Written by Bella | November 9th, 2015

Pada majlis pelancaran koleski tudung serta jubahnya tersendiri  Nora Danish telah dikecam hebat oleh pengikut di Instagram kerana berpakaian menyerupai rahib dan dituduh penyokong iluminati apabila tampil di atas pentas membawa seekor burung hantu sebagai simbolik kepada jenama tudungnya iaitu Owl by Nora Danish.

Walaubagaimanapun, Nora  yang dihubungi oleh portal Sinar Harian bertindak untuk mendiamkan diri dan enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan.

Memulakan perniagaan untuk muslimah meskipun beliau tidak bertudung, Nora dalam kenyataannya berkata beliau ingin memberi inspirasi kepada orang lain diluar sana.

Nora juga memberitahu satu hari nanti beliau juga akan bertudung dan harap peminat mendoakan yang terbaik buatnya.

Insya-ALLAH (akan berhijab). Saya berharap agar dapat memberi inspirasi kepada ramai orang berpakaian Muslimah dan saya juga mahu berubah. Doakan saya.

Tidak apa, kita doakan sahaja Nora Danish akan berubah ke arah lebih baik satu hari nanti. Kalau  hatinya sudah terbiasa dan dekat dengan perniagaan berkonsepkan muslimah tentu pintu hatinya juga akan terbuka untuk bertudung satu hari nanti.

Sumber Berita: Sinar Harian

8 responses to Nora Danish Enggan Komen Isu Berpakaian Menyerupai Rahib

  1. Cilipadi says:

    Kau bukak Owl Bikini by ND lagi sesuai la dgn imej kau. Mcm mempermainkan agama je. Time nak promo tudung kau berlitup bagai, time berpoya habis tayang semua. Ini semua poyo!

    0

    0
  2. Anonymous says:

    bila nk berniaga…baru nk tutup aurat.

    0

    0
  3. lara alana says:

    yang aku tahu kita kalau islam kita tau selok belok haram halal dalam islam. kalau kita islam tapi dah buat semacam kita bukan islam tu dikira murtad. wallahu ‘alam. semoga kita yg islam ni dilindungi Allah supaya berpegang pada agama yg satu ni sehingga habis nyawa. aku pun enggan komen pasal isu pakaian nora danish ni.

    0

    0
  4. Nek Bunga says:

    Si pompuan ni memang mencurigakan – dahlah asyik sasarkan anak-anak pemimpin politik penting Melayu! Siapa keluarga dia; tak pernah dengaq pun!

    0

    0
  5. Noralin says:

    Nora cantek bertudung tp tudung mcm ni salah.. patutnya lain kali kena aware.. but pasal isu mainkan agama ni, nora kena tawu yang xblh nk on/off pakai tudung mcm ni sbb ini menunjukan yg nora takot pada manusia dan bukan Allah.. #sayatakpandaiagama #harapmaaf

    0

    0
  6. miss opppssss says:

    Sebab tengok skrg trend musim artis juai tudung, si ND ni pun nak jual tudung gak…. Tapi sebab xnak nmpk sama dgn tudung2 lain, maka diubahlah sedikit design tuh jadi ala2 hoodie yg akhirnya bila dipakai nampak sungguh aneh dan pelik dan aku sebagai salah seorang buyer tegar muslimah fashion, TAKKAN sekali2 beli design cmni… mengarut….. Islam tuh indah dan tak menyusahkan….Tapi manusia2 zaman skrg gemar memandai ubah itu ini menjadikan sesuatu itu kelihatan mcm fashion makhluk asing….

    Sori, aku bercakap yg benar…

    0

    0
  7. Mee rebus says:

    Laaa…gaya hidup punyala macam a westerner; speaks english most of the time (in the insta at least), travels a lot, lives life as an urbanite i.e parties a lot, xkanla gaya pakaian for a nun pon tak tahu??

    0

    0