Written by Bella | November 17th, 2016

Penyanyi Nora Ariffin menafikan khabar angin kononnya beliu enggan menyanyikan lagu bergenre dangdut iaitu Rindu nyanyian asal Amelina pada konsert keenam Gegar Vaganza 3 pada minggu ini.

Perkara itu mula dihebohkan oleh netizen apabila ada yang mendakwa Nora berkeras mahu pihak Astro menukar lagu tersebut dengan lagu pilihannya sendiri, Bring Me To Life dendangan kumpulan rock Evanescence.

Sejak awal lagi, semua peserta diberi peluang untuk menyenaraikan lagu pilihan masing-masing daripada pelbagai genre muzik. Walaupun tidak dinyatakan lagu yang bakal kami nyanyikan secara terperinci, mereka ada memberikan bayangan supaya kami dapat melakukan persiapan, termasuk konsep persembahan dan pakaian.

Dalam hal ini, saya diberi bayangan akan menyanyikan lagu rock, jadi saya sudah pun membuat persediaan. Apabila diumumkan saya akan menyanyikan lagu Rindu, sudah tentu saya terkejut. Sebaik saja saya bertanyakan hal itu kepada pihak produksi, mereka mengaku ia kesilapan teknikal, lantas menukarnya kepada lagu yang berada dalam senarai pilihan saya.

Nora tidak mahu netizen menganggap beliau seorang yang tidak berani menyahut cabaran. Menurut Nora, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyanyikan lagu dangdut.

Saya tiada masalah untuk menyanyikan lagu dangdut. Kalau betul pihak Astro mahu saya menyanyikan lagu Rindu, saya tetap akan menyanyikannya kerana ia adalah tugasan.

Lagipun lagu Amelina memang ada dalam senarai pilihan saya. Cuma, saya akan menyampaikan lagu itu dengan gaya yang bersesuaian dengan imej saya hari ini.

Nora merupakan salah satu artis yang agak disegani bukan? Kami yakin Nora mampu untuk menyahut cabaran yang diberikan.

Sumber Berita : BH ONLINE

68 responses to Nora Nafi Minta Astro Tukar Lagu Kerana Tidak Mahu Nyanyi Lagu Dangdut

  1. nona says:

    nora ni bkn ad album nasyid sme ank dia ke?mcmne plk dr nasyid mcm gv??mcm sesuatu je…blh konpius kn bdk2 yg kenl dia dr zmn nasyid masok rncgan hiburn yg ad org berpkaian ketat gelek2 & melalaikn …oh dunia

    45

    0
  2. confuse says:

    hari tu ade satu rancangan keagamaan dlm tv (tak pasti channel mne). cara2 cakap tu sangat islamik..tpi skrang pakai kotat2 dn masuk GV plak dh..bukan setakat aku yg konpius, mak aku pn konpius nakk…

    43

    0
  3. adudu says:

    muka nora awet muda

    6

    1
  4. Anonymous says:

    apa2 je la kak nowa…kalau betul pun ko yang mintak tukar gasak la…

    6

    0
  5. sentap says:

    baju pun dah ketat kak nora…camtu tarik diri je la…

    7

    1
  6. Anonymous says:

    sebenarnya pentas bukan tempat untuk wanita pun.. apalagi suara wanita tu terang-terang aurat.. umur pun bukan muda lagi dah boleh fikir pun apa yang terbaik untuk diri sendiri..

    lebih sokong kalau semua peserta GV cuma lelaki.. hahaha dah tentu takde kontroversi mengada or attention seeker bagai.. :P

    33

    1
    • Anonymous says:

      “lebih sokong kalau semua peserta GV cuma lelaki”

      Sebab orang2 macam kaulah Malaysia ni menuju ke arah makin teruk.

      Taksub agama dan bajet warak suci…..ptuihhh

      0

      36
      • IMPIAN AKHIRAT says:

        Subhanallah…lbh baik taksub pada agama dan ALLAH drpd perkara2 yg melalaikan…nk komen lain x pe lg..tp tolong jgn cuba sentuh bab agama.Awk bernafas pon atas ehsan kurniaan ALLAH.
        Andai kita smua nmpk pengakhiran kematian n nmpk akhirat nescaya kita smua atas tikar sejadah sahaja..x tergambar kehidupan kekal abadi di sna.
        Di dunia ni x cukup duit, nk mkn, nk belanja pon resah..apatah lg di akhirat kita ‘dahaga’ dan ‘lapar’ krn bekalan tidak cukup..kita x kutip malah x cuba nk kutip amalan di dunia ini.. dunia ni hanya khayalan utk mereka yg lalai..
        Wallahualam.

        44

        1
        • Sarah Jobstreet says:

          Taksub agama mende kalau gigih ke website gossip macam kami2 yang taksub retis ni. Hipokritnya engkau

          0

          2
      • Anonymous says:

        silap. sbb ad org mcm anonymous 5.14 pm nilah malaysia menuju kearah makin teruk. sila belajar smpai degree dik n shut your mouth. biasa yg belajar x habis lah akal cetek mcm ni.

        9

        0
      • Saper2 je la says:

        Giler ke anon 5:14 ni? Buat perli2 hal agama lak dia…

        7

        0
      • minah jambu says:

        yg bagos Nye lain taon GV kena BAN artis pompan bertudung masok GV..ambek artis pompan yg FREE hair aje laaaaaaaaagi bagos…! artis tudung ni leceh !!

        3

        1
      • The truth says:

        Aku setuju dengan dgn kau anon 5.14. Malaysia bukan Arab Saudi or yemen or pakistan or yg sewaktu dengannya. Yg suka cenggitu dipersilakan berambus. Menyampah aku dgn extremist. Bajet warak tapi warak yg bodoh.

        1

        6
  7. fiii says:

    nthla…tapi tengok kat GV,die ni mcm gedik pun ada..ala2 nak manaja gituu..mengada

    27

    1
    • lalala says:

      kannn..aku pkir prasaan aku je, tp aku tgk pn tak brape nak bkenan prangai ala kiut dia tuh.. sora mmg laa ok p prangai tak pdn dgn umur je, sopan lg aku tgk intan sarafina tu dr nora ni..

      39

      1
  8. Saper2 je la says:

    Itu sb hrtu aku komen nora ni wat pe la msuk gv ni sb aku tau dia ni bersungguh penghijrahan ya…tudung pn elok labuh..buat album lagu berusur nasyid ngn anak2 dia…mcm calarkan imej dia je bila masuk gv ni yg kome sendiri tau tahap gegornya….tapi eh ade lak yg bash komen aku tu kata org lain ade aje pakai tudung menyanyi gak….ceh! Tu pase kalo tak paham maksud org jangan senang2 nk bash huh

    41

    0
  9. walaweh says:

    dia ni skarang aku tgk makin gedik. tergedik2 . cakap muslimah rock muslimah lah.

    22

    2
  10. Anonymous says:

    takk adill takk adill takk adilll..tak multi talented bosannnn

    5

    1
  11. Ellysha says:

    Sabar & tabahlah wahai Nora. Bukan mudah nk puaskan hati semua org. Harapnya pas nie dunia hiburan Malaysia x perlu ada artis wanita. Baik dr segi nyanyian, lakonan, pengacara dsbg. Apa2 pertandingan/program hiburan pilih kaum Adam shj.

    5

    2
  12. Anonymous says:

    Bukan suami dia tak bagi masuk ke

    17

    0
  13. mr rasional says:

    lain kali x payah produksi yang tentukan lagu apa..cukup dengan tema,lagu peserta yang buat pilihan n susunan muzik sendiri..baru lah bergegar!!!

    7

    0
  14. melati says:

    Cuma nk Juri jew Profesional….kalau kat US penyanyi lupa Lirik dh lamer OUT…tapi kt Malaysia ader Juri Simpati….poninnnnn..!!

    7

    1
  15. Anonymous says:

    Nora bawa lagu Sudah Ku Tahu, 2 minggu lepas sangat tak sedap.

    Projektor Band berjaya buat lagu tu jadi instant hit. Kalau Nora yang bawak lagu tu…..takde siapa pun akan terpikat

    14

    0
    • yesra says:

      “Sejak awal lagi, semua peserta diberi peluang untuk menyenaraikan lagu pilihan masing-masing daripada pelbagai genre muzik. Walaupun tidak dinyatakan lagu yang bakal kami nyanyikan secara terperinci, mereka ada memberikan bayangan supaya kami dapat melakukan persiapan, termasuk konsep persembahan dan pakaian”
      Sorry aku tgh try nak make sense benda ni. Bayangan amendenya kalau kau cuma akan tau lagu apa nak nyanyi lepas konsert. Preparation apa kau dah buat pun, kan tiap2 minggu nak kena focus kat lagu yg nak di perform je. Dah la nora kau perform dah la tak menarik, tak sedap, nothing to shout about, average sajorrr.

      18

      1
  16. cik anon says:

    memula ckp lagu Evanescence tu dlm senarai pilihan…tetiba perenggan bawah ckp lagu Rindu -Amelina tu pon pilihan gak. Dah tu ape masalah nye akak oiii…dua2 lagu pilihan ko gak kan…ate nyanyi jo lahhhhhhh

    8

    1
  17. aihh says:

    ahh nora… salah sorang perempuan melayu kalau kahwin.. 3 hari tak kelaur bilik…

    0

    6
  18. yna says:

    dah tu nyanyi je la lagu amelina tu,cakap tugasan,antara pilihan katenye.nampak sgt nora xnak lagu tu,tukar lagu lain.kan????

    10

    0
  19. Anonymous says:

    nora ni dlm fb mcm2 update..bila amir raja lawak tanya..muka dah semcm. dia ni dulu busuk hati gak..selalu komen negatif pasal ct. jeles pun ada…

    9

    1
  20. ada lah... says:

    pernah kerja dengan dia.. Mula2 excited la sbb mmg suka dgn org lemah lembut ni.. Bila da kerjaaaaa.. Menyesal gile.. Manusia pling fake yg pernah ak kenal. Kalau korg org ada2 aka kaya layanan dia tiptop! Tp kalau kengkorg org biase2 aka xberape nak kaya nk tunjukan muka pn x.ade 1 mkcik/kakak ni minat punya pasal siap dtg naik teksi gn ank dia nk jumpe punye pasal haram nk keluar. siap pesan ckp dia xde kat rumah. kalau org tu bwk kereta2 mewah tetiba muncul wlpun xpanggil. member ak cerita pernah la masuk kedai yg jual pkaian dlman wanita nak beli seluar “kecik” & ambil size yg “sgt” xsesuai dgn dia member ak tegur la sbb xnk dia salah beli. dan2 dia ckp “saya tahu la size sy!” dgn nada yg agk kasar. time nk byr dia main campak je duit. xde adap lgsung!!. kalau taw perangai gitu biarkan dia melecet pkai seluar “kecik” tu. phuii.. tp kesian husband dia sgt sbr dgn dia.. kalau xdgr mengamuk 1 rumah smpai pernah sekali tu pecah meja mkn dia kerja kan. Citer lelebih kang dia taw plak siapa aku..

    31

    1
    • Anonymous says:

      ko bibik die eh?

      13

      2
    • KKPL says:

      Ye ke ???
      biasa la artis ni pun manusia jgk berak kencing pun sama cam kita .cuma korang korang je yg BOdoh pantang nampak muka SWEET aje BUDGET cam org tu baik sangat!!!
      Bila da pakai tudung aje da SUCI da , padahal perangai KIMAK tu wujud dimana mana .
      Bab dulu GEDIK lum pakai tudung semua da lupa . Baik dari TOK TI sampai ke NEK TA ..
      Apa yg aku tahu artis ni mmg 99% FAKE !!!
      Sengaja tunjuk harta padahal semua nya SPONSOR!!!
      Meanwhile $$$ringgit makin menurun rakyat makin sempit otak bangga kan ARTIS !!!

      1

      0
  21. GV GV GV says:

    Tapi better la tukar lagu. Dia kan dah bertudung. Pihak penerbitan pon agak2la bila bagi lagu tugasan pon. Mau kontroversi esok klu dia nyanyi lagu rindu tu. Tgk lirik dia pon korang dah tau. Ada ah.. ah.. lagi. Klu swap lagu selamat jalan romeo bagi kat nora dan rindu bagi kat intan pon ok. Selamat jalan romeo ok la sikit klu bagi nora nyanyi.

    2

    2
  22. X says:

    Muka iras nora danish. Ctdk-nora arifin-nora danish-ruhainis muka sepesen

    4

    5
  23. jemahjiransebelah says:

    stkt lagu rindu tu celah gigi je pada nora. tak mencabar lansung except kalau dia kena bergelekla. ni dia dpt lagu bring me to life lagi mencabar gila kot

    4

    0
  24. minah jambu sayang baby jambu says:

    pehak hospital mesti nak kawat ketat supaya baby yg baru lahir tidak di lari kan oleh orang yg tak di kenali..pintu keluar masok hospital itu yg paling penting mesti di jaga dengan ketat…helo pak najib u nak kena pantau mana2 hospital supaya jangan ada yg masok sesuka hati untok mengelak pencolekan baby…thank u pak najibbb…idop umno ! idop jalur gemilang ! idop 1malaysia ! idop pak najib ! lov u pak najibb eemmuah…!

    0

    6
  25. Anonymous says:

    Typical malaysian. Bodoh. Sedih. Nak komen politik, g kat fb dia takpun blog2 politik lah bodoh

    0

    0
  26. siti says:

    I pun heran motif nak tukar2 lagu.. nyanyi la kan dah tugasan.. acah2 diva je.. jangan risau juri2 sayang Nora punya. mesti sah2 final. GV kali ni mewakili 3 suara juri ke. tak mewakili smua rakyat Malaysia yer…

    0

    0
  27. KKPL says:

    Kan baik kalau haramkan aje penyanyi Pompan dari pape persembahan pat TV?
    Biar aje bukan muslim yg perform, buat hiburan.
    Kita org muslim pakat pakat jadi penaja aje.
    Drama drama pun tukarkan aje jadi ke CERAMAH 24 jam agama.
    Haram kan jugak BLOG BLOG GOSSIP.

    0

    0
  28. KECIPANG KECIPUNG says:

    suara nora memang best la power dgn umur yg dh agak berusia.
    tapi x nak die masuk final. sebab? sebab die dh cukup tua kalau nak famous pun sampai bile je..paling lame pun setahun dua tahun. astro buat tindakan bijak jadikan siti nordiana juara gv2 sebab die muda lagi so perjalanan karier boleh develop jauhhh lagi.. dats y intan sarafina masih dikekalkan wlpn suara ke laut sebab masih boleh digilap n boleh ke depan lagi..so nora n zureda dh blhla yer dont try so hard nk smpai ke final. org dh kenal balik awak dh cukup bagus. bagi peserta lelaki lain, mcm ameng, walaupun die dah tua tp tetap die boleh teruskan karier die ke depan lagi..sampai tua pun org still blh tgk mcm ramli sarip tua2 org still nk tgk..tp ko tgk ogy, salamiah hassan..dh tua2 menyanyi org xnk tgk..menyampah lg ade!

    4

    1
  29. X says:

    Kalau astro suruh goyang inul pun takpe.janji masuk..Astro tu pengalak pembuangan bayi.jangan ikutkan sangat.Drama astro semua kisah kemaruk celah kangkang.perosak generasi.Ketuanya melayu.Janji masyukkk.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Abis tu ko nak AH CHong GAN MUTHU yg jadi ketua ASTRO???
      Da pun negeri melayu baik la melayu yg jadi ketua nya.
      Apa ko ingat pat Arab sana tu semua perfect? Takde pembuangan Bayi ? Cerita celah kangkang?
      Pat sana lagi hebat KURAFAT NYA .. Tapi org sana tak laungan keburukan bangsa sendiri.

      0

      0
  30. Mawar says:

    X adil la mcm ni..kalau dh mcm lps kalau ade peserta yg nak tukar lagu bolehle buat alasan mcm ni..

    0

    0
  31. PrettyNoona says:

    Menyampah lak dgn dia ni… Saje nk tukar.. Klu ye pun kesalahan teknikal, da broadcast kot… Nmpk sgt pki pengaruh..

    1

    0
  32. Anonymous says:

    Biorler si luncai terjun dgn labu2nya
    .

    0

    0
  33. kude_laut says:

    gv macam kude. zur eda plih geng duet ngan nassir wahab, klau x mamat.. nora boleh pilih tuka lagu.. ntah mende2.. dah dalam senarai… nyanyi jela….

    0

    0
  34. #jgn Kecam says:

    Dulu suka Nora..tapi bila dia masuk #GV3 ni tengok kerenah dia macam alamak..!!!
    Nak reconfirm lagu lah..apa lah..kalu betul bawak je lah lagu dangut..
    Nana dulu ok jew..yg corak lagu tu kita!! pahe dok?!!

    pastu for semi final boleh pulak dia dapat lagu sendiri..addoiiyaiii…yg ni x mo reconfirm dgn astro ke.

    apa2 pun bagi saya NORA hanya sekadar nama saja di #GV3
    Tapi Kredit kepada yang lain2..

    3

    0
  35. Kuntey says:

    Kaki santau… habis peserta jatuh sakit dibuatnya… tak pe… final nanti ko yg jatuh atas stage!

    1

    0