Nora Danish Doakan Kebahagian Jejai Dan Fasha

Hiburan

Nora Danish Doakan Kebahagian Jejai Dan Fasha

Tanggal 27 April ini bakal berlangsung majlis pernikahan Fasha Sandha dan Jejai di satu tempat yang dirahsiakan. Tentunya ramai tertanya-tanya apakah perasaan Nora Danish selaku bekas isteri Jejai. Nora Danish yang ditemui oleh wartawan portal GUA mengakui yang dia tidak menerima kad jemputan dan bakal menunaikan umrah ketika majlis tersebut berlangsung.

nora danish

Advertisement

Walaupun tidak dapat hadir, Nora Danish tetap mendoakan agar majlis tersebut dapat dinikmati oleh bakal pengantin. Kata Nora:-

Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari. Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama.

Apabila ditanya sama ada anaknya dan Jejai iaitu Putera Rayqal Ramli akan hadir dan boleh menerima Fasha Sandha sebagai ibunya, Nora Danish berkata:-

Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai. Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya ‘aunty’ saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang.

Dan Nora sempat membuat sedikit lawak ketika memberikan ucapan selamat pengantin baru kepada Fasha dan Jejai.

Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.

Abang Nara respek serespek respeknya dengan ketenangan dan kematangan Nora Danish menjawab soalan-soalan daripada wartawan. Kredit berita sepenuhnya kepada portal GUA.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...