Written by Bella | August 5th, 2015

Tidak dapat dinafikan pelakon Nur Fazura mempunyai karisma yang tersendiri dalam lakonan. Prestasi beliau boleh dikatakan cemerlang dan akhirnya segala kerja keras beliau membuahkan hasil apabila tercalon dalam dua kategori di Festival Filem Malaysia (FFM) ke 27 iaitu Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita terbaik bagi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia serta Kami Histeria.

Saya sangat terkejut dengan dua pencalonan ini. Saya rasa seperti bermimpi dan cuba untuk kembali sedar daripada lamunan. Syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih pada juri yang menghargai hasil kerja saya.

Fazura akan bersaing bersama pelakon Izara Aishah didalam kategori Pelakon Pembantu Wanita terbaik dan juga Maya Karin serta Lisa Surihani  untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Mengetahui Lisa serta Maya juga mempunyai kelebihan mereka sendiri, Fazura juga memberitahu Izara mampu memberi saingan yang kuat .

Pencalonan awal FFM 27 untuk Fazura ini telah menamatkan penantian beliau sendiri yang pernah memenangi kategori Pelakon Harapan Wanita pada FFM 17 lepas.

Adakah Fazura akan berjaya mengungguli trofi FM 27 atau tidak hanya akan terjawab 5 September depan ketika malam kemuncak berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sumber Berita: Berita Harian

14 responses to Nur Fazura Seakan Bermimpi Tercalon Dua Kategori Di FFM 27

  1. Miss Bunga says:

    tengok Fazura tercalon yg rambut pendek tue mne ?? sibuk buat statement dah sedia nak kahwin ? hahahahah !

    0

    0
    • Nola says:

      Shatilla melvin pulak dah kena reject dengan Sam, apa sumbangan dia terhadap industri?? menyemak di rumah mummy khaty je lah kan.. jadi bangkai kerja duk penuhkan tangki kumbahan taik rumah mummy khaty.. Haha

      0

      0
    • Anonymous says:

      adorable..

      0

      0
    • Bora says:

      Tercalon pun watak yang dia pegang pun bukan kuat,so-so sahaja,lainlah tadi kalau dia tercalon berdasarkan watak yang berat,heavy dan mencabar karakter dia sebagai pelakon.Setakat lakonan ala-ala romantik ni pelakon lain pun boleh bawa ehh.

      0

      0
      • jingle_jick says:

        yes btol tue…semua watak2 biasa je…tak nampak karisma sebagai pelakon terhebat…cube tgk anugerah oscar…sume watak2 hebat dan berat…tak main la watak jiwang2 karat nie

        0

        0
  2. Lovelyvic says:

    Always support Fazura…..
    Keep up your lovable attitude… love u faz..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tahniah buat fazura…i love you….muuuuuah!!!!

    0

    0
  4. fazzgebuss says:

    nara! bella ni budak2 lagi kape?buat ayat dah lah macam budak sekolah lagi, banyak typing error lagi..pantaulah sikit..da macam tgk blog budak2 aku tgk Nara punye blog bile bella yang update…huh!sedeyhhhh….

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Bukan TECALON. teRcalon. Sebelum publish tak check ejaan ke? BM masa SPM fail ke?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kalau aku Nara…awal awal aku dah pecat assistant yg selalu buat salah mcm ni. Bukan sekali dua dah kena tegur. Dah banyak kali. Buat malu blog Nara je walaupun bukan Nara yg buat silap.
      Ataupun Nara tak tahu assistant dia ni buat salah??? Tak supervise artikel yg assistant publish ke Nara?? Main terima pakai bulat bulat je?

      0

      0
    • Anonymous says:

      Woi…Admin ni tak gi sekolah ke? Tolong semak ejaan la wei

      0

      0
  6. unknown says:

    u r no where compared to them.. all da best

    0

    0
  7. pendekar mustar says:

    amat sesuai si fazura ni klu jd suri rumah tangga aku.harap2 dia sudi.

    0

    0
  8. zaza says:

    berita ni buatkan tila balik umah benamkan muka dlm lubang jmban

    0

    0