Nora Danish Tumpu Jaga Kandungan, Ingin Berhati-hati

Nora Danish Tumpu Jaga Kandungan, Ingin Berhati-hati

Ha, suspens kan tajuk entri ini? Ya, ini ialah kerana pelakon Nora Danish, 35, telah mengesahkan kepada BH Online yang dia kini hamil tiga bulan.

Advertisement

Ini ialah kehamilan sulung perkahwinan Nora Danish dengan suami, Nedim Nazri dan juga anak kedua buat kedua-dua Nora dan Nedim yang masing-masing mempunyai anak lelaki dari perkahwinan terdahulu. Nora berkata:

Saya gembira dengan berita ini, …suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini.

Desas-desus bahawa Nora telah hamil bermula apabila Netizen melihat melihat foto Nora menghadiri majlis pernikahan teman baik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikongsi di laman sosial.

Badan Nora yang sedikit berisi dan kelihatan seolah-olah ada baby bump itu menyebabkan Netizen berspekulasi. Nora bagaimanapun tetap teruja menantikan kehadiran orang baru dalam hidup mereka walaupun telah memiliki seorang anak, Putra Rayqal Rizal Ashram:

Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.

Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik.

Ini bermakna mata Netizen memang tajam sampai benda-benda begini pun mereka peka. Apa pun ini memang berita baik buat Nora dan peminatnya. Semoga segalanya dipermudahkan sehingga tiba hari kelahiran bayi Nora dan Nedim itu nanti

Untuk makluman, Nora dan Nedim sah bergelar suami isteri pada 30 Mac lepas. – beautifulnara.com

Sumber gambar: Instagram Nora Danish

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...