Nur Ruhainies Tak Patah Semangat Digelar “Pelakon Kayu”

Hiburan

Nur Ruhainies Tak Patah Semangat Digelar “Pelakon Kayu”

Membintangi drama Hello. Mr Perfect, tidak dinafikan lakonan pelakon baru Nur Ruhainies memang agak kayu. Abang Nara ada menonton drama itu 2,3 episod. Terkejut juga melihat kekayuan lakonan Ruhainies. Iyerlah, kalau dapat pegang watak utama, sekurang-kurangnya kenalah pandai berlakon. Memang ramai yang mengkritik dan kecewa dengan mutu lakonan Ruhainies di dalam drama itu.

nur ruhainies

Advertisement

Namun selaku pelakon baru, kritikan-kritikan tersebut tidak mematahkan semangat Nur Ruhainies. Katanya:-

Saya tidak pernah mempunyai asas lakonan. Dengan pengalaman yang ditimba di lokasi penggambaran, saya berusaha memperbaiki kelemahan. Saya terima setiap komen dan mencabar diri untuk memperbaiki kelemahan. Mahu atau tidak, saya terpaksa menelannya meskipun kenyataan itu terlalu pahit untuk diterima.

Saya tidak tertekan kerana sudah bersedia dari awal, sebelum drama ini ditayangkan. Semua itu dilalui setiap pelakon baharu dan saya tidak perlu melatah. Meskipun dikritik, hati saya sedikit terubat apabila rating drama itu mencecah lebih 4 juta tontonan.

nur ruhainies

Dasyat juga sampai 4 juta orang menonton drama Hello. Mr Perfect nie. Abang Nara tengok 2,3 episod pun dah tak lalu dah nak tengok selepas tue. Apa pun, Abang Nara suka dengan semangat Nur Ruhainies yang mahu memperbaiki diri. Semoga selepas ini ada peningkatan dalam lakonannya. Kalau kayu jugak, tak tahulah nak kata apa. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...