Written by Bella | November 26th, 2015

Baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata perempuan pada 19 November lepas, arid Kamil dan Diana Danielle memilih nama Nur Aurora buat anak kedua mereka itu.

Jelas Farid Kamil, Nur Aurora bermaksud cahaya fajar dan ia bersesuaian dengan waktu anaknya itu di lahirkan ketika jam 4.05 pagi.

Kami sama-sama pilih nama dengan mencari maksud yang sesuai. Memandangkan bayi dilahirkan pada waktu subuh, jadi kami memilih nama Nur Aurora yang bermaksud cahaya fajar sesuai dengan waktu yang dilahirkan. Sememangnya saya bersyukur dengan kehadiran Aurora dan kami perlu sama-sama menguruskannya dan menjadi satu benda yang cukup menarik.

Diana mula rasa sakit sebetulnya pada pukul 3 pagi dan alhamdulillah pada pukul 4.05 pagi dia selamat melahirkannya. Semuanya berlaku secara pantas sehingga tidak sempat melakukan persediaan dan boleh dikatakan lebih ‘tough’, tambahan Muhammad kini semakin membesar.

Farid juga memberitahu beliau akan menjaga Diana sepanjang tempoh isterinya itu berpantang di Kuala Lumpur. Mengakui mempunyai pembantu rumah, Farid bagaimanapun lebih senang untuk menjaga anaknya sendiri.

Kami ada pembantu rumah tetapi untuk mengasuh anak itu kami tidak percaya dengan orang lain. Jadi kami membuat keputusan untuk tidak mengambil pengasuh kerana mahu melihat anak itu membesar di hadapan mata sendiri. Tambahan kini semakin banyak kes yang terjadi.

Sedar betapa peminat ingin sekali melihat wajah bayi terbaru mereka, Farid berkata beliau akan berkongsi foto puterinya itu apabila tiba waktunya nanti.

Sumber Berita: Media Hiburan

22 responses to Nur Aurora Nama Anak Kedua Farid Kamil Dan Diana Danielle

  1. Insan Biasa says:

    Aurora oh Aurora
    Penting kah kamu itu
    Kenapa aku terpegun

    Aurora oh Aurora
    Terlalu disanjungi
    Telah di tanya mengapa

    Kutatap berseri berwarna hijau
    Yang menawan sanubari

    Walaupun jauh
    Kamu dekat di hati
    Pandang ku menanti mu
    Aurora kamu memberi, kembali mencari

    Aurora oh Aurora
    Dari manakah kamu
    Kekal kamu sungguh jauh

    Aurora oh Aurora
    Tidak ada bunyimu
    Sanggup aku tetap menunggu

    Terdiam kerana berwarna ungu
    Kuputuskan biar bisu

    Walaupun jauh
    Kamu dekat di hati
    Pandang ku menanti mu
    Aurora kamu memberi, kembali mencari

    0

    0
    • Anonymous says:

      bla bla bla.
      Program realiti Emma Maembong bersiri The House di Astro…sampah!

      0

      0
      • Orang Cerdik says:

        Oh Aurora

        Air hujan turun deras menghantam sang bumi
        Air mata menetes dengan derasnya di pipi bangla
        Saat teringat tentang bisjut & royi aku pilu

        Oh Aurora
        Kenapa dengan diriku ini
        Padahal kau telah pergi membeli bisjut & royi
        Tapi kenapa aku masih mencintai
        Dan kenapa aku masih mengharapkanmu untuk kembali
        membeli bisjut & royi

        Oh Aurora

        Kenapa dengan hatiku ini
        Meskipun aku sudah berusaha membeli bisjut & royi
        Tapi masih saja aku tak sanggup relakan bisjut untuk orang lain
        Egoiskah aku ,,, bila aku enggan berkongsi
        bisjut & royi bersama jejaka bangla?

        0

        0
  2. nok gebuzzz says:

    tahniah….sedap nama,semoga aurora menjadi anak yg solehah

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Teringat princess Aurora dalam cerita Sleeping Beauty. Semoga membesar dengan sihat dan gembira.

      0

      0
  3. OBSERVER says:

    Aurora…??? Mcm dalam cerita maleficent ke?

    0

    0
    • ???? says:

      Makin banyak plak iklan kat BN nih,,, menyampah! btw, congrats!!! Sedap nama Nur Aurora,,, mcm nama ank sdara aq ‘Putrie Aurora Ellyna’

      0

      0
  4. Anonymous says:

    semoga anak ini dapat jumpa nenek sebelah ibunya…. arora? hilang matahari hilang lah ia….. matahari terlalu terik pun dia hilang… tak berbaloi nama ini

    0

    0
    • Anonymous says:

      Tak baik la cakap berbaloi ke tak. Aparaaaaa.
      Kalau nak pandang negatif semua nama ko boleh negatifkan.
      Nama Salsabila yg maksudnya sungai susu dlm syurga pun kalau ko nak negatifkan boleh jadi negatif woii. Contohla..contoh. Sungai susu tu ko masukkan coklat. Jadi susu coklat.
      Takkan ko nak pikir gitu kan.

      Cuba husnuzan sikit.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Anon 10:35am

      Try sebut nama kau kat sini? Meh aku tunjukkan macam mana nama kau sendiri boleh dijadikan negatif kalau berfikir menggunakan hati yang busuk macam kau

      0

      0
    • Anonymous says:

      ape punye pemikiran la kau ni…name tu bagus.. yg penting xde maksud yg jelek..perangai kau ni yg jelek..agaknye mak kau letak name ape kat kau ek sampai peragai kau jelek mcm ni..

      0

      0
  5. Seri says:

    tahniah diana ,bertuah dapat sepasang..
    aku masih menunggu..
    doakan saya :)

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Menurut mitologi Yunani kuno, Aurora adalah dewi fajar. Aurora adalah ibu dari Memnon, Raja Aethiopia, pasukan Afrika yang datang ke bantuan Trojans di Troy.She juga dikenal sebagai EOS. pandai cari nama dewi2 gitu……

    0

    0
  7. Mak Jemah says:

    alololo ensemnya muhammad!!! sebijik muka diana…congrats! :D

    0

    0
  8. Anonymous says:

    hahahahahahahahahahahahahaha

    aurora sangattttt

    0

    0
  9. Mat K says:

    Semoga anak itu diberkati dari dunia hingga ke akhirat. :)

    0

    0
  10. zul zulina says:

    nama anak kedua sebut plk..nama muhammad di rahsiakan plk..nmpk sgttttt

    0

    0
  11. melati says:

    Sedap namer tu….

    0

    0
  12. nina says:

    xde apew yg blh d komen utk laki-bini ini

    0

    0
  13. Biar apapun sejarah muhammad
    Yg bersalah bukan anak comel tu
    Semoga muhammad mnjadi sebaik baik insan nnti

    0

    0