Written by AbangNara | March 5th, 2012

Astro mengumumkan pelancaran NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk dikongsi dan dinikmati oleh semua orang hari ini. NJOI ialah sebahagian daripada aspirasi Astro untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat, informasi, hiburan serta sukan boleh didapati secara percuma untuk semua orang di Malaysia.

njoi

Pelancaran NJOI  memperlihatkan Astro dalam mengotakan janjinya untuk  merapatkan jurang digital di Malaysia. NJOI akan diperkenalkan melalui tiga fasa. Dalam fasa pertama, Astro merancang untuk mengagihkan 50,000 set dekoder NJOI dan piring satelit kepada penerima yang disenaraikan dalam pangkalan data program eKasih. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Astro dalam mewujudkan impak sosial dengan memberikan akses percuma kepada pendidikan, informasi, hiburan dan sukan kepada komuniti berpendapatan rendah, badan-badan sosial serta kebajikan termasuk rumah-rumah di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan TV dan radio. Jumlah pelaburan bagi melunaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang meliputi kos set top box, piring satelit dan kandungan program dianggarkan menelan belanja kira-kira RM500 sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

njoi

Dalam fasa kedua, perkhidmatan NJOI akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2012, yang membolehkan para pelanggan untuk membeli set dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran, membuat pemasangan dan terus menikmati 37 saluran TV dan radio yang terdiri daripada kandungan pembelajaran sepanjang hayat, informasi dan hiburan termasuk sukan secara percuma, tanpa yuran langganan.

njoi

Dalam fasa ketiga pula, para pelanggan diberi pilihan untuk membeli program-program tambahan yang diminati dari senarai menu yang menarik melalui mekanisma pra-bayar yang boleh didapati pada pertengahan tahun 2012.

njoi

Saluran-saluran Astro yang termasuk dalam NJOI akan meliputi saluran pendidikan yang berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM. Astro Vaanavil juga turut menawarkan segmen pendidikan khas seperti program UPSR Neram, Manavar Mulakkam Science Capsule dan Thirumbi Parkalam. Selain itu, saluran hiburan informasi yang boleh didapati dalam NJOI adalah seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang (akan datang),  Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan  19 stesen radio.

njoi

NJOI membolehkan orang ramai untuk mengakses kepada kandungan yang memperkayakan – informasi yang terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat  selaras dengan usaha Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. Astro akan terus melabur dalam melahirkan bakat-bakat, kreativiti dan teknologi dan berhasrat untuk menyediakan kandungan yang berharga yang memberikan kelebihan memilih kepada para pelanggannya mengikut keperluan, keutamaan dan bajet masing-masing.

njoi

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati TV satelit percuma melalui perkhidmatan terbaru Astro – Njoi, perkhidmatan TV satelit percuma tanpa langganan yang boleh didapati dari pengedar-pengedar sah Njoi di seluruh Malaysia. Dapatkan NJOI, yang terdiri dari sebuah dekoder, satu unit piring satelit luar-rumah (ODU), kad pintar dan satu unit alat kawalan jauh dengan hanya sekali pembayaran pada harga RM288, dan RM100 untuk pemasangan, yang memberikan akses kepada 18 saluran TV dan 19 saluran radio dengan serta-merta tanpa pembayaran untuk langganan bulanan dan tanpa kontrak perjanjian.

njoi

Untuk keterangan lanjut tentang perkhidmatan NJOI, sila layari www.astro.com.my atau telefon 03-9543 8100.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama Daripada Astro

  1. sakit tau jimmy tampar says:

    klu yg dah bayar bulan2 pon asyik ulang je rancangan sama….yg free ni apetah lagi kan…astro cekik darah..baik layan channel media prima guna arial lidi atas bumbung je f.o.c.!!!!

    0

    0
    • mimi says:

      tau xpe.. tp yg peliknya channel2 media prima tu dorg tak masukkan plak skali dlm njoi. padahal sah2 semua channel tu free.. nak guna aerial srg susah, tak semua tmpt coverage kuat dah..

      0

      0
    • hades says:

      NJOI pakej yg x berbaloi… bg la siaran media prima cm ntv7, 8tv dan tv9. kt area sandakan & tawau mana dpt siaran rancangan tu… pundek…

      0

      0
      • andy says:

        jom pakat2 komplen kat page facebook astro~ kalau ramai yg komplen nanti baru dorg bertindak..

        0

        0
    • sambal says:

      setuju sangat. aku dok tunggu je stesen baru. biar bersaing dengan astro ni. bila dia je monopoli, memang makin teruk. pastu charge tambah sana-sini. sebiji cam pangai maxis. sikit-sikit charge. pastu dianya iklan promo. adesss panjang tul.

      0

      0
  2. […] Astro mengumumkan pelancaran NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk dikongsi dan dinikmati oleh semua orang hari ini. NJOI ialah sebahagian daripada aspirasi Astro untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat, informasi, hiburan serta sukan boleh didapati secara percuma untuk semua orang … Continue reading → […]

    0

    0
    • bkn siapa2 says:

      NJOI??? tp saya tetap tak puas ati coz B4U dah d tukar ngan Bella…. kita bayar tuk B4U & sesedap ati jew diorang tukar, tak amik kira citarasa pengguna…. P.O.T.O.N.G jew pakej MASTIKA nee, so ari nee akan tu tel asteruk to tuk potong mastika coz dah tak berbaloi lg dah.

      0

      0
      • lila says:

        Patutnya extra la Bella tu, rupanya diganti pla ngan B4U…ngokss punya astro…

        0

        0
      • gege riuh says:

        aku pun tadi bru sedar B4U dh di tukar kew BELLA ……. bg aku BELLA tuh mukan semua owang tgk… sengal ar astro ni

        lagi 1 pakej NJOI ni aku pasan sume cenel yg xlaku cth cenel Rtm ….heheheheh

        0

        0
  3. man arif says:

    Ade udang dalam tepung

    0

    0
  4. greenfingers says:

    apa barang layan astro, dhla makin lama makin mahal, pastu bila hujan, line tarak..pulak tu ada je plan diorg nk kurangkan pakej yg sedia ada.. daku dh xlayan astro, bek layan unifi..time hujan lebat mana pon, on je unifi ku..hehehe..

    0

    0
  5. Budi says:

    takde makna nya percuma

    0

    0
  6. Blog Sensasi says:

    freee…..freee ada makna tuuuu

    0

    0
  7. ShadowofDeth says:

    Guna Hypp.TV. Lagi berbaloi.

    0

    0
  8. Norma Jean says:

    1) Kalo percuma tapi tak banyak channel, still takde apa-apa perbezaan.

    2) Nak kasi kat orang yang mendaftar bawah eKasih, tapi orang-orang ni pun ramai je yg guna Astro. Ada yang guna Astro Beyond lagi.

    3) Harga mahal, tapi hujan rintik-rintik pun keluar ‘service currently not available’.

    4) Bila nak pindah rumah, kena bayar sampai RM150 untuk transfer piring dan dekoder ke rumah baru.

    5) Mana perginya pesaing Astro yg baru tu? Apa ntah namanya…

    0

    0
  9. lantak says:

    astro bayar pun bila hujan siaran tetap barai. panggg!!!

    0

    0
  10. MKH says:

    mmg la channel ni free.. kite tgk plak nnt brapa byk dia punya iklan.. citer pendek…iklan panjangggg..kite dok hapal iklan je la

    0

    0
  11. huuu says:

    mula kta free jer tu…lma2 mnta byr gak.

    0

    0
  12. MummyR says:

    Channel sama je..baik xyah..

    0

    0
  13. sangap makan laksa says:

    tgk muka najib puihh tu aku dah tau ini mesti

    1) ada udang di sebalin taik- UNDIIII PRU DAH DEKAT WEYHHH
    2) projek mega kroni

    0

    0
    • Norma Jean says:

      Dia dijemput untuk merasmikan saja la. Kau nak kutuk pun fikir la dulu.

      0

      0
    • ykjnnwf says:

      biar p lantak la dia nk kutuk najib..najib tu bapak ko ker @ ko ni panglima ptuihh amno ?kah3

      0

      0
      • !@#$% says:

        terima jer lah hakikat malaysia ni dh jadi negara kapitalis…yg kaya didulukan yg rakyat gi mampos jerlah….ko luah x puas hati dgn astro kat mana2 pun xde sapa nk layan..tgk lah tokeynya sapa?silap2 ko digelar x kenang budi n penderhaka oleh gomen..

        tunggu je lah malaysia jadi mcm indonesia disbbkan mentaliti dunia ke-3 orang2 Melayu ni..kena tipu hidup2…gi lah baca sumber2 alternatif lain mcm Berita Semasa,Malaysia Kini,amenoworld ker….

        at least ekonomi n indeks rasuah indon makin baik tiap2 tahun…Malaysia?hmm ko checkla sendri..x mustahil 1 hari nanti rakyat malaysia yg digelar “bibik”…hahaha

        0

        0
  14. Wow Terbaik. says:

    Memnag terbaik la.. Tak de la bosan sangat lepas ni keje mengadap tv3,tv3,tv1,tv9,tv8 and tv7.. bosan….

    0

    0
  15. ATZ says:

    ASTRO MANGKUK..BEK LAYAN UNIFI LA WEI..LAJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

    0

    0
  16. nagato says:

    xreti bersyukur ker mungkin lah org yg berkemampuan macam kita cakap ahhh x best lah ,layan unifilah apelah……bla bla bla….. tapi bagi kebanyakan org terutamanya yg pendapatan rendah …ni dah kira bagus dah ni apelarrrr

    0

    0
    • hoopla says:

      bukan xreti bersyukur. tp tgk la, channel media prima (8tv, ntv7, tv9) pun xde. padahal sah2 channels tu free. so mcm ada udang di sebalik batu.
      so in a way ni dah mcm mengenakan ibarat “hah, nk percuma sgt, hamek kau”

      0

      0
  17. mimi says:

    abg nara, biar betul RM 500 kos utk lima tahun akan datang? RM 500???

    0

    0
    • nara mmg kuat typo says:

      500 juta la tu gamaknye..aritu bini mawi besalin ditulisnye Asmawi Atan.

      0

      0
    • sarah_nina says:

      itulah pasal.. aku pun heran.. biar benar kos perbelanjaan semua RM500..Murah betul…piring satelit apa yg dia guna tu…piring plastik kot,…hehehe

      1

      0
  18. Rin says:

    NJOI tu bkn utk korg la yg kaya raya lg hartawan …, wlponnnn`~~~~kan
    tiap2 bulan missed gak byr bill astro.

    njoi ni lbih kpd kbajikan , cth nya kpd golongan yg kurg bkmampuan, asrama anak2 yatim, rmh org2 tua, klinik desa, perpustakaan desa… blablablaa….
    org yg brada di pdalaman mmg mmrlukan nya drpd nak mharap aerial atas bumbung yg signal nya hidup segan mati x mahu tu.

    0

    0
  19. rogayah says:

    weih, cuba kau tengok betol2, kalau campor tolak campor tolak channel cina, tamil, yg kita biasa x tengok aku rasa ada kurg dari lima je nyah. haa, tv1, tv2, prima, oasis dll. alaahh, radio tuu guna hanphone bodoh pun ada. ni pun nak harga hampir rm 300? bijaakkk engkau astroo ye…

    0

    0
  20. orang johor says:

    kalau korang dah TAK MAMPU NAK BAYAR ASTRO,
    janganlah menyalak mcm anjing kurap.
    Ko ingat saltelit/gaji pekerja/operasi astro PERCUMA ker?
    mangkuk hayun, kalau tak mampu, nak jimat abis, buatlah
    cara tak mampu, pasang arial tulang ikan la ngok.
    Pok pek pok pek sini, mcm lah mak bapak korang
    yang berniaga astro.
    Sengal!

    0

    0
  21. penipu jer ny…jagan dok pecaya sangat lorh…

    0

    0
  22. Jahfar Amin says:

    Kehebatan Astro Malaysia!

    Tiada 1 satelit Televisyen Berbayar yang mampu menandingi Kehebatan Astro!

    Lihat Indonesia…
    Beratus-ratus satelit televisyen…
    Berbayar mereka!
    Tetapi kampungan!

    Kita warga malaysia bersyukur!
    Kehebatan astro menguasai dunia!

    0

    0