Written by Bella | August 6th, 2015

Lagi cerita mengenai Abby Abadi dan perkahwinan beliau, ya kami tahu banyak dah cerita fasal beliau minggu ini memang cukup hangat la orang kata.

Jika sebelum ini Memey Suhaiza memberitahu beliau tidak terkejut Abby mahu berkahwin sekali lagi, terbaru Norman Hakim pula menyifatkan Jai ataupun nama sebenarnya, Mohd Faizal Zakaria seorang jejaka yang cool selepas  Abby memperkenalkan bakal suaminya itu kepada Norman.

Saya tahu mereka sudah berkawan sejak beberapa tahun yang lalu. Malah Abby sendiri pernah membawa bakal suaminya itu berjumpa dengan saya.

Namun ketika dia bawa berjumpa saya, masa itu saya pun tidak tahu  mereka ada hubungan istimewa  tetapi yang saya tahu mereka hanya rakan niaga sahaja. Melalui perjumpaan itu, apa yang boleh saya katakan bakal suaminya seorang yang cool. Itu sahaja.

Norman mendoakan kebahagiaan bekas isterinya bersama Jai dan mengharapkan perkahwinan kali ini dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Abby Abadi dan bakal suaminya

Saya dan Memey dari dahulu lagi memang sentiasa mendoakan kebahagiaan Abby. Malah, saya harap perkahwinan Abby kali ini kekal hingga akhirnya dan Faizal merupakan pilihan terbaik  untuknya.

Tidak ramai yang mampu mengekalkan hubungan baik bersama bekas suami  selepas bercerai, meskipun ramai yang mengutuk Abby Abadi kerana kelantangan beliau bersuara dalam hal politik, tetapi beliau Norman Hakim dan Memey Suhaiza boleh menjadi contoh bahawa mereka masih boleh menjalinkan silatulrahim.

Sumber Berita: Murai

13 responses to Norman Hakim Dedah Abby Abadi Pernah Bawa Bakal Suami Berjumpa Dengannya

  1. mhnah says:

    Ait?…no komen?aku komen dululah….pakcik manan hidup lagi…apa kata abby bawa jjmpa calon suami ke bapaknya…afdol

    0

    0
  2. naurah says:

    tak tahu kenapa, kalau boleh nak sangat tengok abby jadi isteri norman semula.memey kena terimalah sebab pada mulanya dia antara penyebab norman dan abby bercerai.norman dan abby ada strong chemistry…anak2..pengikat kuat sebenarnya..tu la antara sebab abby x lama dengan orang lain..norman suami pertama, banyak kenangan manis yang mereka bina nersama.harap norman dan memey baca ni..abby berhak dapat semula kebahagian dia yang diragut dulu….amin…

    0

    0
    • Anonymous says:

      apa yg kau merabankan ni?? .yg dah sudah tu sudahlah.tak usah di ungkit lagi..skg abby boleh pilih berbagai bagai jenis lelaki kesukaan dia..tkde siapa boleh halang..yg dia sibuk kawin cerai kawin cerai tu masaalah dia.inilah namanya orang menutup aurat tapi mulut sentiasa ternganga bercerita peeihal peribadi..takde maknenya.

      0

      0
  3. Miss wawa says:

    Agree with u Naurah! Sangat suka klau Abby alik semula dgn Norman Hakim..tapi nk buat..abby da nk kawin..

    0

    0
    • anon says:

      Norman dah serik kene maki di abby hari2 masa kawin dulu. Abby je yg terhegeh2 nak lagi kat norman…
      Bawak jumpa norman? Hmm….belum ade ikatan dah berjumpa, ustazah ape gini….ustazah gatal….wat malu je..

      0

      0
  4. Weng Weng says:

    apakata kita bukak citer ‘syurga Nur’ sape pelakon comel tu haa.?. Drama best dari ‘hati perempuan’ yg entah ape2

    0

    0
    • cikikaka says:

      kan kan.. pelakon heroin syurga nur tu xtau nama betul dia ape.. tapi ig dia “jannanick”
      minat dia since cerita jodoh lagi..

      0

      0
  5. sempoi says:

    Abg Nara…. Betolke dyana isteri asyraf Muslim dash pregnant 4 bulan….kalau btol alhamdulillah……

    0

    0
  6. melati says:

    Apasal Aby suka sgt Lelaki Mat Rempit…jer cari lah org yg senonoh skit..

    0

    0
  7. Antipoyo says:

    eee.. tak suka la ngan si Abby ni.. Nak kawin, kawin jek la.. Bape org dah ko introduce nak kawin… Lebih baik besederhana jek la. Dah npk cam desperate sgt dah ko ni..

    0

    0
  8. johnny bravo says:

    Dua2 ni kekal kot sb dua2 ruthless, satu geng….dua2 bukan org baik2, sekor mcm mat rempit sekor lagi mulut puaka..

    0

    0
  9. Langau says:

    “Pandanglah manusia itu dari sudut hadapan, jangan pandang ia dari sudut masa lampaunya”. Moga Allah merahmati kehidupan mereka..;)

    0

    0
  10. move on says:

    Macam bagus2 je yang komen2 dalam ni. Cara kita komen pun dah menggambarkan diri sendiri macam mana. Doakan dyorng dan kita yg tak tau lagi ape yg berlaku pd masa depan jd bahagia dan diredhai cukuplah.

    0

    0