Written by Bella | May 21st, 2015

Tercetus rasa khuatir dan bimbang didalam hati adik kepada penyanyi terkenal Anita Sarawak iaitu Noorkumalasari apabila kakaknya itu sudah tidak menghubunginya selama dua bulan lamanya.

Memetik laporan portal Singapura, The New Paper, kali terakhir Noorkumalasari menghubungi Anita ialah sekitar Mac lalu. Namun panggilan itu tidak berjawab dan Anita gagal dihubungi.

Menurut Noorkumalasari, kakaknya itu akan menghubungi beliau pada setiap kali hari lahir beliau yang jatuh pada bulan April. Bagaimanapun, kali ini beliau tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada Anita.

Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa agar dia berada dalam keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan perkara lain.

Itu 40 peratus yang saya rasakan. 60 peratus lagi jujur saya katakan ada terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini kali pertama kami tidak bercakap dalam masa yang begitu lama.

Beberapa usaha telah dilakukan oleh rakan karib Anita sendiri untuk menjejak beliau di Amerika Syarikat dan berkunjung ke rumahnya tetapi mereka juga gagal mengetahui keadaan beliau sekarang.

Sehingga kini misteri kehilangan Anita masih lagi menjadi tanda tanya. Ada khabar angin yang menyatakan beliau sudah bercerai dengan suaminya, Mohamad Mahathir Abdullah . Susulan perpisahan tersebut, Anita dikatakan telah membawa diri ke Las Vegas, Amerika Syarikat dan beberapa peminat mendakwa pernah melihat penyanyi tersebut sudah berhijab kini.

Dari pengetahuan saya, khabar angin itu tak betul. Atas sebab itulah saya menghubunginya agar dia boleh perjelaskan perkara sebenarnya. Nak kata dia takut saya bertanya akan hal itu, mustahil. Ini kerana kami adik beradik dan kami sangat rapat, kami saling nasihat-menasihati sekiranya ada masalah.

Kami pasti ramai rakyat Malaysia yang merindukan Anita Sarawak dan risau apa sebenarnya terjadi kepada beliau yang membawa diri secara senyap tanpa sebarang jejak. Tiada apa yang dapat kami lakukan selain berdoa agar Kak Nita baik-baik sahaja dan agar dibuka pintu hatinya satu hari nanti untuk kembali ke tanah air.

Sumber Berita: Berita Harian

 

 

 

14 responses to Noorkumalasari Risau Anita Sarawak Tidak Dapat Dihubungi

  1. Anonymous says:

    first………

    0

    0
  2. Anonymous says:

    first 1/4 hahahaha

    0

    0
  3. Anonymous says:

    kahkahkah,kahwin lagi ngan mat salleh.

    0

    0
  4. loyalmalaysian says:

    orang melayu kawin mat saleh kebanyakannya mana ade kekal …
    sedar diri lagi baik…

    0

    0
  5. HAMBA ALLAH says:

    DI DOAKAN AGAR KAK NITA BERADA DALAM LINDUNGAN ALLAH S.W.T ADANYA. SEMOGA SELAMAT DI KEJAUHAN. JIKA KAK NITA ATAU KENALAN YANG RAPAT DENGAN DIA TAU DI MANA ATAU APA KEADAAN NYA MAKLUM KAN LAH PADA KAK NOORKUMALASARI DI SINI. PEMINAT2 JUGA MENDOAKAN KAK NITA. AAMIIN YA ROBB.

    0

    0
    • Anonymous says:

      semoga Kak Nita didalam lindungan dan peliharaan Allah S.W.T. To those haters Kak Nita the Diva performed in Caeser Palace, Las Vegas untuk 16 tahun.Korang ader? Penyanyi Melayu lain ader?

      0

      0
  6. lucy says:

    alalala plastic bebeno pompuan ni tau…….dah terlalu editla tue sampai susah nak di cari wakakakaka…

    0

    0
  7. apapajelah says:

    kak nita ni rasanya da divorce dgn hubby mat saleh tu

    0

    0
  8. Poppy says:

    Semoga Kak Nita sihat & selamat. If Poppy pun akan rasa sama mcm KaK Noor. Lagipun Kak Nita kat sana sendirian. Tempat org, perangai org sana pun sometimes pelik2, saiko pun byk. Bimbang gak kan.. Kwn2 cari dia pun susah nak jumpa. Hopefully nothing bad happen.

    0

    0
  9. Kiah Propa says:

    Macam kisah MH370 plak ye

    0

    0
  10. Nek Bunga says:

    Baik Noor Kumalasari buat lapuran polis melalaui Kedutaan Malaysia kat US tu – ganjil betul suami Kak Anita tu!!

    0

    0
    • Nek Daun says:

      Kat sana bnyk pekara yg pelik2. Harap2 bukan IRS kejar mrk manalh tahu ada masaalh kes percukaian @ perniagaan. Paling risau kesihatan kak nita. Almaklumlah kak nita sebaya dgn mak kite. Hubungilah kedutaan. Kak nita wargangra mana ye?. Masih lg sporekn?. Nek bunger apa yg ganjilnya.

      0

      0