Nonny Nadirah Bergaduh Dengan Teman Lelaki Kerana Gosip Dengan Datuk Red

Hiburan

Nonny Nadirah Bergaduh Dengan Teman Lelaki Kerana Gosip Dengan Datuk Red

Pelakon Nonny Nadirah menafikan dan sanggup bersumpah bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan suami Adira, Datuk Red.

mStar Online melaporkan, Nonny juga menafikan pernah bertemu mahupun berhubung dengan lelaki itu.

Advertisement

Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red).

Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Sebelum ini, Datuk Red mengaku kantoi dengan Adira mengenai hubungan rapatnya dengan seorang pelakon dari Sabah yang namanya bermula dengan huruf ‘N’. Hubungan itu berakhir setelah Adira mendapat tahu tentangnya beberapa bulan lepas. Disebabkan gosip itu juga, Nonny dan teman lelakinya telah bergaduh.

Dan menurut Nonny, dakwaan Red tidak benar:

Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan akhbar tentang pengakuan dia tu.

Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar.

Nonny juga enggan memanjangkan isu itu kerana menghormati dua isteri Red serta bakal ibu bapa mertuanya.

Nonny memberitahu sudah lapan tahun bercinta dengan teman lelakinya dan mereka merancang untuk berkahwin.

Kalau boleh saya tak mahu panjangkan perkara ini sebab hormat isteri Adnan termasuk Adira, keluarga saya dan keluarga bakal mertua.

Lagipun, saya dan teman lelaki sudah lapan tahun bersama. Kami pun ada perancangan untuk berkahwin.

Saya tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan saya dan teman lelaki berantakan.

Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah.

Tapi rasanya tak perlu melibatkan gosip cinta.

I don’t like cheap publicity!! Get a life dude!! sy baru je dlm industri nie kan hmmm.. baru 11tahun gais..? udeh2 lettew.. Hentikanlah gosip2 liar sebegini..?sy penatlah.. I luv my friends,my family,my fans & my cinta hati..?? I RESPECT them.. so stop for being childish! Orang2 penting dlm hidup sy nie semua tau segala kebaikan & kejahatan sy.. :) sy bukan malaikat tapi kita nie makin hari makin tua bukan makin muda..kita belajar dari kesilapan utk menjadi org yg lebih baik.. mintak duit awk? menjalin cinta dgn awk? Jumpa pun x pernah.. lagi apa mau cerita?.. So funny!! Are U happy now?.. TQ for jeopardize my reputation! Hanya Allah yg dpt membalas segala jasa awk wahai Hamba Allah si polan bin si polan.. Peace mwah!!??? . Big applause ?????? . #cukupcukuplah #banyakhatilagiyangakukenajaga #kasiandehloh #mulutkayakbanci #akusenyapdipijakakubersuarabersebab

2,778 Likes, 42 Comments – Nonny Nadirah binti Zainuddin (@nonnynadirah) on Instagram: “I don’t like cheap publicity!! Get a life dude!! sy baru je dlm industri nie kan hmmm.. baru…”


Penulis tidak pasti sama ada dakwaan Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu menjalin hubungan dengan Nonny itu benar, tetapi jika benar memang citarasa Datuk Red wanita berkulit putih melepak agaknya.

Sebelum dikaitkan dengan Nonny, Datuk Red pernah dikaitkan dengan pelakon berkulit putih melepak Ruhainies, namun Ruhainies mendakwa langsung tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu. –beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...