Written by Bella | February 22nd, 2016

Sejak Nora Danish meluahkan hasratnya untuk berkahwin dan mula menyambung percintaan beliau dan Nedim Nazri,  ada khabar angin yang mengatakan mereka berdua sudah mula melakukan persiapan perkahwinan secara senyap-senyap.

Malah, baru-baru ini  Nora dikatakan sudah menempah baju kahwin. Betul ke?

Namun, itu semua hanya gosip semata-mata dan Nora telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Jelas Nora, jika beliau ingin berkahwin pasti beliau akan mengumumkan berita gembira itu kepada umum dan berharap tiada lagi orang yang percaya dengan berita palsu yang disebarkan.

Mana ada saya tempah baju kahwin. Semua itu spekulasi dan saya belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Kalau betul nak kahwin, pasti saya akan umumkan kepada pihak media dan peminat.

Saya sebenarnya penat nak menjawab soalan yang sama. Jangan cepat percaya jika tersebarnya cerita saya bakal berkahwin sebab saya sendiri akan beritahu peminat.

Ramai juga sebenarnya tidak sabar untuk lihat Nora berkahwin, iyalah dah bertahun juga solo dan menyulam cinta dengan Nedim, untuk apa tunggu lagi kalau sudah bertemu dengan jejaka yang betul-betul sesuai dengan anda?

Sumber Berita: Astro Gempak

6 responses to Nora Danish Nafi Gosip Sudah Tempah Baju Kahwin

  1. Kijang says:

    Hmm sejak menjak kes samtilla aku dah taktau nak pecaya camane..
    Ckp retis2 ni sume takleh dipercayai lagi2 nora & nedim yg konon2 dah break pastu kantoi pegi bali la apa la.
    Serius tak fhm apa yg korg takut sgt nak ngaku? Kalau nak jga saham eh takyah la kot..

    0

    0
  2. aaakulahhh says:

    laa…x mati lagi 2 eko ni..harap cpt2 la mampus..serabut la kome2 ni..puihhhh

    0

    0
    • anon says:

      Jgn doakan bende2 yg tak elok utk org, nanti terkena kat diri sendiri or keluarga…. Huh….kotornya hati…. gih taubat & baca Quran banyak2. Saje2 cari dosa ngutuk org. Tak suka takyah baca kesah dia, jenis manusia jahat..

      0

      0
  3. Miss Unibes says:

    Very-over-the-top

    0

    0
  4. Menyampah says:

    Ni couple perasan hebat! Kehulu kehilir tak sedar diri. Buat malu kat anak je.. Kawan dah bertahun2.. rasanya dah lebih 5 thn, tak tau apa yg tak kenal lagi.. rasanya dah habis luar dalam kenal kot..

    0

    0
  5. Miss Unibes says:

    Kalau tak pernah tengok Bung Mokhtar waktu muda2 dulu, ni tengok Nedim! Lol.

    0

    0