Written by Bella | August 19th, 2016

Beberapa hari lepas, Fasha Sandha ada memuat naik foto “selfie” bersama pelakon Nur Fazura. Ketika itu mereka sama-sama menghadiri acara KL Fashion Week 2016 di Pavillion.

Foto berkenaan mengundang pelbagai reaksi dan ada pihak mempertikaikan hubungan mereka berdua dan kembali membicarakan cerita lama yang kononnya Fazura dan Fasha sebenarnya bersengketa dan tidak boleh bertemu  langsung.

Ramai sebenarnya yang agak terkejut melihat kemesraan mereka berdua didalam foto berkenaan ekoran gosip permusuhan itu.

Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Fazura menerusi portal BH ONLINE menjelaskan beliau dan Fasha tidak pernah bermusuh dan meminta agar hubungan baik mereka itu tidak dipertikaikan.

Saya dan Fasha sudah lama berkawan dan cerita kami bergaduh yang diungkit itu pun saya sudah dengar sejak berbelas tahun dulu. Kami tidak pernah ada masalah dan kerap juga keluar bersama-sama.

Dia banyak menyokong saya dan baru-baru ini, dia turut membeli koleksi baju raya saya. Fasha juga akan hadir pada majlis pertunjukan fesyen saya nanti dengan menggayakan rekaan House Of Doll.

Malah, perkara itu juga diakui oleh Fasha yang sudah 12 tahun berkawan baik dengan Fazura sejak dari zaman mereka aktif dalam bidang peragaan lagi.

Saya kenal Fazura lebih 12 tahun, iaitu sejak zaman peragaan lagi. Sekarang kami sama-sama dalam industri dan sering berkongsi pandangan sebagai sahabat di dalam bidang yang kami ceburi ini. Apa yang orang cakap mengenai kami memang tak pernah berlaku sebenarnya.

Fazura dan Fasha, kedua-duanya mempunyai rupa paras yang cantik bukan? Teringin juga untuk melihat mereka berdua ini berlakon bersama.

Sumber Berita : BH ONLINE

27 responses to Nur Fazura Nafi Bermusuh Dengan Fasha Sandha

  1. Anonymous says:

    Apa la org berbaik pun pertikai… lg mau cerita2 yg pernah bmusuh bgai.. klu ia pun pnh bermusuh gado bgai pun xyah la ckp2 blk.. rasenya ada gamba dorg bsama masa anzalna kawin dulu.. gado pun org heran.. baik pun org pertikai.. cam xde cite lain.. x pnh tgk org gado pastu baik2 semula ke?? Haiyaaa

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    dua2 muka dah lebih kurang sama…

    bagus la kalau org berbaik2,dyorg semua dah move on…x payah la wartawan/blogger nak kecoh kan lagi…x baik melagakan org

    0

    0
  3. Anonymous says:

    kenapa diorang bergaduh dulu?ada org tau kenapa?

    0

    0
  4. Anonymous says:

    dulu kan dorang berebut TMJ…memasing perasan nk jadi QUEEN konon….

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Diaorang yg sibuk berebutkan TMJ, last last TMJ ambik CP Khaleda jadi isteri. Muka CP pun ada iras iras Fazura & Fasha ni a.k.a mixed dua org ni sekali. Melepaslah diaorang ni nak duduk dlm istana,

    0

    0
  6. anotymous says:

    lantak la nak bergaduh ke nak bermadu ke.

    0

    0
  7. my2cent says:

    dua dua sama cantik sama tabah. teruskan perjuangan dengan tenang :)

    0

    0
  8. Hihi says:

    Guess what..
    Fans norajendul yg api2 kan dorang
    Haha

    0

    0
  9. doh says:

    dua orang artis ni bila nak tutup aurat ?
    mcm xde perubahan langsung dari sejak masuk industri ni. sorg dah kertu dulu lagak mcm Princess yg x jadi… sorg lagi body dah out anak dah 2 tapi perasan young hip urban.
    please lah do something yg naik kan taraf up all sebagai artis yg masyarakat boleh sanjung. asik2 gambar selfie poyo…

    0

    0
  10. Kelly says:

    DOH ko ni mesti c norajendol kn menyamar.. nmpk sgt dengki kat fasha dan fazura.. kentot

    0

    0
  11. doh says:

    anyway tmj definitely chose the perfect bride.. super gorgeous and natural.
    yang penting tak fake mcm KimK sorg tu

    1

    0
    • Anonymous says:

      ko dengki apsal Doh…
      u know nothing bout faz..don ever condemn her.
      I hope u r not as bodoh as ur name :Doh:

      0

      0
  12. ainon says:

    xpasal2 nora yg kene..apelah.dapat pahala percuma jek nora danish.

    0

    0
  13. Zul says:

    Cendawan dalam tin sedap tak

    0

    0
  14. X says:

    Laga2kan org pastu dapat duit sara anak bini.bermewah2 bahgia dgn hidup begitu.

    0

    0
  15. semek_bunga says:

    Cendawan dlm tin ok je..buat spagheti bolognese guna cendawan dlm tin la..klu guna cendawan tiram cepat hancur.klu guna cendawan dlm tin sedap sb dia kenyal..wak gravy utk cikencop mmg mabeles!!!

    0

    0
  16. pemerati blog picisan says:

    cantik 80an kuza vs maria farida, cantik 90an fasha vs fazura cantik last sekali pilihan blogger 2016 nekta n nekta lulz…no talent n mona fandey look acah2 princess walaupun umo tua bangka..kih3..rindu industri hiburan sebelum ni,beauty and talent n xder blogger bodoh up instagram org punya personal life …

    0

    0