Nora Tekad Nyanyi Lagu Adele Kerana Tidak Mahu Terkilan Tersingkir Kerana Isu Lagu

Hiburan

Nora Tekad Nyanyi Lagu Adele Kerana Tidak Mahu Terkilan Tersingkir Kerana Isu Lagu

Isu penukaran lagu Nora memberikan impak yang cukup besar buat penyanyi berkenaan. Pelbagai fitnah dan kritikan dilemparkan kepada beliau hanya kerana enggan menyanyikan lagu pilihan media pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza 3.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Nora telah menyahut cabaran untuk menyanyi lagu All I Ask oleh Adele dan digabungkan dengan lagunya  sendiri berjudul Sandiwara. Nora cuba untuk memuaskan hati semua pihak.

Saya ambil keputusan untuk nyanyi lagu itu dua hari sebelum konsert ini, walaupun saya sedar ia adalah risiko yang besar kerana lagu itu sangat susah.

Sejujurnya, selepas konflik ini berlaku saya beritahu produksi untuk bawa lagu pilihan media, tapi mereka tidak benarkan dan bila tekanan semakin hebat saya rasa seperti berada di persimpangan dilemma. Akhirnya saya putuskan untuk bawa kedua-dua lagu itu.

Dalam pada itu, Nora akui beliau terasa hati dengan komen netizen yang menuduh beliau sewenang-wenangnya. Perkara itu membuatkan maruahnya sebagai seorang penyanyi terjejas dan mengganggu keluarganya. Lebih teruk lagi, ada sesetengah artis mula memberi persepsi negatif kepadanya.

Ramai netizen yang benci saya sejak isu tukar lagu dangdut lagi, saya sudah jelaskan ia bukan kehendak saya tetapi pihak produksi yang salah umum.

Ia benar-benar memberi kesan negatif, malah saya berjalan pun orang pandang, antara rakan artis pun bersikap lain terhadap saya dan ada juga menegur saya menzahirkan rasa simpati. Ada juga individu hantar mesej peribadi saya untuk meminta maaf kerana mengutuk saya di laman sosial. Apa semua ini?

Berbicara mengenai ada pihak yang melabelkan beliau sebagai artis kekwat dan diva, Nora berkata apa salahnya untuk beliau mendapat sedikit rasa hormat kerana sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian.

Saya sudah lali dengan tuduhan ‘kekwat-kekwat’ (sombong), diva-diva ni, saya ni orang lama bukan budak-budak yang baru menyanyi, tolonglah beri sedikit rasa hormat. Macam juga wartawan, kita ada wartawan senior dan wartawan junior, tidak boleh di samakan, ada juga jurang-jurang itu.

Mulut orang ini memang suka berkata-kata , kita tidak mampu mengawal percakapan mereka. Pada kami, semalam Nora telah cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik dan tindakan beliau untuk memuaskan hati semua pihak itu harus dipuji. All the best Nora, inshaAllah ada rezeki lain buat anda di luar sana meskipun tidak dapat mara ke peringkat akhir GV3.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...