Written by Bella | January 2nd, 2017

Walaupun isteri kedua Adi Putra, Norshahida tampil memberikan penjelasan mengenai tuduhan rumah tangganya sedang bergolak dan mengenai kegugurannya, masih ada juga yang tidak berpuas hati dan mencetuskan spekulasi.

Ada yang beranggapan perkahwinan Norshahida dan Adi semata-mata kerana Adi inginkan zuriat. Namun, perkara itu sekerasnya dinafikan oleh Norshahida. Menurut beliau, Adi tidak pernah membangkitkan isu berkenaan.

Saya kenal Adi, malah sepanjang enam bukan menjadi isterinya, isu zuriat tidak pernah timbul. Kami juga tidak pernah berbincang mengenainya. Bagi kami, jika ada rezeki, kami terima. Adi sentiasa beri semangat kepada saya.

Norshahida dalam pada itu sempat berkongsi saat Adi melamar beliau untuk menjadi isteri. Menurut Norshahida, perkahwinan mereka berlangsung pada 20 Jun lalu di kediaman beliau yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Ketika menunaikan umrah di Makkah, Adi ada melakukan solat istikharah. Ketika di Madinah, Adi menghubungi ibu saya untuk menyatakan hasrat untuk melamar. Sejak mula berkenalan, saya sudah sudah memperkenalkan Adi kepada ibu, malah dia turut meminta keizinan ibu untuk berkawan.

Ketika Adi mahu berangkat ke Makkah, saya turut menghantarnya di KLIA. Ketika itu Adi memaklumkan hasratnya untuk menikahi saya pada 20 Jun lalu. Saya terdiam dan kebingungan. Pernikahan kami berlangsung di kediaman saya di Nilai, Negeri Sembilan.

Saat ini janganlah kita mencetuskan sebarang tuduhan ataupun cerita tidak benar mengenai rumah tangga mereka. Kan lebih baik untuk mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan rumah tangga Norshahida dan Adi Putra. Apa yang sudah berlaku sudah ditentukan oleh takdir dan jodoh. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Berita Harian

12 responses to Norshahida Nafi Adi Putra Berkahwin Dengannya Kerana Soal Zuriat

  1. Anonymous says:

    Best ibu mertua adi…. benarkan anak keluar dan bercinta dgn retis biar pun anaknya ada laki waktu tu

    20

    0
  2. Anonymous says:

    Glamour u pandai adi mendidik isterinya…….. maklumlah istri orang dirampas…….. mcm mana dibuat dgn bekas laki dulu ….. dia buat apa yg adi ajar masa masih dgn laki dulu…… minggu2 keluar ceria. Lepas ni boleh berlakon jadi retis….. tak apa ada adi muat naik ayat2 islamik….. belajar dgn adi…… peminat2 nanti blh Blh cakap fasal qada qadar dan jodoh…..

    5

    0
  3. Piza says:

    Diam sudah la bini adi ni. Nnt tselak lagi byk. Ni pun dh nampak dh keluar sama2 even blm kawin. Knp x isteri first adi htr adi ke klia. Oh adi kalo bkn krn zuriat knp sanggup madukan isteri tu. Mmg lelaki spt adi x ckp sorg.

    11

    0
    • susher says:

      nampak gaya nye Adi blom leh lagi didik bini #2 ni….all the best Adi, sooner later abis segala rahsia org tau…

      1

      0
  4. Anonymous says:

    Memang brangkali klu isteri yg jenis begini….. berani betul….. sebab masa dgn laki dulu sdh buat curang…. mana nak ikut ckp laki… atau adi yg suruh…. sama mcm isteri ke 2 ashraf muslim lah gaya nya….. nak pemus…. bertuah haji adi ada PA blh buka semua certa… wartawan boleh jumpa isteri adi klu nak cerita sensasi……

    4

    0
  5. Anonymous says:

    Untumg haji adi ada mentua x kisah anak keluar dgn lelaki lain sedangkan masih bersuami…. hantar lagi pergi umrah kekasih retis…. ada isteri blh bercakap dgn wartawan. Bestlah sporting punya keluarga. Nanti siapa yg nak jadi begini belajar dgn adi cara2 merampas, mencari mentua yg sporting…. bukan kerana zuriat tapi nafsu berahi yg membara dan pandai cari duit. Sekali dpt blh dpt puluh hingga ratus ribu beb… blh jdi jutawan

    2

    0
  6. Anonymous says:

    Ek eleh.dah buat affair dengan laki orang waktu kau masih bini orang lain,hantar lagi ke aiport boleh pulak kebingungan waktu adi melamar?Konon nak beritahu betapa agung & tulusnya cinta mereka cheh.

    13

    0
  7. Anonymous says:

    Hj adi betul2 sanggup jadi lelaki dayus…kerana isterinya. Maklumlah isteri hasil rampasan masjid orang.. untung perempuan ni jadi isterinya….. sanggup adi bersama cinta duit dan berahinya…. nanti amanlah adi bahagia dgn hasil rampasan harta masjid orang..

    4

    0
  8. Anonymous says:

    Minta maaf adi. Dulu minat skg x kerana bini awak yg ini…. maafkan ya sebab baca céita bini mu…. timbul pula rasa boikot dihati

    4

    0
  9. Cikkit says:

    Tak payah la cerita betapa gilanye adi pada kau konon nye.hati bini pertama pedih baca tau tak.haji adi tlg tutup kan mulut bini awak ni.tgk aida ape pun diam je patuh arahan suami.yg bini ni? Hmmmmmm

    4

    0
  10. Kastam airport says:

    Jahanam betul..dia bole acah2 bingung masa adi melamar.htr adi kat epot?oh apakah..

    Sila meninggal lah pompuan !

    5

    0
  11. lipan basi says:

    “saya sudah sudah memperkenalkan Adi kepada ibu, malah dia turut meminta keizinan ibu untuk berkawan.”

    cik oi, kalau nak berkawan bukan minta izin ibu, kene mintak izin suami lah.

    5

    0

Leave a Comment

Optional