Written by AbangNara | October 23rd, 2015

Facing Up To Fazura (FUTF) musim pertama sememangnya cukup menghiburkan dan mendedahkan banyak rahsia pelakon jelita, Nur Fazura. Antara yang menjadi topik hangat ialah pembongkaran percintaan Fazura dengan Shaheizy Sam dan juga hubungannya dengan Sara Ali menerusi program tersebut. Abang Nara merupakan salah seorang daripada jutaan penonton program FUTF dan kerana sambutan yang amat hangat, musim kedua FUTF bakal ditayangkan tidak lama lagi.

facing up to fazura

Apa yang menarik tentang FUTF bagi Abang Nara ialah keterbukaan Fazura untuk berkongsi detik-detik indah, sedih, gembira dan duka di dalam hidupnya tanpa berselindung. Abang Nara yakin musim kedua FUTF ini lebih menarik dan kita dapat mengenali Fazura dengan lebih dekat lagi. Kata Fazura:-

Saya nak tunjukkan inilah diri saya, tak perlu peminat nak baca blog atau gosip dan sebagainya untuk tahu semuanya tentang diri saya. Kalau nak nilai saya, nilai menerusi apa yang mereka tonton dalam program ini dan seperkara yang lucu apabila buat program realiti ini, kadang-kadang saya terlupa yang kamera sedang rakam apa saja yang saya buat.

Musim kedua ini, saya banyak menangis. Sebenarnya, saya tak suka menangis sebab tak mahu orang tengok saya ini lemah tetapi saya lupa yang saya juga manusia biasa. Misalnya kalau bercakap berkaitan binatang atau bercerita mengenai bertapa bersyukurnya saya dengan apa yang saya sudah capai dalam hidup saya sehingga saat ini, saya tak dapat tahan air mata saya.

Kali ini juga saya ambil peluang untuk jelaskan isu-isu panas yang mengaitkan diri saya seperti isu saya pegang anjing dan tentang isu KLFW. Kadang-kadang saya rasa penting untuk orang tahu kenapa saya buat sesuatu itu dan saya pertahankan apa yang saya buat atau nak perkatakan.

Tak dinafikan ruang media sosial kini juga menjadi platform kita berkongsi dan peminat boleh tahu boleh apa saja. Bagi saya media sosial ini sebenarnya tanpa kita sedar ia adalah perangkap yang mana jika kita tidak bijak mengendalikannya, ia akan memberi kesan negatif pada kita sendiri.

fazura

Tidak sabar rasanya mahu menonton musim kedua Facing Up To Fazura yang bakal bermula 1 November ini di saluran E!. Pasti lebih banyak perkara menarik yang bakal dipertontonkan. Abang Nara yakin para peminat Fazura juga sedang berada dalam keadaan teruja. Sama-sama kita nantikan episod pertama daripada 6 episod FUTF Ahad minggu hadapan. Selamat menonton.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 responses to Nur Fazura Banyak Menangis Dalam Musim Kedua Facing Up To Fazura

  1. nnn says:

    Well,such a bad news bila aku tau cerita ni ada season 2.the worst reality tv ever.tak mendatangkan any lesson lansung.hermm.

    0

    0
    • Cherry says:

      Lol what do you expect? Its a reality tv show! Belajar apa apa ke dari tengok keeping up w the kardashian?

      0

      0
    • azreen says:

      Tengok ker?

      0

      0
      • Anonymous says:

        layan gegarvaganza…

        0

        0
        • Anonymous says:

          tengok waktu ulangan jew. xde masa nk tunggu depan tv. kalu tengok pun waktu hari2 ranc’gan lain x best jew.

          0

          0
      • Anonymous says:

        realiti ketahian malas nk layan.

        0

        0
        • sekadar tumpang lalu says:

          tahukah anda???

          bilamana seorang ayah/ibu anda telah meninggal dunia, doa2 anak2 yg soleh! saja yg dpt membawa mereka ke syurga. doa2 anak2 perempuan buat ayah. doa2 anak2 lelaki..untuk ibu.

          itu saja saya nk pesan. amin.

          0

          0
    • Pekerja Gomen says:

      Bad news for you might be a good news for others.
      Lagipun kalau rating penonton sepoi2 je…. dia takkan buat part 2.
      Maksudnya… dia masih ada kelompok peminat yang besar…
      atau barangkali…. haters yang dengki dan nak tgk apa yg tak kena dalam program ni untuk dibesar2kan.. tak kisah la… still meramaikan penonton program tu.

      0

      0
      • Wateva says:

        Bole la nak layan tgk fazura ni dari tengok sinetron indon atau drama pilipin atau telenovela argentina tu.

        0

        0
    • Mama says:

      harus tengok ni.
      tengok mcm mana manusia2 yg masih dlm dunia yg penuh lalai membuat dosa yg masih betelanjang tunjuk aurat terang2.
      huhuhu…masya allah.

      0

      0
    • Rosmah Mansur Kuat Inzal says:

      dlu aku x minat pmpuan ni…pas tu tetiba minat pula dia… pas tu bbrp bulan lepas aku nmpk video kat youtube pasal “Cabaran 60 Saat” masa tu dengan Lisa surihani….ya ampunnnnn…. punya la bodoh fazura masa tu…. skrg ni aku dah x suka dia balik sbb kebengongan dia tu….

      0

      0
      • kwn baik kak mah says:

        Hahahhaha samalah kita!!!!! I fans dia dulu tapi since i nampak fazura keluar dari suatu tempat dgn ehem2 terus i percaya patutla gelaran dia bitch oleh org2 yg lebih kenal dia + fazura nih kureng bijak pun.. lagilah masa jadi gundik kerabat besar dulu..terserlah kebodohan n kesundalannya.. sekarang belajar survive sebab servis dia tidak di perlukan lagikkk!

        0

        0
      • babacak says:

        Ahaaahaaa. Bukan dia sorang aje yang bodoh-bodoh alang cam gitu. Artis lain pun sama. Lulusan luar negara tapi hampeh. Makna DUKE pun tak tau. Hal ehwal semasa zero.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    byk nangis?
    lagi la x mau tengok. penat lahhh.

    0

    0
  3. mok cun says:

    sukati kita nak tgk rancangan apa…da nama pun ada tv…kalau rasa satu2 rancangan tu membuang masa utk tgk so jangan tgk..tak ada sape paksa pun…adoiii itu pun nak jadikan isu nak kecoh..
    kadang kita ni layan satu2 rancangan tu sebab saja nak release stress or apa2 yang serabut kat otak…just layan…or pada aku better layan rancangan camni tak sakit ati daripada tgk berita..huh! paham2 sendiri lah

    0

    0
  4. mimi says:

    Saya suka gak ni… but Faz…be strong n b happy je …u ada sume ..yg org lain xleh kecapi… sy sokong je Faz berjaya… sy doakan diprmudahkan jodoh Faz…
    Muahh!!!!

    0

    0
  5. ayie says:

    dah kena reject sama tmj…jual lah muka sememeh tu balik. huhuhuk

    0

    0
  6. Anonymous says:

    rancangan…bodoh utk IQ selevel…kerbau!

    0

    0
  7. Diva says:

    wow! bila haters komen…..very pathetic nya condemn…..hak dia, lantak la. ish ish…komen ke laut banyak tui. positif la. sikit slack je condemn..mcm ni manusia nk maju? grown up la! x suka, jgn layan…suka…layan. habis cerita!

    0

    0
  8. Anonymous says:

    innalillah…. :(

    0

    0
  9. Peah says:

    sesungguhnya manusia itu berada dlm kerugian.

    k bai.

    0

    0
  10. subhanallah says:

    musim terbaru kemenangan utk .. syaiton yg direjam!

    0

    0
  11. Hmnnnnn says:

    menangis bapak dia dlm kubur..
    anak perempuan masih terkinja-kinja.

    0

    0
  12. Lara says:

    Meremang bulu roma baca komen para2 ustaj dan ustajah di sini, saya tersilap masuk blog ker? Hebak stajah2 la ni layan gosip blog manjang, motip nak maki orang semata.

    0

    0
  13. Jiji says:

    Nak tanya nape nak buat crite pasal dia ek…takde ape ape yg menariks lain la kalau dia princess diana ke ape…baik buat cite pasal isteri tmj ke isteri raja nazrin ke… Ade pekdah skit..kut… Pwincess

    0

    0
  14. ariefsempoi11 says:

    Kalau korg nak tahu fazura ni sekolah tak hanis. Sampai tingkatan3 tak silap aku. Tapi die ni memang pandai english.. Dulu waktu kat sekolah die ni paling fashionable. Aku ni org pekan pahang so aku tahu tentang family die. Aku bukan sebaya die tapini cerita dari budak2 kelas die. Thats why dlm rancangan hlive yg soalan budak 6tahun boleh jawap. dia tak boleh jawap.

    0

    0
  15. Mimi says:

    i tak tengok the show but she’s such a beauty, though :)
    Lucky for her

    0

    0
  16. nobita says:

    ada orang tengok ke?? Macam mana bleh sambung musim kedua??

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Dlu die ni pgacara kat tv2 xsilap. Brapa puluh thun lps. Rancgn Baki fazura.com ke ap ntah. Baki tu yg da jd dj dkt suriafm ngn adibah nor pepagi. Tme tu minat die la jgk…stat mula xminat bila kes gadoh die dkt klab psal brebut laki..kes tumit tggi. Since tu reputasi die mrundum jtuh..

    0

    0
  18. anon says:

    pernah tertengok satu episod..
    masa tu fazura mention dia pnah ada someone special muka ala2 ryan gosling.
    tapi dia tak mention siapa, and they broke up because that guy pregnantkan perempuan lain..mygod adakah ryan gosling itu=tmj?………muka sama huhu

    0

    0