Written by Bella | February 3rd, 2017

Baru-baru ini , seorang DJ Amerika Syarikat, Randy Seidman mengakui pelakon Nur Fazura sebagai teman wanitanya didalam sebuah video eksperimen sosial di YouTube. Perkara itu aga hangat diperkatakan kerana beberapa tahun sebelumnya, Fazura pernah digosipkan bercinta dengan Randy.

Walaubagaimanapun, Fazura menerusi portal mStar Online menyifatkan gelaran “girlfriend” yang dikatakan oleh Randy bukanlah satu perkara pelik kerana ia adalah perkara biasa merujuk kepada kenalan wanita di Amerika Syarikat. Fazura menafikan Randy adalah kekasihnya.

Saya tak salahkan siapa yang buat pertikaikan sebab di sini (Malaysia) ia bukan sesuatu yang normal apabila seorang lelaki sebut ‘girlfriend’ bagi rakan wanita mereka. Tetapi di Amerika ia perkara biasa dan Randy saya sudah anggap sebagai rakan baik dan kami pun sudah berkawan sejak lima tahun lalu.

Pada masa yang sama, Fazura akui merasa terharu  dengan tindakan Randy yang mempertahankan agama Islam kerana umum mengetahui tidak ramai yang sanggup berbuat demikian.

Walaupun kami berlainan agama dan bangsa tetapi tindakannya itu adalah bukti sifat kemanusian melebihi segala-galanya. Randy mempertahankan Islam kerana isu agama memang sensitif di kalangan masyarakat Amerika dan saya bangga mempunyai rakan sepertinya.

Presiden Donald Trump baru-baru ini telah mengeluarkan perintah eksekutif melarang kemasukan pelarian dan pelawat dari tujuh buah negara Islam tetapi Malaysia tidak termasuk didalam senari berkenaan. Namun, tindakan Donald Trump mendapat tentangan ramai termasuk warga Amerika Syarikat sendiri.

Sumber Berita :mStar Online

[jetpack-related-posts]

13 responses to Nur Fazura Nafi Randy Seidman Sebagai Kekasihnya

  1. Anonymous says:

    cantiknyer fazura…….semoga dapat jodoh yg baik cepat

    8

    1
  2. Pekerja Gomen says:

    I want to be his boyfriend too…
    (ada pulak acik meroyan kata aku gay kang)
    Untung Faz ada kawan mcm Randy…

    4

    0
  3. Anonymous says:

    Bagus Fazura , jangan war war kan siapa boyfriend you … nanti mulut2 puaka kat sini akan ambik kesempatan….

    7

    0
  4. melati says:

    Susah sgt ko Kawin lah dgn Raja Afiq ..!! (Kerabat gak).. anak “Raja ” tu Fazura ..!! hihi

    1

    2
  5. anggun yg x anggun says:

    watever lah…

    1

    0
  6. Poppy says:

    Cantik Fazura ni..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    agaknye Fazura tak leh recover from episode cinta dia dgn tmj.
    after getting the best of everything…yg lain selepas tu nampak tak menarik pada Fazura mungkin.
    Sam pun dah nak jadi bapa.
    Saya doakan yang Fazura akan dapat jodoh yang baik2 Insyallah.

    1

    0
  8. sa says:

    aik betul ker? waktu celebrate birthday party 30 tahun tu bukan Randy dapat hadiah

    1

    0
  9. samarah says:

    betul kah? tapi waktu Fazura sambut birthday 30 tahun, Randy dapat hadiah dari Fazura

    0

    0
  10. . says:

    Kecoh!kecik hal je.

    0

    0

Leave a Comment

Optional