Written by Bella | July 4th, 2015

Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, beberapa artis nampaknya sudah mula berhijrah dan mengenakan tudung dan ada juga yang berhijab bagi menghormati bulan suci ini. Baru-baru ini, Nora Danish juga dilihat sering memuat naik foto beliau menutup aurat sehinggakan ada yang  peminat beliau yang mahu beliau terus berhijab.

Mengakui ada menyimpan hasrat untuk bertudung, Nora bagaimanapun enggan membuat keputusan tersebut atas paksaan mana-mana pihak dan ingin ia lahir ikhlas daripada hatinya sendiri.

Saya memang ada berhasrat untuk berhijab kerana sebagai muslim ia sesuatu yang wajib untuk dilakukan tetapi biarlah ia betul-betul ikhlas dari hati dan bukan kerana permintaan pihak lain atau peminat.

Berhijab ini kalau boleh kita ingin pakai buat selama-lamanya, jadi saya pun dalam proses untuk sucikan hati dan bersedia ke arah itu satu hari nanti.

Nora selaku duta Safi Rania Gold tampil berhijab pada majlis berbuka puasa Safi Ramadan Al-Mubarak, di Hotel Royale Chulan pada Khamis lalu,  bagi menghormati majlis berbuka puasa dan solat terawih yang dilakukan bersama tetamu.

Tambah Nora lagi, kekasihnya Nedim Nazri juga tidak pernah memaksa mahupun melarang beliau mengambil keputusan untuk menutup aurat.

Adalah lebih baik untuk kita tidak memaksa seseorang itu untuk menutup aurat jika mereka belum bersedia. InshaAllah kalau niat itu sudah ada pasti satu hari nanti ia akan termakbul juga. Doakan yang baik-baik sahaja buat Nora Danish.

Sumber Berita: mStar Online

26 responses to Nora Danish Mahu Bertudung Tanpa Paksaan Mana-mana Pihak

  1. Anonymous says:

    okay lah …dosa kau..ko tanggung. anyway….video ni paling hangat minggu ni.

    0

    0
    • baby Larat says:

      Ada orang bangga berkata walaupun belum bertudung…asalkan hati bersih. Padahal bertudung berkat, dan dia telah rugi.. ?

      #?SalamRamadan? ?#?KosongKosong? #SilaTerasa

      0

      0
      • Anonymous says:

        Kenapa la aku makin muak dgn minah ni.

        0

        0
        • Zack says:

          hendak seribu daya; tak nk seribu kelentong!

          0

          0
        • Cili Merah says:

          Omg…Ini bukan soal hati, ini soal WAJIB. Admin, kalau nk mengampu retis sekalipun, jangan la sampai nampak jahil. May peace be upon you…

          0

          0
      • Sekadar Tegur says:

        X perlu cuci hati tu Nora hoiii, klau nk berubah, malam ni pun bleh berubah. X payah tunggu hati tu direndam dgn klorox, disental dgn sabun fab, diberus dengan dawai dan dibilas dengan air…

        0

        0
        • Podah! says:

          Dia pun dh jdi mcm bkal pak mertua dia geng Umno tu wei. Ckp guna kpla lutut!

          0

          0
    • minah jambu sayang nenek says:

      Al maklom lah mak rosmah kan dia gemok mana lah boleh tundok2 nk pakai kasutt ..jadi ada lah orang pakaikn dia kasut n ak rosmah pon tk suroh orang tu pakain dia kasutt..idop umno ! idop jalur gemilang ! idop pak najib ! lov u pak najibbb..

      0

      0
    • Anonymous says:

      Takda siapa paksa hang nora utk pakai tudung. Hang ja kena muhasabah diri hang. Buatlah apa Allah dah kata. And tutuplah aurat & jgnlah dok brkepit ja dgn si nedim tu..

      0

      0
    • bukan rosmah mansor says:

      Sorry wei aku bukan nak sokong sgt Rosmah tapi beliau aku rasakan mungkin mempunyai masalah kesihatan jika dilihat pada bentuk fizikalnya. Dia short and stout so mungkin dia tak boleh nak tunduk pakai kasut dgn mudah. Sakit lutut macam emak korang dkt kampung jugak lah. Alang2 dah ada duit banyak baik dia gajikan orang utk tolong dia dlm hal2 macam ni, ye tak? Bodoh lah umat Melayu ni. Bangsa lain dok sibuk membuka pekung menyebar fitnah korang pun percaya bulat2. Suruh belajar pandai2 korang malas. Puiii.

      0

      0
      • akuISLAM says:

        Umat Melayu????

        0

        0
      • Anonymous says:

        wondering macamane die solat..sedangkan sebelum2 neh ade tunjuk solat bjemaah tak pula solat atas kerusi atau solat duduk..bestnye ade org back up lutut sakit katenye..kalau ye, nak jalan selalu pon payah ler..ini steady jek

        0

        0
      • Anonymous says:

        bukan nak ckap ape la..mak angkat ak pun badan lebih kurang rosmah..n sakit lutut..dia mg xlarat nak berjalan.kalau beli barang dapur pun dia akan berpaut dkat troli..tapi dia boley je pkai kasut sendiri..xpernah plak dia minta tolong ak pkaikan kasut dia dengan alasan sakit lutut..

        0

        0
    • Anonymous says:

      assalammualaikum…di bln yg mulia ini berdosa kite mengata or mengumpat orang walaupun kejahatan yang dilakukannya…

      0

      0
  2. Ahaks! says:

    Kalau badan putih, muka hitam gunalah…. Safi Rania Gold.
    Kalau muka putih, hati hitam….gunalah Al-Quran.

    0

    0
  3. Ahmad Naslan says:

    Bila disuruh buat yg baik.. dikatenya paksaan. Bila disuruh buat maksiat(pegang tangan, pelukx2).. dikatenya mengikut skrip bukan paksaan. Aku dah menyampah ngan dia ni

    0

    0
  4. melati says:

    pasni Pilem2 Malaysia semua pelakon & penyanyi buat kisah Agama islam jer….semua artis wajib pakai tudung..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Muhasabah diri..sempurnakah aurat kita

    0

    0
  6. Bobby says:

    Bosan minah meroyan ni

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Janganlah nak kutuk megata Nora. Doa semuga dia.diberi hidayah. Itu yang terbaik.

    0

    0
  8. Tokioo says:

    Bertudung x wajib. Menutup aurat itu yang wajib. Now, apa kata saya guna statement ini, “Nora Danish Mahu Berpuasa Tanpa Paksaan Mana-Mana Pihak”. Tang wajib puasa reti plak buat. Tang wajib tutup aurat kuar mcm2 statement tahap pra skolah.

    0

    0
  9. mulut celupar says:

    comel nya nora pakai tudung..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    lps ni kuar laa tudung bran ‘nora danish’..aku xtau laa ape niat seseorang artis tu berubah bertudung tp dr ape y aku dok perhatikan kebanyakan y dh berubah semua jual tudung…adakah bertudung sbb nk buat bisnes tudung n dpt kuar kan jenama sendiri??pikir2 kan lah…

    0

    0