Written by AbangNara | August 4th, 2012

Selepas hampir 3 tahun berdiam diri tentang statusnya, baru-baru ini Noryn Aziz telah membuat pengakuan yang dia sudah pun berkahwin dengan Raja Bahrin. Menurut Noryn, majlis perkahwinan telah pun diadakan di satu majlis tertutup di Kuala Terengganu pada 22 Januari 2010.

noryn aziz

Selama ini Noryn merahsiakan perkara ini kerana menghormati keluarga suaminya. Kata Noryn kepada wartawan Utusan:-

Untuk dua tahun pertama, banyak perkara yang harus diambil kira dan banyak hati yang perlu dijaga. Saya tidak mahu lagi cerita peribadi diperbesar-besarkan dan dihebohkan. Lagipun perkahwinan kami bukan satu rahsia malah ramai juga yang sudah tahu. Cuma, saya sahaja yang tidak mahu menghebohkan walaupun ia wajar dikongsi bersama. Hanya tahun ini, kami mula terbuka untuk berbicara tentang perihal ini dan ada beberapa majlis yang saya hadir bersama-sama suami. Saya kini lebih selesa dengan kehidupan baru ini. Malah, kami juga terus berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri tetapi belum ada rezeki

noryn aziz

Abang Nara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Noryn Aziz atas perkahwinannya. Semoga bahtera rumah tangganya dapat dilayari dengan sempurna. Dan moga dimurahkan rezeki untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Amin ~~

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

55 responses to Noryn Aziz Kini Selesa Dengan Status Isteri Kepada Raja Bahrin

  1. xeph says:

    Syukurr. Janji kau dah sah nikah.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 32 Thumb down 0
  2. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 71
  3. mixgirl says:

    xpelah janji korang dh kawen…

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  4. Mak Temah Gosip says:

    Alhamdulillah dah tegak berdiri satu lagi masjid. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia, insyaAllah dengan keberkatan bulan Ramadhan. Kepada yang lahir pada zaman KPOP, Raja Bahrin ni merupakan seorang arkitek Malaysia, pernah menggemparkan negara sekitar 90an dengan kisah penceraian beliau bersama bekas isteri warga Australia dan bekas isterinya itu telah melarikan anak-anak mereka untuk tinggal bersamanya di sana. Raja Bahrin telah mengambil pendekatan dengan cuba memasuki Australia menaiki bot untuk membawa kembali anak anaknya ke Malaysia supaya dapat dididik di sini. Kisah hebat seorang bapa yang berinspirasi.

    Alhamdulillah hari ini Mak Temah boleh komen benda lain, selain daripada gosip artis.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 86 Thumb down 1
  5. […] Selepas hampir 3 tahun berdiam diri tentang statusnya, baru-baru ini Noryn Aziz telah membuat pengakuan yang dia sudah pun berkahwin dengan Raja Bahrin. Menurut Noryn, majlis perkahwinan telah pun diadakan di satu majlis tertutup di Kuala Terengganu pada 22 Januari … Continue reading → […]

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  6. puteri says:

    dulu Noryn Aziz popular tahun 90an…
    dia budak lagi…
    Fantasi O’ Realiti…

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  7. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 20
  8. Anonymous says:

    knp baru skrg nk hebohkan? adakah raja bahrin dah bercerai dgn isteri pertama? utk info raja bahrin nie yg melarikan 2 anak dia naik bot sebab nak selamatkan akiqah mereka selepas bercerai dgn isteri pertama org putih. lepas tu kawin dgn org melayu. kira noreen nie isteri kedua. waktu anak raja bahrin kawin, isteri pertama (melayu) ada kat majlis . dlm 2bulan lepas anak dia kawin. skrg apa status noreen isteri pertama atau kedua?

    Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 1
    • Anonymous says:

      akiqah??

      Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
    • akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah akiqah

      Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
    • intan says:

      isteri kedua kot…. sebab dia kata byk hati yg nak kena jaga

      Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  9. apa2 je la says:

    kalo ikut logik akal aku nie…si noreen nie isteri kedua…tu sebab dia ambik ms 3 thn br umumkan…kalo tak slh aku lar dl aku penah dgr cite yg kuarga raja bahrin nie tak suka kat bini australia dia dl…tu yg dia org paksa rb nikah gan org melayu…tu yg bini australia majuk n tekad bwk lari anak2(tak tau btl ke tidak coz aku pun ms tu sek menengah)…nie apa yg mak bapak aku cite dl lar…tak tau la btl ke tidak…tp mmg kes rb nie heboh dl coz dia bt mcm2 cr nak ambik anak dia blk…kiranye sape2 dpt jd bini rb nie insyaallah la rb blh bimbing…pd pandangan aku lar…

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  10. nicky says:

    noryn ni sayang lah..rambut dah tertutup elok leher je yg susah sikit..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 8 Thumb down 2
  11. hamba Allah yang kerdil says:

    Assalamualaikum.

    Buat yang keliru, setelah bercerai dengan Jacqueline Pascarl, Raja Bahrin telah berkahwin kali kedua dengan orang melayu , dan dikurniakan beberapa cahaya mata. Kemudian, barulah beliau berkahwin dengan Noryn Aziz pada tahun 2010.

    Maka, status Noryn Aziz adalah isteri kedua Raja Bahrin.

    Yup, few months ago, bulan March (kalau tak silap), anak Raja Bahrin, Raja Badruddin telah melangsungkan perkahwinan.

    -hamba Allah yang satu sekolah dengan anak beliau-

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 0
  12. tuk tuk says:

    klau namanya artis mesti nak kawin dgn org yg berkedudukan .. x kira ler bini no 2 ker …apa pon semuga bahagia ..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
    • Anonymous says:

      itu le… jarangnye nak kawin laki biasa2… padahal byk nye lagi laki yg single and sebaya…
      alah bkn kata artis.. perempuan biasa pun sama… laki org gak nye yg dia mahu,,,

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
      • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

        maybe kalau kawin ngan laki orang ni performance dia bagos tu pasal banyak yg nk kawin ngan laki orang tol tk….

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  13. honeywellz says:

    Abang nara betul ke dgn cerita Abby Abadi dah kawin dgn YB mohd Zaki Ibrahim…tunjuk lah gambar2 nikah dia org. Pasal Noryn ni tak kenal and tak minat.

    Hot debate. What do you think? Thumb up 2 Thumb down 11
  14. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    eh bukan ke raja bahrin ni laki nye ELMI SALEH kn ? sori kalau minah jambu tersalah laki…sepasang mate hati tu kn<

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      elmi saleh yg menyanyikn lagu lama > sepasang mate hati tu kn <

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  15. aitor says:

    semoga berbahagia la hendaknya….

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  16. mankstar says:

    bertuahnya beliau. apasal la kasi diam2 je.
    diam mcm mana pun tetap akn ketahuan gak.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. ctmas says:

    Salam,
    Alamdulillah ..sudah berjodoh..mengikut sunnah nabi.
    Semoga berbahagia hendaknya.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  18. waniee says:

    Raja ni mmg suka kawen dgn artis, wife no 2 penyanyi dari Spore Elmi Salleh adik Datuk Johari Salleh, lepas ni dah jemu boleh cari artis yg nak org tua berwang..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  19. julia says:

    Belakang raja bahrin tu gelas air apa ek..nampak mcm air sarsi..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  20. suke says:

    noryn tu dh bertudung litup., tp nara ni tak up to date.. Suka letak gmbr lama yg tak tutup aurat dgn sempurna., hmmm…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  21. nur says:

    raja bahrin boleh di katakan orangnya macam ‘hero’ malaya juga fasal cerita membawa balik anak2 nya balik ke malaysia dulu. Orangnya pun nampak berhemah, disegani masyarakat kerana kewibaanya dan sudah tentu org kaya. Kepada noryn jaga lah status anda sebagai isteri yang sahih kepada raja bahrin. semoga berkekalan dan terus hidup berharmoni dan di ceriakan dengan kehadiran anak tidak lama lagi. amin.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0