Written by serenity | October 3rd, 2017

Umum mengetahui bentuk tubuh Zulin Aziz yang semakin langsing ialah kerana dia dilatih oleh model kecergasan Ahya Rosli yang merupakan anak lelaki kepada pelakon Normah Damanhuri.

Kedua-duanya rapat dan dikatakan bercinta walaupun Zulin menafikannya. Zulin juga sangat rapat dengan Normah sehinggakan dia sendiri membuat pengakuan bahawa wanita kedua yang dianggap seperti ibunya selain ibu kandung ialah Normah semasa sambutan Hari Ibu baru-baru ini di Instagram.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

>

BH Online melaporkan, Normah memberitahu yang dia menerima jika Zulin berjodohan dengan anaknya.

Saya sebenarnya tiada hak untuk menentukan siapa pilihan mereka. Sebelum ini, adik beradik Ahya pun buat pilihan sendiri.

Siapa pun pilihan mereka, saya doakan kebahagiaan dan kebaikan anak. Begitu juga Ahya. Terpulang kepadanya dalam soal hati,

Dia juga tidak pernah mendesak atau memaksa Ahya dalam menentukan pasangan hidup.

Tak ada istilah nak kawal. Dia kena berkawan dengan si polan itu dan ini. Sesiapapun pilihan Ahya pada masa mendatang untuk dijadikan isteri, saya setuju.

Ini termasuklah kalau pilihannya itu Zulin. Siapa jodoh dia saya terima.

Ditanya keseriusan hubungan Ahya dengan Zulin, Normah mengatakan:

Soal jodoh atau hal ini susah nak saya rungkai. Salah cakap nanti jadi cerita lain.

Cuma saya lihat Zulin seorang yang sangat baik. Saya sukakan dia. Dia anak yang baik. Cuma dalam soal pilihan, terpulang pada Ahya.

Normah juga berkata dia hanya menunggu Ahya memberitahu siapa pilihan hatinya untuk dia sendiri datang meminang:

Mengikut apa yang mereka kata, hanya kawan rapat. Sejauh mana itu susah nak cakap. Saya sendiri tunggu Ahya bukan mulut siapa dia suka. Dia cakap siapa yang berkenan. Boleh saya hantar rombongan meminang.

Dalam satu tulisan kapsyen di Instagram, Zulin dilihat seolah-olah sudah bersedia untuk berkahwin. Tulisnya:

Bahagia bila ada yang mencintai kita kerana diri kita yang kadang buruk di mata orang lain.

Bimbinglah saya.InsyaAllah saya jadi isteri dan ibu yang baik satu hari nanti, amin.

Kalau betul Zulin dan Ahya bercinta, dah macam drama Korea ‘Oh My Venus’ pula. Apa pun kita harap Zulin akan berbahagia walau dengan siapa pun dia bakal berkahwin. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Normah Damanhuri Terima Jika Zulin Aziz Berkahwin Dengan Anaknya, Ahya Rosli

  1. hai says:

    please cari org lain zulin… u deserve better

    38

    0
  2. Anonymous says:

    zulin bkn dlu dgn kmpln forteen tu ke

    13

    0
  3. juling says:

    aduhai.. tak habis2 gossip pasal jantan! desperate beno gayanya.

    3

    3
    • Anonymous says:

      kita takde hak utk tentukan siapa jodoh siapa.. sedangkan ajal kita sendiri pun bukan kita yg tentukan.. semua urusan Allah.. kita sebagai saudara sesama islam, doa jela yg baik2.. doa yg baik2 utk org lain, kita pun dapat pahala..

      5

      0
    • Anonymous says:

      dah ada pasangan? atau dah kawen? klu dah, alhamdulillah.. klu belum, sila menangis di bucu katil

      0

      0
  4. fatimah busung says:

    si gedempol ni terdesak agaknye. dulu kena friendzone dgn ariz lufias. skrg dgn trainer sendiri pun nak tangkap cintan.

    2

    23
    • Fatimah Busung is bitch! says:

      gossip je, Fatimah Busung. belum tentu betul, kalau betul sekali pun, biarlah mereka. walaupun dulu dia gedempol, dan mungkin sudah agak berumur.. tak perlu nak label dia macam tu. gedempol dan terdesak, agak kasar terms itu. dia pun tak pernah mintak duit dari awak, kan?

      hakikatnya, income dia lebih besar dari awak. awak sila le mereput dan menangis kat bucu katil awak yg tilam dia spring dah mcm nak tersembul tu. mulut awak (reading as jari) tu sila jaga sikit, tak pyh nak komen kasar sgt. sbb mak awak pun perempuan, belajar hormat perempuan kalau menulis.

      17

      0
  5. kikilala says:

    u deserve better my dear..
    tapi kalau dah tertulis jodoh kamu dgn si dia, mungkin itu yg terbaik buat kamu.. semoga Allah memberikan jodoh yg sepadan dan terbaik buat awak ya Zulin Aziz…

    13

    0
  6. mok cute says:

    slim dah ke…tgk dlm super spontan live lagi…xda la slim mana…dlm IG gmbr bkn main slim..nk nmpk slim punya pasal pakai serba hitam 24 jam…

    7

    3
  7. jenah says:

    yang mengutuk dia gedempol la tak slim la….mulut mmg puaka kan, tah2 yg mengutuk tu dia pn tong dram….. tlg la minda tu kasi clear sikit
    aku xde la minat minah ni, tp aku rasa dia berhak dapat apa yg dia nak sbb dia berusaha

    13

    0
  8. KUHANYUTDILAUT says:

    MSG2 SUKA, ON..TAK SUKA BOLEH CARI LAIN..
    SIMPLE JE KAN..

    2

    0
  9. Anonymous says:

    makcik tlg prihatin skali kt ank pmpuan makcik yg nama liana rosli tu . suh dia toksah up video ala2 kergersangan ketandusan . sepahtu kata pmpuan lawa tak semestinya bijak makcik, tp ank makcik pulak muka dgn perangai selari iaitu huduh .

    13

    0
  10. Anonymous says:

    Berita gembira org lain pn u all sebok nak komen negatif. Biarkan la diorg mendapat kebahagiaan diorng. Doakn yg baik2 dah la.. U all pn nak bahagia jugak..xmau org doakn yg bukan2. Rileks la..xpayah hati tu kotor sgt.

    4

    0
  11. smile says:

    Fatimah busung x yah kt kat org.knp awk slim sgt
    Terdsk ke tidak hak dia.yg ko menyibuk pehal.cermin mk ko kat cermin kot 19 kali lawa zulin tu pd ko.

    1

    0
  12. aintoka says:

    Tahniah…bukan senang ni awal2 de ibu lain yang suka pada kita……semoga mereka berdua ada jodoh….

    0

    0
  13. nyah says:

    minah kemaruk batang

    0

    0

Leave a Comment

Optional