Written by AbangNara | May 15th, 2009

norman dan memey

Hari ini kes perbicaraan khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza dah bermula. Saksi pertama iaitu orang dari JAIS yang mengkantoikan diorang dah pun bagi keterangan. Memang macho Norman kantoi sambil pakai boxer jer. Dalam bilik kecik pulak tue. Agak-agaknya buat apa ek.

Kalau nak baca transkrip penuh perbicaraan mahkamah, sila baca artikel ini sepenuhnya.

KUALA LUMPUR: Saksi Abdul Rahman Lai Abdullah, Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Pejabat Daerah Gombak, yang menangkap aktor Norman Hakim berkhalwat dengan aktres Memey Suhaiza pada 30 Oktober tahun lalu tampil memberi keterangan di Mahkamah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata dia terjumpa Norman dalam keadaan berpeluh dengan memakai baju-t dan berseluar sendat seperti ‘boxer’ di dalam sebuah bilik kecil di tingkat atas manakala Memey yang berpakaian lengkap berada di kaunter tingkat bawah premis Norman di 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada pukul 3 pagi.

Menurut Abdul Rahman, selepas mendapat laporan tentang kes khalwat itu, pihak JAIS terus membuat serbuan bermula pukul 2.10 pagi.

Pada mulanya, dia cuba memanggil orang di dalam premis it selama 30 minit namun tiada jawapan.

Selepas tiada respons dari dalam, mereka cuba memotong kunci mangga, namun kira-kira pukul 2.40 pagi, datang seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai abang Norman lalu membuka pintu itu.

Pendakwa (P): Setelah pintu dibuka, apa yang kamu nampak? Saksi (S): Saya nampak Memey sedang duduk di atas kerusi di bahagian depan pintu masuk. Macam ada di bahagian kaunter di depan tunggu kami masuk.

P: Apakah suasana semasa berada di dalam pejabat itu?

S: Suasana tenang. Bahagian depan tidak ada perkara yang mencurigakan.

P: Apakah yang kamu nampak?

S: Nampak dua buah bilik. Nampak dengan jelas. Ya, lampu di bahagian hadapan. Kaunter ada. Di bahagian lain, ada juga (lampu).

P: Kamu tengok Memey berpakaian bagaimana?

S: Dia berpakaian lengkap.

P: Boleh kamu detailkan (perincikannya).

S: Dia berseluar panjang dan baju – tidak pasti.

P: Bagaimana keadaannya?

S: Dia amat tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

P: Adakah dia berkerjasama?

S: Dia berikan kerjasama tetapi tidak banyak bercakap.

P: Selain tenang dan tidak banyak bercakap, apa yang dicakapnya.

S: Dia mengakui menghubungi abang suspek.

P: Selepas itu?

S: Saya tinggalkan Memey bersama Khairul Hazri dan Rezman Awang.

P: Kamu buat apa?

S: Saya bersama Khairul Nizam kemudian membuat pemeriksaan di tempat lain.

P: Berapa bilik yang ada dalam premis itu?

S: Saya tidak pasti. Satu bilik terdapat set sofa, tilam saiz bujang yang diletak atas lantai dan tidak ada sesiapa.

P: Bilik itu macam mana?

S: Lebih kepada bentuk pejabat.

P: Ada bilik lagi.

S: Ada satu bilik yang lebih luas. Boleh buat mesyuarat.

P: Apakah beza bilik itu dengan yang sebelumnya?

S: Ruang bilik ini lebih luas dan bahagian depannya boleh duduk ramai orang.

P: Apa yang anda perhatikan dalam premis itu?

S: Ada satu ruangan yang menghubungkan dengan rumah sebelah.

P: Ruangan apa?

S: Ruangan itu boleh menghubungi bahagian atas premis tersebut.

P: Apa yang ada dalam ruangan itu?

S: Ruangan itu macam ruangan angin.

P: Ruangan itu ada apa?

S: Ruangan itu ada pintu grill di bahagian atas.

Ketika itu, pihak pendakwaan menyampaikan tender gambar foto.

P: Ada tak kamu periksa?

S: Terdapat selak grill di bahagian atas. Periksa dari bawah, ia tidak berkunci.

P: Bagaimana kamu katakan bahagian bawah boleh hubungkan bahagian atas.

S: Saya menyuruh Khairul untuk memanjat ke atas dan berdiri atas rail. Dia terus melepasi selak pertama itu.

P: Kemudian?

S: Keadaan gelap kerana kami tidak membawa lampu suluh ketika itu.

P: Adakah Khairul Nizam dah panjat sampai atas?

S: Mengikut pemeriksaannya, untuk masuk juga terdapat gril dan selaknya dikunci mangga. Setelah lebih 2-3 minit, saya suruh dia turun. Saya dan Nafarul Azian cuba naik tingkat atas.

P: Kenapa?

S: Tingkat atas juga disewa oleh suspek. Dia disyaki bersembunyi di situ.

P: Macam mana kamu tahu?

S: Pengadu itu dah telefon dan memberitahu.

P: Seterusnya.

S: Saya ada tanya kepada abang suspek sama ada mempunyai kunci atau tidak untuk premis di bahagian atas.

P: Apakah respons Memey dan abang suspek?

S: Lelaki itu kata tiada kunci.

P: Apakah yang anda lakukan seterusnya?

S: Saya sendiri terpaksa potong mangga grill itu. Kami terus masuk kerana pintu kayu tidak dikunci dari dalam.

P: Boleh ceritakan premis di atas?

S: Keadaan adalah gelap-gelita. Kemudian, saya buka lampu.

P: Berapa orang ketika itu?

S: Tiga orang termasuk saya.

P; Apakah yang dilakukan selepas itu?

S: Dah buka lampu, kami terus periksa dari bilik ke bilik termasuk bilik air.

P: Berapa bilik yang ada?

S: Seperti bawah juga, tetapi satu bilik di bahagian tengah mempunyai banyak pakaian lelaki bujang disusun dan digantung elok-elok.

Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Memey dan Norman membantah apabila pendakwa mengemukakan tender gambar bilik semasa menyoal saksi.

Ini kerana, katanya, gambar itu beri kesan kepada keterangan saksi.

“Motif pihak pendakwa adalah memberikan tanggapan luar biasa.

“Pihak pendakwa perlu establish … perlu seal untuk memastikan tiada perubahan. Saya tidak pasti punca gambar. Kalau gambar diambil selepas kejadian, maka ia tidak asli. Dan ia tidak berkaitan dengan semasa kejadian.

“Sebelum ditanda sebagai ID (tender untuk mahkamah), jurugambar perlu diambil keterangan terlebih dahulu ataupun premis diseal. Kita nak bukti masa kejadian dan bukan selepas kejadian tersebut.” kata Fakhrul.

Pendakwa pula berkata, tender itu cuma untuk menunjukkan lokasi bilik dan ia tidak menjejaskan fakta.

Dalam pada itu, Norman menafikan dia tercabar dengan keterangan saksi selepas ditemui di luar mahkamah.

“Saya tidak tercabar. Itu memang prosedur mahkamah. Pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti,” katanya.

Sementara itu, Memey pula enggan memberikan komen kerana kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah.

Mahkamah menetapkan tarikh 3, 10 dan 17 Julai ini untuk menyambung perbicaraan kes khalwat Norman-Memey untuk membolehkan saksi-saksi lain memberikan keterangan. Hari ini, hanya satu saksi yang memberi keterangan.

46 responses to Norman Berpeluh Dalam Bilik Kecil Dengan Boxer

  1. azma says:

    DAH KANTOI NAK COVER LAGI KER MENGAKU JE LA….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • mien.. says:

      mnusia cm die 2 mmg x reti rse brsalah…asyk nk cover je kejenye….

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • lipas dikipas says:

      muke xtau malu 2 xkan nak ngaku punyer….
      kite tgu jerk kisah sensasi “memey dan norman dipanah petir ” bru padan muke 2 eko ulau sawe 2….

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. Lovelyvic says:

    Hei… aku plak yang berpeluh baca citer ni…
    Memey yang bijak bistari…
    kenapa la ko tak bukak pintu kalau tau ko tak salah?
    takkan la ko nak expect abang JAIS yang dtg ramai2 tu nak rogol ko plak?
    Adoi… ni la masalahnya kalau pernah pakai rambut pink…
    sebal otak aku dibuatnya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  3. singa ganaz says:

    ler… x habis lagi ke citer nih…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. mien.. says:

    pnjgnyer..jenuh aku nk abiskn..lg2 cter si norman ni!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • hehe.baca dan bayangkan muka memey yang memakai rambut pink.mesti makin bersemangat nak membaca

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • mien.. says:

        okey2….akn sy ikut nshat kak nara tuu….tp nk amik mood dlu ni…mmg mual gler dh ngan cter dieorg ni…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • lipas dikipas says:

          bukan takat mual…da nak termuntah2….ase nyer nak tgk muke due eko nie pown da xsanggup da…

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. azfa says:

    letihnye nak baca

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • bahulu hangit says:

      dh bosan la cite derg ni…nyampah dh aku ngan mamat ni

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • badboy says:

        buat malu jer norman ni..muka nampak baik.tp selepas kes ni…asal cerita ada jer muka dia..aku terus boikot..sama2 la boikot norman n memey..yang memey tu pulak nape gedik sangat macam tak de jantan lain..terdesak sangat ker nak popular..
        campak kan jer dia kat lorong haji taib tu..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. singa ganaz says:

    bajet potong rambut botak org nk kasihan…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. ikan kaloi says:

    biler lar dia org ni nk kawin yek?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • LiBeRAteD says:

      Diaorg sk bt maksiat..sbb tu x khwn2 lg..
      Dh bt, x ngaku pulak..
      ape ke hal kul 3 pg duk berdua.
      srh bk pintu, xnk..4 sure la tgh syok bt “tut”…
      smpai berpeluh2 tuh..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. mien.. says:

    nape xde rmai yg bg kmen ek arini…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. tyrabanks.. says:

    hmm… mmang ada skandal… pkul 3 pagi, bdua2an, smbunyi bilik atas, pkai boxer,… memualkan. nak muntah!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • tyrabanks.. says:

      lmbat bagi komen…. baru bukak pc. tdi tngok simariani blakun jdi pelacur dlm kepompong.. crite 2 pun skandal gak.. dunia…..dunia….

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  10. mai tgk kat berita sensasi…lagi berpeluh ha ha ha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. lilies says:

    Semoga yang Maha Esa memberi keadilan kepada yang benar.. dan kepada yang berslah insafilah kesalahan kamu sebelum di hitung dan di bayar di akhirat kelak yang tak termampu ditanggung oleh kamu malah sesiapa jua..Amin..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  12. shana says:

    benci la ku kat norman n memey.
    dua2nya sma gatal!!! tk tau malu!!!!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  13. LaRa says:

    tue arrr aku pun meluat jgk kt memey ngan norman nie…x abis2 dgn cte depa…eee geram btoi….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  14. music says:

    bodoh betul la betine tu…kalu aku dpt die aku rase naj belasah je die……………………..kalau nak wat tak senonoh tu,kahwin la dulu..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  15. dah xda jodoh norman dgn abby,nak buat mcmana…memey pun ok apa….aku suka…

    singgah sebentar di BERITA SENSASI just info….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  16. boxer hugo bosss says:

    woit..huhu..
    aku nk mncelah nie..
    mase dorg wat hal nie abby ngh ngandung siot
    huhuu..
    mmg jalang..astagafirullah alazim…
    mungucaplah cek norman yek..
    awk tue ayh n somi org…dosa mmg da sah kat atas bahu kiri ko da..tggal nk kne dijatuhi hukuman allah je nie..
    ngeeerii dooo!!!nyesal xgune beb!tggung kiamat nti!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. tyrabanks.. says:

    hai boxerhugo, awak pun pkai boxer jgk ke??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  18. LaRa says:

    hmmm biaq kt depa la weiiii….
    lg kita duk kutuk lg skit ati kita…
    huhuhuhu :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  19. Gakuto says:

    hah, lantaklah apa dorang nak buat tym tu.. bukan dorang nak dengar nasihat dari siapa² pun termasuk kita.. dorang nak buat apa tym tu buatlah.. lakukan lah aksi² seperti DOGGIE KA,MISSIONARY KA, B.J KA,RIDING KA,ANAL KA,, tu dorang pnya pasallah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • DelimaSaraa says:

      alahaiii, kalau diorang tak buat peapa, news tak laku lar…kak nara pulak tak dek gosip panazzzzzzzzz….biarlah, sekurang2nya ada gak hiburan kat sini disamping mata yg sudah penat melihat fail yg bertimbunnn

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  20. lizzie says:

    ni lah pasangan yg kn tangkap khalwat tp selamba je….dah biase ke kn tgkp khalwat.?.takde nmpk mcm menyesal je…mgkn jg mereka yakin mereka benar2 berkhalwat maka…berani kerana benar…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  21. biasalah,dah salah kena la control xkan nak mengaku…x best la nanti

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  22. ZAH says:

    BERTAUBATLAH &nikah je lah……… Kesian anak2 – Ini jd satu sjarah hitam pd tiga org anak yg tak berdosa.Ini lah dia manusia (lelaki/bapa) ada tengkorak je tp x ada otak.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  23. pidin putra says:

    mmang x twu mlu la org tua 2,x sdr dri…dh bt slah ngaku je la,npe nk cover2 plak…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  24. anti memey says:

    seburuk buruk fasha sanda…buruk lg memey..terang2 pemusnah rumah tangga org..siap bangga lg dh dpt kebas laki org….aper jenis manusia ler….ader xkorang baca lam paper…norman ckp sayang memey…aku rse xde…memey jek yg gedik…sebar lam paper dia sayang norman…….mg xtau malu ler ppuan ni..heran ak…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  25. bubbles dlm gmbar tu buat aku trgelak 7 hri 7 mlm…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0