0
  6. ms A says:

    memang betul pun,walaupun ibu jahat sekalipun janganlah kita turut menjahatinya… mungkin time ni Allah swt nak uji si afiq ni,mintak ampun mohon lah maaf ye

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Bagus Nurul Wahab berani beri teguran kpd anak derhaka tu

    0

    0
    • mak enon says:

      pndai btl sbut2 ank derhaka.kau dh check ke blum kau ank ape….
      itulah mnusia,lbh byk mnghukum dr mnegur.hmmm

      0

      0
      • Anonymous says:

        Mak Enon…

        Dlm qur’an pun dah sebut jgn sekali2 menyakiti hati kedua ibubapa walau dgn berkata “uhh!”..

        Kes Afiq ni bukan saja kata “uhh” atau “ehh”.. Ni siap hentam, sakiti hati dan aibkan ibu sendiri lagi… Tak derhaka ke namanya tu? Cerdik betul kau ni mak enon, tu pun takleh nak bezakan

        Sepatutnya sbg anak, Afiq kenalah beralah sbb mcm2 mana sekalipun perempuan yg dia aibkan dan sakiti hatinya itu adalah IBU KANDUNG dia…

        Aku nak tanya kau, antara ibu dan anak siapa yg lebih mulia kedudukannya di sisi Allah? siapa yg patut beralah dan siapa lebih byk berkorban?

        Apa perasaan kau kalau suatu hari nanti anak kandung kau buat kau mcm Afiq buat kat ibu dia ni? Kau seronok ke? Klu terkena kat kau, masa tu baru kau tahu anak kau tu nanti derhaka ke tak. Tak tahula kalau kau happy jika anak kau layan kau dgn buruk atau biadap

        Ingat, ibu juga manusia biasa yg kdg2 boleh terhambur dari mulut ya kata2 yg keras. Tapi jauh dari sudut hati seorg ibu, kasih pada anaknya tetap ada. Besar sgt ke jasa Afiq pd ibunya? Bgmn pulak dgn pengorbanan ibunya masa membesarkan Afiq?

        Masyarakat Malaysia boleh nilai dgn kes “anak-ibu-teman wanita” ni.. Apa pun aku tetap simpati pada si ibu… Semoga Allah rahmati si ibu yg terluka hatinya ini…

        0

        0
  8. Raja Siong says:

    seorang anak lelaki… wajib bertanggungjwab kepada ibu nya walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri. Itulah pintu syurga seorang anak lelaki. berlainan dengan seorang wanita, walaupun ibu masih lagi syurga baginya…wajib baginya dahulukan suami memandangkan itulah pintu syurganya… aku tak pandai mana..tp aku tak sebodoh lelaki ini yg menidakkan kewajiban seorang anak pada ibunya. Menangis lah mcm mana depan wartawan,… hakikat tak boleh diubah … henti2 lah air mata poyo ko tu… ko bagi 10 ribu sebulan pun..belum ckup membalas jasa2 ibu ko.. Igt satu je, duit tak mampu bayar segala penat, lelah dan tenaga seorang ibu utk seorang anak.. ckuplah ko bahagiakan ibu ko dgn balasan di atas jasa2nya..bukannya membuka aib nya.. celaka lah ko …afiq.

    0

    0
  9. Mirai Suenaga says:

    Dengar tu Adik Manis a.k.a Afiq Muiz.
    Best pula aku baca tulisan Nurul ni.

    0

    0
  10. mine says:

    Saya sayang ibu saya.nak ke syurga Allah bukan mudah untuk hamba Nya yg daif ini..pengajaran untuk semua dan diri ini khususnya.

    0

    0
  11. dato dicabul eina azman says:

    betol sesgt kot….die xfkr ke cm ne mak die lahirkan die tau…even ko bg duit berjuta2 pn xkn dapat bayar blk la pngorbanan sowg ibu kat anak nye…yg ko mnum ssu ibu ko 2 plak cm ne???lh ke ko bayar dol said!!!!

    0

    0
  12. BeritaKaki says:

    yg eina azman lagi lah tak cerdik .. org tak ambik SPM lagi .. nak buat macam mana

    0

    0
  13. wanee says:

    yg perempuan tu pun bukan sekaya mana pun…emak dia pun dulu2 artis suam2 kuku perasan org kaya..

    0

    0
  14. i luv u pani says:

    Afiq, u mengalah lah k. faham hati u sakit I pun kekadang mcm tu, tapi nak buat mcm mane pusing2 pun u tetap akan kena kembali pada ibu awak
    Klau ibu awak jahat, mase die lahir lg da campak you dari rumah flat, tapi you di jaga smpai lah apa yg you capai arini..so Afiq ,, selawat nabi banyak2 tenangkan ati jgn layan amarah..minta maaf dgn ibu awak tu adalah yg terbaik.

    0

    0
  15. sitisuria says:

    kes afiq ni same je mcm kes kakak aku…cuma bezanya kakak aku kena control duit dgn jantan tak guna tu..sampaikan kakak aku sanggup sisihkan ibu ayah kami semata2 sebab lelaki tu. dan aku amat faham sekali perasaan ibu sebab ibu aku turut rasai penderitaan bila hilangnya seorang anak semata2 sebab jantan tak guna tu. Smoga Allah bukakan pintu hati kakak aku utk kembali ke pangkuan keluarga, dan juga hati afiq muiz nie. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

    0

    0
  16. iris says:

    weiiii…aku baca kat mynewshub…si ayam penyek tu kata mak afiq kurang siuman… siap afiq setuju si ayam penyek tu saman mak dia…wooooooo…kurang ajar betul….nak kena sumpah kena langgar dgn lori atau kena panah petir 2 org tu…

    0

    0
  17. dudu dodo says:

    1st of all..padan muka mak dia yang menjaja maruah keluarga dan memusnahkan status die sebagai ibu n afiq sbgai anak. kalo mak dia guna pndekatan agama dari mula,sume ni takkan jadi. berbaliklah pada agama both untuk afiq n mak die.jauh da menyimpang dari syurga

    0

    0
    • Anonymous says:

      kita sebagai hamba Allah x boleh nak membezakan orang tu masuk syurga ke neraka..berdosa besar ckp cmtu.

      0

      0
      • ok says:

        Abes tu yg ramai2 dok pakat kata afiq derhaka masuk neraka tu sume ape? ak tak belah sp2 la..sm je slh. mn didikan agama mak die sdri sbgai mak?mn die didikan afiq sbgai anak? just sbb ank die artis die pegi canang satu mesia? betul ke cmtu?

        0

        0
    • zadibah says:

      dudu dodo.. ko ni dah tentu2 gak terpesong… buruk macam mana pun mak tu wat kat kita.. kita sbg anak kena gak taat setia hormat pengorbanan mak membesarkan kita.. Allah yang akan balas sume tuu bkn kita yg membalas… apa pun syurga tetap di bawah telapak kaki ibu…

      0

      0
        • zadibah says:

          “Ya, mungkin ibu bapa kita pernah melakukan kesilapan. Tapi janganlah kita menyalahkan atau membencinya kerana kesilapannya. Dia juga manusia biasa yang berhak menerima keampunan. Kita sebagai anak menjadi tanggungjawab untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Kerana seorang ayah dan ibu akan cuba sedaya upaya untuk menjadi Murabbi yang terbaik bagi diri anak-anaknya.” pada pandangan saya mungkin salah ibu bapa… tp kita sbg anak yg betul kita x boleh sesekali membenci mereka maka berdoa dan bertawakal kpd yg Esa krn Dia lebih mengetahui.. Bukan kita sbg anak menghukum mereka..

          0

          0
    • saya lalala.. says:

      mak si afiq tu bkn artis.. mgkn x berapa faham tntg media ni.. apa yg dia ckp ngn mksd tu mgkn beza.. (maklumla org tua fkrnnye semakin lemah) tp wartawan lagi pesongkn kenyataan dia memula dulu.. yg artis yg cerdik daa biase dgn soalan wartawan tu kenala bijak bcakap… bkn lg keluar kenyataan yg bodoh!!

      0

      0
  18. sitisuria says:

    Kisah afiq nie sebijik sama dgn kakak aku..cuma bezanya kakak aku dlm keadaan afiq.. sanggup sisihkan keluarga semata2 sebab jantan tak guna tu..smoga kakak aku dan afiq dapat kembali ke pangkuan keluarga.aku amat memahami perasaan seorang ibu sbb aku sgt rapat dgn ibu dan amat paham perasaan dia seolah2 kehilangan seorg anak yg disayang..

    0

    0
  19. saya lalala... says:

    rasenye kalau mak afiq ni mntk duit dia byk2 sekali pun ape sgtlaa mkck tu nk beli… plg tak pun dia simpan tuk sara hdp sket2 beli mknn minuman baju… tgk mkck ni pun bkn jenis bgaya sakan… mgkn mksd mak afiq ni bertanye pasal duit takut kalau anaknye boros.. yelaa mak nye tau hdp susah xde duit.. jd bile daa berduit mmg patutlaa berjimat cermat… tau anaknye boros mmg ptt laa mkck ni mntk/tanye duit anaknye.. tak miskin laa afiq kalau pun kau bg 3/4 dr duit kau pd ibu sndr…

    0

    0
  20. Anonymous says:

    biar la diorg dgn cara diorg. kite sibuk2 nak nasihat pon xguna kalau diorg xnak dgr walaupun sikit since diorg rasa ape diorg bt tu betol.. biarkan…. biarkan si luncai terjun dgn labu-labunya..

    setiap org ade pendapat masing2.. memang betol sape yg salah kite kena tegur, kena ingatkan tapi better xyah sebab kite tak tau cerita sebenar.. just doakan yg terbaik utk diorg..

    0

    0
  21. minah propa says:

    erm , nk tergelak minah dgr nasht nrul ni .. tp dia sndr ada kak x nk mgaku kak dia .. buang family sndr , lg la truk .. kesian dkt akak nurul ni . tau la dia x seberapa , x cntik skit dr nurl, biasa2 tp jgn la smpai x mgaku .. psl family x tau la plk . jgn sma dgn afiq sdh la ..

    0

    0
    • bedah says:

      minah propa…

      x kesah lah janji dia x jaja issue hal keluarga dia kat media… ko yg problem skrg nak bukak aib orang cite buruk keluarga orang… x de bukti jgn nak fitnah.. x pasal2 dpt dosa fitnah…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Mmg dasar propa ‘minah propa’ ni… Sekurang2nya Nurul tak derhaka pd mak dia mcm ‘Are-Pig’ ni….

        0

        0
  22. miss wat ever says:

    knapa masih tiada kesedaran.. nak tggu kena sambar petir ke? mak mintak det skit dah bising.. start mak ko pregnant ko dh mintak macam² dalam perut tuh… smp la dah berjaya…

    0

    0
  23. Anonymous says:

    sedih dan geram jgk la bila baca kat mynewshub tu….afiq, kalau lah ko blh rasa betapa perihnya sakit melahirkan seorang anak, aku x rasa ko tergamak layan mak ko camni. seburuk2 ibu bapa kita, sebagai anak kita x layak utk balas dengan keburukan.

    0

    0
  24. Burberry says:

    good job nurul…

    bila afiq bergaduh mcm ni, orang lain lagi menyampah dgn dia dan juga gf dia tu…

    0

    0
  25. Cik City says:

    Media jgn lah megapikan apikan sgt.. mungkin hal ini boleh di settle dgn cara baik. Semoga Allah memberi mereka petunjuk, aminnn

    0

    0
  26. Ostrich8Kaki says:

    exactly! semua pihak kena memainkan peranan dgn sebaik mungkin..bukan terlalak2 ke media..media mmg menunggu peluang..mereka pun nakkan bonus yg banyak kalau rating naik..tapi siapa yg dapat malu? kamu dan keluarga kamu laa..siapa bodoh? kamu dan keluarga kamu juga.

    aku rasa penggiat filem/drama kena ajar budak2 ni..jgn lagi ambil mereka berlakon..biar diorang rasa mcm mana susahnya takde job dan takde duit..supaya diorang muhasabah diri dan jaga mulut..masa susah sapa lagi nak bantu kalau bukan mak bapak dan keluarga..

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Salam semua.Saya hanya pembaca & penonton yang tidak arif akan kisah sebenar antar Ibu Afiq & Afiq. Saya hanya ingin mengemukakan sedikit pendapat bahwasannya seorang Ibu boleh juga membuat kesalahan seperti seorang anak. Menurut saya, walau seburuk apapun keadaan, seorang Ibu pantang mengeluarkan kata kata kutukan terhadap anak sendiri. Jangan sampai sebegitu apatah lagi membuka aib anak tersebut di khalayak ramai. Point saya adalah Kudrat Sebagai Ibu untuk selamanya adalah menyanyangi dan memaafkan bukan mengutuk darah daging sendiri. Apa-apapun memang kita kena dengar cerita sebenar dari dua belah pihak.

    0

    0
  28. huk oloh says:

    kalau aku mak afiq… aku sumpah afiq jadi flight boeing. ha pastu buka syarikat penerbangan tambang murah. lingkupkan airasia telan duit tu

    0

    0
  29. maRnia says:

    Kenapa Julizan Azlizan tak tegor anak saudara dia Eina tu agar jadi insan seni yang berhemah tinggi. Tak kan nak tengok Eina memalukan keluarga sendiri dengan perangai dia yang melampaui batas . Dah la tak hormat orang tua. Tak ada budi bahasa dan memalukan industri seni je. Nak jadi artis ni bukannya hanya harapkan pada rupa je. Bakat dan yang penting pandai jaga maruah diri. Baru la ramai peminat. Tak perlu susah payah cari publisiti murahan.

    Tengok Saheizy Sam… Lagi tinggi pencapaian , semakin hormat pada ibu dia. Siapa yang dia cari bila menang anugerah. Ibu dia kan…. Siapa yang dia berikan hadiah tu , ibu dia juga kan. Tak pun habis duit dia. Makin bertambah rezeki adalah.Semakin bertambah lagi peminat dia.

    Lisa Surihani… Sanggup buka joint account dengan mak dia walaupun dah kawin. Tak pun mak dia kikis sampai habis duit dalam akaun tu. Dia lebih percaya pada mak dia dari orang lain.

    Shila Hamzah… walaupun boy friend dia kutuk keluarga shila macam-macam, dia sanggup pertahankan keluarga dan dengar nasihat orang ramai. Sekarang semakin bertambah rezeki dia dan happy tanpa kongkongan boy friend yang kepala angin.

    So Afiq….Berbaloi ke pertahankan GF yang macam ni…..Esok-esok nanti bila dia dah bosan dengan Afiq, dan dah ada BF baru, Afiq dibuatnya macam sampah. Macam-macam dia akan tuduh Afiq seperti dia menuduh ibu Afiq dan mangsa yang lain. Masa tu baru Afiq sedar dia tu batu atau permata. Masa tu baru la Afiq akan menangis-nangis sekali lagi tapi kali ni sebab nak cari mak pulak minta maaf. Percaya la Afiq. seorang ibu tu akan tetap memaafkan dan menerima anaknya kembali seadanya walau seteruk mana sekali pun si anak buat pada ibunya. Nak menanggung Afiq semula pun dia sanggup tau.

    0

    0
  30. brother says:

    Seorang ibu/bapa TIDAK WAJAR mengungkit apa yang diamanahkan kepadanya. Anak adalah amanah Allah… Nafkah anak WAJIB disediakan oleh IBUBAPA. Jadi cakap2 mengatakan “anak wajib membalas jasa dan pengorbanan ibubapa kerana menyediakan nafkah” adalah tidak wajar sama sekali kerana sememangnya nafkah adalah tanggungjawab IBUBAPA. Ibubapa BERDOSA jika tidak menyediakan nafkah kepada anak2. Persoalan samada anak derhaka kepada ibubapa adalah “SOAL KEDUA”..

    KESIMPULAN:
    1- Ibu Afiq tiada hak mengungkit apa yang Allah amanahkan dia untuk dilaksanakan
    2- Afiq tidak sewajarnya memalukan ibunya. Ber”HIKMAHLAH” dalam menyelesaikan masalah.

    0

    0
  31. sayang mak says:

    anak lelaki besar tanggungjawab kat ibu bapa.Kalau dah kawen pun tetap ibu bapa jadi keutamaan.Syurga anak lelaki di tapak kaki ibu.Kalau hari ni hilang kekasih @ isteri, boleh dapat pengganti tapi kalau hilang mak yg kandungkan kita,tak kan ada pengganti dah.Jangan masa tu baru nak menangis menyesal,sementara ibu masih ada,bahagiakanlah dia…..Lelaki yg baik untuk perempuan yg baik,begitulah sebaliknya…Semoga Allah lembutkan hati Afiq.Kepada mak Afiq banyakkan berdoa pada Allah semoga dilembutkan hati Afiq.Hati manusia Allah yg pegang,Allah boleh membalikkan hati kita.Doa seorang ibu, In sya Allah…

    0

    0
  32. CJ7 says:

    Antara kekasih dan ibu bapa.. utamakanlah ibu bapa.. kekasih xkan mampu menjaga dan memahami kita seperti mana ibu bapa kita.. naluri seorang ibu sangatlah tepat..

    0

    0
  33. Anonymous says:

    Kita doakan Allah bagi petunjuk dan hidayah pada Afiq.
    Kepada media yang nak melariskan jualan tu janganlah ambil kesempatan..
    Nauzubillah.

    0

    0
  34. kAK bEDAh says:

    Tindakan orang yang kurang matang ….mengaibkan ibu sendiri…
    sedih sangat…kalau ko bijak dan waras…sure ko tahu mcm mana nak tackle hati ibu sendiri…

    0

    0
  35. TOK MUN says:

    lepas ni aku nak suh zizan, johan shuib, jepp bagi teguran kat munAFIQ ni…. Bengong sebengong-bengongnya…. simpan sikit bengong tu…..

    0

    0
  36. Anonymous says:

    bila dah cinta memang cakap apa pun tak jalan tunggu anak sendiri buat pada dia baru dia akan rasa peritnya

    0

    0
  37. konpius says:

    http://afiqmuiz.blogspot.com/ – cuba baca blog afiq, mcm bahagia je.. siap ckp mak dia plg cool di dunia.. kenapa dia berubah tiba2?? ishk2, maw x org ckp dia tanggang moden kan

    0

    0
  38. Anonymous says:

    sama2 la berdoa agar Allah lembutkan hati Eina Azman dan Afiq Muiz… amin.

    0

    0