Nora Danish Dan Nedim Nazri Bercinta Semula?

Hiburan

Nora Danish Dan Nedim Nazri Bercinta Semula?

Sejak mula bercinta, sehinggalah mereka sudah membawa haluan masing-masing, hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri masih lagi menarik perhatian ramai.

Walaupun mengakui mereka tiada apa-apa hubungan istimewa lagi, Nora dan Nedim selalu kelihatan bersama dan ada pihak yang mengatakan mereka sudah bercinta semula apabila sebuah video mereka keluar makan bersama tersebar di Internet.

Advertisement

Namun, menurut Nora mereka masih lagi bersahabat baik dan menafikan hubungan mereka retak kerana orang ketiga. Bagaimanapun, Nora memberitahu beliau tidak menolak sekiranya mereka dijodohkan untuk bercinta semula.

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, cinta tak semestinya memiliki. Kami putus bukan kerana kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan ada perkara yang perlu kami selesaikan dulu.

Benar kami ada keluar bersama kerana kami masih bersahabat baik. Masing-masing sudah dewasa dan boleh berfikir secara matang. Seandainya ada jodoh, kami akan bercinta semula. Namun, buat masa ini saya lebih selesa begini.

Kalau sudah rapat dengan seseorang itu bukan mudah untuk nak lupakan si dia bukan? Lagipun, ada sahaja pasangan yang sudah putus cinta tetapi masih lagi boleh bersahabat baik kerana sudah selesa antara satu sama lain.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...