Written by Bella | February 3rd, 2017

Sejak menceburi bidang perniagaan tudung, pelakon Nora Danish tidak henti diajukan soalan bila agaknya beliau pula akan mengenakan hijab.

Nora akui beliau sudah ada niat untuk berhijab tetapi ingin berubah secara perlahan-lahan dan enggan terlalu membicarakan perkara itu yang belum lagi pasti.

Buat Nora, biarlah beliau melakukan perkara itu dengan ikhlas dan kekal sehingga akhir hayatnya.

Seperti Elfira yang sudah pun berhijab, saya juga memasang niat ke arah itu, insyallah. Cuma saya tidak mahu menggembar-gemburkan perkara yang kurang pasti. Doakan saja yang baik-baik. Saya percaya semua orang mahu berhijrah ke arah menjadi insan lebih baik.

Saya sendiri tidak terburu-buru dalam hal ini. Saya tidak mahu nanti, selepas mengenakan tudung, saya kembali dengan imej tidak menutup kepala.

Benar apa yang dikatakan Nora, kita tidak boleh paksa seseorang itu terus berubah secara mendadak tanpa kerelaan hati mereka hanya untuk memuaskan hati orang lain.

Sumber Berita : BH PLUS

22 responses to Nora Danish Pasang Niat Mahu Berhijab

  1. Ramli sarep says:

    Dan kemudian dtg la ustaz / ustazah internet yg akan komen :
    “Habis tu ko ingat ajal nak tggu ko??”
    Hahahahha sama2 kita nantikan…!

    10

    1
  2. tarabas says:

    ko ingat berhijab tu macam mandi wajib..nak kena pasang niat

    22

    1
  3. enota says:

    pakai le tudung tutup samapi ke lutut, namun kalau perangai macam setan neraka tetap neraka……itu yg kita nampak sekarang ramai yg pakai tudung tetapi hati busuk , mulut jahat, perangai mengalahkan sudal, curi laki orang, zina sana sini, buang anak dan banyak lagi perkara yg jijik.

    Tetapi yg kita jarang dengar perkara yg buruk2 pada yg tak pakai tudung termasuklah yg perempuan bukan islam. Kita langsung tak dengar mereka buang anak, dera anak, berzina dll. Lebih baik tak pakai tudung daripda pakai tudung tapi perangai mengalahkan setan

    11

    29
    • Anonymous says:

      Jangan salahkan tudung..salahkan individu itu sendiri..

      29

      0
    • zeetajones says:

      tudung tu tak salah..bukan benda hidup pun..manusia tu yang bersalah dan berdosa..

      20

      0
    • Pekerja Gomen says:

      Bila hati sudah hitam…….

      8

      0
    • biarbetik says:

      Biasa la yg tak tudung kutuk yg tak bertudung, yg lum bertudung cuba tegakan benang basah…sebenarnya manusia semua sama ada baik ada tak baik…yg tau cuma Diatas ye tak…apapun moga Nora terbuka hati dia ye…jadi takyah la paksa2 org pakai tudung…atau jadi batu api biar org tak mau pakai tudung…yg penting kita jaga family sendiri pun cantik ye tak…biarkan siluncai terjun dgn labu2 nya…

      6

      0
    • Hani says:

      Yang takpakai tudung tu diorang buat terang-terangan je, terus ke club.Hahaha

      5

      1
    • joshua says:

      enota…..mcm ko ke?? bertudung tapi mulut jahat..

      1

      0
  4. hamba Allah says:

    Niat yang baik akan di balas dengan yang baik Allah. Walau puan hanya dengan niat. Allah Maha Mengasihani. DIA Akan di beri petunjuk dan jalan..Trust Allah. Nora Danish I pray for you.

    7

    1
  5. hamba Allah says:

    *di balas dengan yang baik oleh Allah.

    4

    0
  6. Anonymous says:

    Insyaallah.. nora istiqomah bila dah pakai tudung.. jom doakan yang baik-baik untuk nora..

    7

    0
  7. Anonymous says:

    Insyallah bila dia kahwin nanti dia akan tutup aurat.
    Tapi bagus lah at least niat dah ada. lambat atau cepat ajer.

    5

    0
  8. KiahPropa says:

    Akak doakn niat bek ko ni jd kenyataan. Jgn terburu2. Slow2 berubah. T dh pakai tudung jgn ko pakai seksi2 dh ye dik.

    5

    0
  9. Cik Cahaya says:

    dah niat nak kearah itu baguslah, itu maknanya Allah dah jentik sikit hati dia untuk berubah. Tak perlu berubah secara drastik, memang betul ajal bole sampai bila2 tapi klu niat kita betul nak berubah kerana Dia, inn sha Allah Allah akan permudahkan urusan kita.

    5

    0
  10. Yaya says:

    Ramai2 artis yg dah berhijab, knp dia mention elfira?
    Dia kwn rapat ngn elfira ke? Tak pernah plak aku tau.

    2

    0
  11. Anonymous says:

    Berapa kali BN ni nak ulang gossip ND ni nak bertudung..bila nye entah.. Lepas Ni gossip ND nak kahwin..haishh..

    1

    0
  12. . says:

    Artisss…dah nampak kedut2 ler tu.

    0

    0
  13. Jai Mengejai says:

    Menyampah pulak aku kat minah ni. Dah tak popular buat lah cara tak popular.

    0

    2
  14. Sabahbilang says:

    I love nora danish..tudung ka tida yg pnting iman dn akal still ada..kami org sabah syg sma nora ^_-

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Baru psg niat dah pong pang pong pang.niat saja tnpa buat tak kemana minah oii.sama jgk..stakat niat jer nk solat tp tak solat2, kau ingat ini mazhab pakai niat ajer manjang tnpa praktikal? Solat hukumnya wajib.tutup aurat hukumnya pun wajib.ssama kan?o..apa mlh kau ni ?

    0

    0
  16. semoga dilembutkan hati untuk bertudung litup sepenuhnya aaamiiin

    0

    0